Bab 1

66 16 16
                                    

"Hello? Assalamualaikum, Umi." Telefon dilekapkan ke telinganya.

"Waalaikumsalam. Khaleef dekat mana ni? semua sampai dah ni."

"Khaleef tengah drive, umi. Mungkin dalam setengah jam, Khaleef sampai." Lembut saja tuturnya.

"Ok umi, Khaleef letak dulu... Assalamualaikum." Telefon diletakkan kembali di tempat asal.

Senyumannya makin melebar. Hanya Allah saja tahu bertapa bahagianya dia sekarang.

Akhirnya dia dapat bertemu kembali dengan cahayanya.

Nur.

Sepupunya.

Gadis yang dia kagumi dari dulu lagi. Dia mencintai gadis itu dalam diam.

Nasib baik Uminya mengadakan majlis makan makan pada hari ini dan nasib juga keluarga Nur dapat datang ke sini, kalau tidak mungkin dia tidak ada peluang untuk bertemu dengan Nur.

Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Nur. Kali terakhir mereka berjumpa pada 3 tahun lepas.

3 tahun, selama 3 tahun dia menunggu gadis itu. Selama 3 tahun, dia masih mencintai Nur. Dan selama 3 tahun juga, dia tidak berubah hati, hanya Nur selamanya.

"Alhamdulillah. Selepas sekian lama, Khaleef dapat jumpa Nur. Allah bagi peluang untuk kita bertemu kembali."

Dikerling sekilas beg kertas yang berada di kerusi penumpang itu. Beg itu berisi dengan sebuah kotak baldu berbentuk hati.

Cincin.

Buat Nur, cintanya.

Dia tekad, dia akan mulakan semuanya. Sekian lama dia tunggu, dia tak akan lepaskan peluang kali ini.

Cinta harus diperjuangkan.

"Nur, cahaya buat Khaleef."

"Assalamualaikum!" kasut dibuka kemuadian dengan rasa bahagia dan teruja yang bertandang, dia masuk ke rumah. Cincin, dia simpan di dalam kereta dahulu.

"Waalaikumusalam- eh Khaleef! Dah besar dah dia, lama tak jumpa kamu" Ujar Makcha yang sedang duduk di ruang tamu.

Khaleef hanya balas dengan senyum dan bersalam salaman dengan semua saudara mara yang berada di sana.

"Mana Nur, makcha?" Tanya Khaleef dengan lembut, matanya melilau sekeliling rumah.

"Amboi kamu. Baru je sampai, terus cari Nur ye?" Ujar makcha dengan senyuman, memang dari dulu lagi Khaleef selalu ada dengan putri bongsunya.

Khaleef hanya hadiahkan sengih. "Lama tak jumpa dengan Nur."

"Dia ada dekat dapur dengan-"

"Ouh... Khaleef pergi dulu ye?" Tak sempat mereka balas, Khaleef sudah berjalan ke dapur.

Senyuman makin melebar saat matanya menangkap beberapa figura wanita dan dua lelaki sedang bersembang di meja makan.

Nur.

Nur ada di hadapannya.

Dia menundukkan pandangannya, jantung tidak henti berdegup kencang.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam, Eh Khaleef... lama tak jumpa." Kata Nur dengan teruja.

Tersenyum Khaleef dibuatnya. Berbunga hatinya apabila bibir gadis itu menyebut namanya.

Khaleef suka!

Dia salam kedua lelaki yang berada di situ. Seorang abang dia dan seorang lagi...

Siapa ya?

Kerusi ditarik kemudian dia duduk di sebelah Khair, abangnya.

Dipandang lelaki berbaju hitam yang sedang duduk di hadapannya, sedang makan.

Lelaki itu senyum kepada Khaleef.

"Ouh abang Khaleef, ni Nur nak kenalkan. Lelaki sebelah Nur ni nama dia Munir."

"Khaleef." Ujar Khaleef dengan sopan kepada jejaka bernama Munir itu. Dihadiahkannya senyum.

Walaupun sudah mengenali nama jejaka itu, dia masih tertanya. Apa hubungan mereka?

"Munir, Khaleef ni lah yang saya cerita tu." Kata Nur dengan senyuman manisnya.

"Ouh." Munir terangguk angguk dengan senyum kecil.

"Munir ni bakal suami Nur."

Jeda.

Seakan darah berhenti mengalir dalam badan. Matanya tidak berkedip.

Bakal suami?

Bakal suami Nur?

Khaleef, kau dah terlambat...

"Insya Allah lagi beberapa bulan kami akan bergelar 'husband and wife' sweet!"
Ujar Nur dengan senyuman manisnya. Bagi Nur, menjadi isteri Munir adalah impiannya sejak mula lagi.

Khaleef masih diam, cuba menerima kenyataan yang baru saja keluar dari bibir gadis itu.

Dia mimpi bukan?

Dia harap semua ini mimpi, dia harus bangun sekarang.

"Khaleef... Khaleef!" Khair tepuk bahu Khaleef perlahan, cukup untuk sedarkan adiknya.

"H-hah?"

"Kenapa ni?" Tanya Khair perlahan.

"Tak ada apa." Ujar Khaleef dengan senyum sedikit.

"Khair, Khaleef naik atas dulu, rasa tak sedap badan. Aku naik dulu."

"Tapi takkan ka-" Belum sempat dia berkata apa apa, Khaleef sudah bangun dari tempat duduk.

"Kenapa pulak Khaleef ni?" Ujar Khair perlahan, cukup matanya saja yang menghantar pemergian Khaleef.

Dia yakin, ada yang tak kena dengan Khaleef. Jejaka itu takkan buat perangai macam ni melainkan ada sesuatu terjadi.

 Jejaka itu takkan buat perangai macam ni melainkan ada sesuatu terjadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***
Thanks sudi baca!

14/10/2024

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KHALEEF TALHAWhere stories live. Discover now