Bab 1 - Musuh Ketat

0 0 0
                                    

"Mulai hari ni kau bukan kawan aku lagi Evan. Kau sama sahaja seperti seorang pengkhianat!"

Evan tersenyum sinis. Lalu wajahnya kembali serius semula.

" Dan aku pun tak akan pernah anggap kau kawan aku. Mulai hari ni kau bukan kawan aku tapi musuh aku!" Evan bersuara lantang memenuhi mansion itu.

Wajah anak-anak buahnya di pandang.

" AKU AKAN BERI KAMU PILIHAN. SAMA ADA KAMU IKUT DIA ATAU AKU!" Ujar Evan keras.

Lalu beberapa anak-anak buah kumpulan De'Sandro segera beralih ke belakang Evan.

Felix tergelak sinis. Dia menapak selangkah ke hadapan dan memandang wajah-wajah anak buah De'Sandro yang memihak kepada Evan. Kepala menganguk kecil tanda faham.

"Baiklah, kalau kamu pilih Evan. Aku tak ada masalah. Tapi ingat selangkah kamu pergi dari tempat ni. Kamu bukan lagi ahli De'Sandro tapi musuh ketat kumpulan ini!" Penuh tegas Felix bercakap.

Tanpa berkata apa-apa. Evan segera pergi dari mansion De'Sandro. Manakala anak-anak buah yang berpihak kepada Evan menunduk hormat buat kali yang terakhir kepada Felix lalu mereka mengikuti langkah Evan keluar dari Mansion itu.

Hilang Evan dan bekas anak-anak buah De'Sandro. Felix mengeluarkan pistolnya dan menembak ke arah pintu. Segala amarahnya dilepaskan dengan tembakan berkali-kali sehingga pintu besi itu berlubang banyak.

Buat kali yang terakhir Evan memandang Mansion De'Sandro. Segala kenangan yang berada di kepalanya terimbas semula. Bagaimana dia dan Felix menubuhkan Kumpulan ini.

"Kau lebih percayakan orang lain berbanding kawan kau sendiri Felix. Dan aku tak akan pernah lupakan apa yang kau telah buat." Evan mengepal tangannya. Lalu segera dia mengarahkan pemandu peribadinya untuk pergi daripada kawasan itu.

Manakala anak buah yang berpihak padanya mengikuti kenderaannya daripada belakang.

            Setelah Evan pergi daripada Mansion De'Sandro. Dia telah menubuhkan kumpulannya sendiri iaitu Ce'ArloTiago.

Buat masa setahun, Evan telah berjaya mengumpul anak-anak buahnya sendiri. Semakin hari, kumpulannya semakin di kenali di kalangan kumpulan mafia yang lain. Bahkan pengaruh Ce'ArloTiago semakin hampir dengan kekuatan pengaruh kumpulan lamanya iaitu De'Sandro.

Malah terdapat tempat-tempat yang telah ditakluki oleh kumpulan Ce'ArloTiago.

Evan ralit memandang bangunan-bangunan pencakar langit di sebalik cermin pejabatnya. Kedua tangan dimasukkan dalam poket seluar.

Ketukan pada pintu menyedarkan dia daripada lamunan. Hilman yang berada di muka pintu menusuk kecil dan menuju ke arah meja kerja Evan.

Evan mendekati kerusi pejabatnya dan melabuhkan punggung di situ.

" Tuan, seorang anak buah De'Sandrobtelah menghantar surat ini untuk diberikan pada tuan." Hilman menyuakan surat itu kepada Evan.

Mendengar sahaja nama kumpulan itu menyebabkan wajah Evan berubah tegang. Segera di ambil surat itu dan di baca isi dalamnya. Tangan memegang erat surat itu dengan penuh amarah. Selesai membaca. Surat itu dikoyakkan dan di buang ke sampah.

"Dia fikir aku takut! Baik...aku nak tengok mayat siapa yang akan bersepah malam ni." Evan tersenyum sinis.

"Hilman. Siapakan beberapa anak buah malam ni. Ada sampah yang nak di hapuskan!"

Mendengar arahan itu.Segera Hilman menunduk faham dan berlalu pergi.Nampaknya ketua mereka benar-benar marah.

Hilang Hilman di sebalik pintu pejabatnya. Tangannya menghentak kuat meja kerja itu. Gigi terketap memikirkan satu nama yang di benci olehnya. Felix.

..............

Isi Surat

AKU SEBENARNYA MALAS NAK HADAP MUKA PENGKHIANAT MACAM KAU.

AKU NAK BERI AMARAN! TEMPAT SAN'PHILIP ADALAH TEMPAT AKU DAN KAU JANGAN CUBA-CUBA NAK AMBIL.

AKU NAK KAU BAWA BERAMBUS ANAK-ANAK BUAH KAU DARI SITU. ATAU KAU MAYAT MEREKA SEMUA BERSEPAH DEKAT SITU MALAM NI!"


       

My Forever Tesoro Where stories live. Discover now