Botol minyak wangi milik Faleq disembur ke ruang udara bahkan di ruang-ruang kecil juga Hao sembur. Wangi memang wangi tapi wangian ini telah menyebabkan mata Zihad berputar. Dunianya seakan-akan sedang berpusing laju. Ini semua salah Hao!
"Hao, agak-agaklah nak spray tu. Wangi sangat pun boleh pening, tahu tak?"
"Alah, biarlah. Bilik Tuan Faleq sekarang dah jadi bilik Tuan Faleq dan Puan Nisrina. Sebelum ni, bilik ni sekadar bau-bau macam tu aje. Tapi sekarang kenalah wangi-wangi supaya Puan Nisrina tu lagi terpesona dengan bau perfume mahal suami dia nanti." Omel Hao panjang. Botol minyak wangi yang awalnya masih penuh sudah berkurangan. Ringan barangkali.
Zihad mengumam. "Ikut kaulah... Tapi kenapa nama isteri Tuan Faleq macam aku pernah dengar, huh?" Zihad persoalkan. Tubuhnya disandarkan pada dinding bilik tidur Faleq sambil bersilang kaki.
"Pernah dengar? Kau tak pernah tengok muka dia lagi, kan? Nanti bila diaorang dah balik, kau tengoklah. Dahlah, aku nak turun. Nak siapkan red carpet untuk raja dan pemaisuri hari ini." Kata Hao dan menerpa keluar dari dalam bilik seraya itu menarik lengan Zihad untuk keluar. Pintu bilik ditutup rapat-serapatnya agar wangian mahal itu tidak hilang.
"Kak Aida, terima kasih tau sebab dah temankan Rina pagi ni." Ucap Rina dengan penuh ikhlas. Sambil-sambil itu dia memegang kedua belah tangan Aida.
Padanya, Aida telah pun menjadi seorang kakak kepadanya. Dia sudah anggap Aida sebahagian daripada keluarganya. Apa-apa semuanya sebelum ini dia akan mengadu kepada perempuan bertudung bawal itu dan bersuka ria dengannya. Persisi seperti kakak dan adik.
"Tak adalah, Rina. Tak payah nak berterima kasih dengan akak. Akak dah anggap kau macam adik akak sendiri, tahu? Akak rasa terharu sebab akhirnya adik akak ni dah bersuami. Patutlah sebelum ni sibuk nak tahu cerita cinta akak." Tutur Aida.
Rina tayang sengih.
"Mestilah." Balasnya lalu memeluk erat tubuh Aida.
"Dah, lepas ni Rina kena bahagia selalu tau. Jangan sedih lagi. Tu, suami dah ada. Jangan terkejut pula kalau bangun pagi-pagi tiba-tiba ada orang dekat sebelah."
"Hahaha, luculah akak ni. Rina pergi dulu, ya? Akak hati-hati balik nanti." Ujarnya dan menyelitkan pesanan di hujung ayat seraya melihat Faleq yang menunggunya di pintu kereta.
"Okey... Hati-hati,"
Langkah Rina maju ke tempat Faleq berdiri selepas melambai tangan kepada Aida yang baru sahaja keluar dari petak parkir. Senyuman di wajah sama sekali tidak layu sejak dari tadi. Lebih-lebih lagi apabila melihat Faleq berpakaian lain daripada yang lain.
"Awak, jom." Kata Rina. Kepala disengetkan ke kanan.
Tanpa izin, Faleq terus meraih tangan Rina yang berada di sisi, lembut. Dia bawa tangan itu naik menyentuh dadanya untuk membiarkan Rina rasa sendiri degupan jantungnya kali ini.
Pipi perempuan itu memerah. Ini kali pertama dia rasa seperti ini. Dia turut rasakan benda yang sama seperti lelaki yang berada di hadapannya sekarang. Tanpa sedar, sudah beberapa lamanya mereka saling bertatapan tanpa bicara.
"Kau rasakan degupan jantung aku?"
Rina angguk.
"Inilah yang aku selalu rasa setiap kali kau ada depan mata aku. Dan aku nak kau tahu yang perasaan aku sekarang ni akan kekal sampai bila-bila." Ungkapnya dan mengembalikan senyuman itu kepada Rina.
Tidak lama selepas itu Faleq memimpin tangan Rina dan jarinya diselang-selikan dengan jari Rina. Erat dia pimpin seperti takut ada orang akan menculiknya. Pintu kereta dibuka khas untuk isterinya. Tapi pintu itu terhalang untuk ditutup kerana...

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...