Kejujuran • 8

236 30 0
                                    

"Jika nak berubah, jalan penyelesaiannya ialah percaya pada Allah dan rancangannya."

_______________________________________________

Prang!

GELAS kaca yang dipegang oleh Kylie jatuh ke lantai akibat dia terkejut, pecah berderai di atas lantai.

“A-Apa k-kau cakap?” tergagap-gagap mulut Kylie semasa bertanya, dia masih dalam fasa terkejut. Gelas yang sudah pecah itu dibiarkan sahaja, otak hanya mahu memproses apa yang baru sahaja dia dengar daripada kawan baiknya, Dilla Natasya.

“Aku akan kahwin dengan Atiqq, tak lama lagi... ” jawab Dilla, sekali lagi.

“Atiqq? Kawan Addy tu?” tanya Kylie semula.

Dilla mengangguk laju. Atiqq mana lagi kalau bukan Atiqq Rafiki?

“Kau jangan cakap yang kau ajak dia kahwin,” kata Kylie, kalau betul Kylie tidak akan terkejut. Tak akan!

“Ye, aku yang ajak,” jawab Dilla dengan tenang.

Dan perlahan-lahan tubuh Kylie mengesot jatuh ke bawah. Pengsan.

“WEH, KYLIE!” Dilla menjerit kuat nama kawan baiknya, mujurlah Kylie tidak jatuh menghampap kaca yang berterabur.
Tubuh kecil Kylie diangkat oleh Dilla, dia melangkah keluar daripada dapur dan ke arah ruang tamu. Tubuh Kylie dibaringkan di atas sofa.

“Pengsan pula budak ni! Nasib baiklah kecik je dia ni, kalau tak patah pinggang aku...” Dilla merungut, dia melangkah semula ke arah dapur dan mengambil satu mangkuk dan diisikan air ke dalamnya.

Lalu dia melangkah ke arah ruang tamu.
Mangkuk berisi air itu diletakkan di atas meja. Dilla terus membasahkan tangannya dengan air lalu merenjis air itu ke arah wajah Kylie.

“Hah!” Kylie terus tersedar dan bangun daripada baringan.

“Weh babe!” jerit Kylie.

“Ye! Aku dekat sini je tak payah menjerit” kata Dilla.

Kylie terus memukul lengan Dilla dengan kuat.

“Aku mimpi kau nak kahwin, dengan Atiqq” adu Kylie.

“Itu bukan mimpi, betullah yang aku nak kahwin dengan dia” kata Dilla.

Mulut Kylie terbuka luas, dia tak percaya tetapi dia kena percaya juga.

“Kau betul-betul ke?” tanya Kylie, meminta kepastian.

“Hm.. Dia pun setuju” jawab Dilla.

“Kau masuk Islam pun papa kau tak tahu, ni kalau nak kahwin ni macam mana pula? Nak sorok lagi?” tanya Kylie. Sungguh Kylie tidak faham, kahwin bukan mainan dan Kylie tahu Dilla sangat bijak untuk fikirkan semua itu.

“Aku akan ikut kau balik Spain. Aku nak bagitahu semuanya dekat papa aku.” kata Dilla.

“Kau nak bagitahu? Kau tak takut ke?” tanya Kylie.

“Takutlah, tapi Atiqq akan ikut aku nanti. Aku tak rasa yang papa aku akan buat yang bukan-bukan...” jawab Dilla. Banyak lagi perkara yang belum dia bagitahu Kylie, Dilla mahu tunggu masa yang sesuai.

Keputusan dia agak terburu-buru namun dia terpaksa, lambat-laun papa Dilla akan mengetahui semuanya.

“Babe?” panggil Kylie bila Dilla mula termenung. Tangan Kylie diangkat di hadapan wajah Dilla, tangan Kylie mula bergerak ke kanan dan ke kiri berulang kali.

“Dilla!” jerit Kylie.

“H-Hah? Apa?” tanya Dilla yang baru sahaja sedar daripada termenung.

“Kau ni kenapa? Termenung je?” tanya Kylie.

FATIMA JAYYANAWhere stories live. Discover now