Bab 4

239 5 0
                                    

WANI bercekak pinggang melihat keadaan dapur Nur. Sesiapa di tempatnya pun akan hilang suara.

Dinding dapur bercorak kuah makanan. Sudu mencedok makanan, ada yang terdampar di tepi dapur. Ada yang berselerak di atas lantai dengan sisa kuah. Kulit buah mempelam melekat pada lantai yang melekit-lekit.

Bau basi menusuk deria bau. Itu belum lagi cerita pinggan mangkuk yang memenuhi dalam dan sekitar singki.

"Bwerk!" Wani rasa nak muntah.

Tangan Nur terus ditarik ke ruang tamu. Ruang tamu pun berselerak sama seperti di dapur. Serbuk roti merata-rata. Lantai cantik sudah comot dengan tumpahan aiskrim.

"Aku tak faham , Nur. Aku tak faham macam mana kau boleh bertahan hampir setahun dengan keluarga gila macam tu? Eiyaks." Jijik muka Wani.

Nur jatuhkan diri atas sofa. Lihat bantal hiasan sofa berwarna kuning cerah berconteng dengan pen marker, buat dia rasa nak menjerit.

"Sekarang ni, kakak ipar kau buat kenduri ke sampai macam ni keadaan rumah kau?" Wani ambil tempat sebelah Nur.

"Dia datang malam semalam. Bawa segala jenis makanan. Nak makan bersama. Ini la yang dia tinggalkan. Pagi-pagi dah balik macam tu saja." Nur tekan pelipisnya.

Dia sampai ambil cuti la sebab nak bersihkan rumah.

"Yang kau tak ada mulut nak marah tu kenapa?" Mencerlung mata Wani.

"Kalau aku marah pun, apa aku dapat? Dia akan merajuk. Tak datang rumah aku. Lepas tu mengadu dekat mak mentua aku. Aku juga yang buruk. Kalau semua boikot aku, suami aku juga yang dapat masalah."

"Kau fikirkan suami kau la ni? Habis, suami kau ada fikirkan kau tak? Dia nampak tak keadaan rumah kau sekarang?" Nur angguk.

"Aku cakap aku ambil cuti sebab nak kemas rumah. Dia iyakan saja. Tapi dia ada minta maaf dekat aku. Dia kata, anak-anak Kak Zu kecil lagi. Kalau ada anak kecil, macam ni la rumah."

Berdecit Wani.

"Dapur kau tu? Budak-budak juga kotorkan?"

"Aku penat la, Wani," adu Nur bila tak mampu menjawab soalan kawannya.

"Kalau penat, lawan. Tak payah jadi bodoh macam ni."

Terpanggung kepala Nur.

"Apa? Kenapa kau pandang aku macam tu?" Wani bangun. Dia bercekak pinggang depan Nur.

"Kau memang bodoh. Bodoh biarkan diri kau macam ni. Mulut ada. Lawan la."
Sakit betul dikatakan bodoh. Nur menggeleng walaupun hatinya pedih.

"Kau tak faham, Wani. Lawan dengan mulut tak dapat apa-apa."

Menjuling mata Wani. Muka malas nak bercakap dengan orang tak faham bahasa terpeta di muka.

"Suka hati kau la, Nur. Aku tak boleh berlama-lama dekat rumah kau ni. Aku rasa nak naik angin. Kau tu kawan baik aku. Aku tak suka kau kena macam ni. Tapi kau tu, bukan nak dengar cakap aku." Wani capai begnya. Terus saja dia melangkah mahu keluar.

"Wani..." rengek Nur.

Wani menggeleng.

"Aku kena balik. Selamat mengemas ya, Nur. Selamat jadi hamba pada adik-beradik suami kau."

Wani berlalu. Nur duduk semula di sofa. Dia memandang rumahnya. Nafas ditarik. Tanpa sabar, hidup akan hancur. Dia kena sabar.

Lagipun bukan mereka semua tinggal bersama. Sesekali saja kejadian begini terjadi.

"YANG..."

"Hurm?" Izam genggam tangan kekasihnya. Dikerling wanita pujaan hati sebelum tumpukan semula pada pemanduan.

"Tiba-tiba I cemburu dengan you."

Terangkat kening Izam. Sesaat kemudian, dia tersenyum bila tangan lembut itu mengelus rahang dan pipinya.

"Rindu I ke? Sikit lagi aje nak sampai rumah you," seloroh Izam.

Puk!

"Sakit sayang..." Meleret suara Izam bila dada ditampar.

"You tu la. I mengadu ni. I cemburu dengan you. Memang la I rindukan you sebab tu I call ajak pergi rumah I. Tapi sebelum sampai rumah, I nak luahkan perasaan I. I cemburu sangat dengan you."

"Apa yang buat you cemburu tu?" Rambut kekasihnya diusap-usap.

"Kehidupan you mesti best kan. Semua Nur buat. Tiba-tiba I jeles sebab you ambil dia daripada I. Masa dia jadi housemate I dulu, hidup I bahagia. Semua benda dia buat. Pagi-pagi I bangun, dah ada makanan. Dia tukang alarm I. Bila shopping, dia angkat semua barang."

"Wani sayang..." Tangan Izam jatuh ke paha Wani. Kepala Wani pula melentok ke bahu lelaki itu.

"Memanglah kehidupan I best sebab semua benda orang buatkan. Tapi ada sesuatu yang sangat tak best," sambung Izam.

"Apa?"

"Malam-malam bukan you yang tidur sebelah I. Setiap malam I menanggung rindu." Wani sembunyikan senyuman. Seronok bila kata-kata itu buat dia rasa dirinya lebih bermakna daripada Nur.

"You jangan nak bermanis mulut dengan I. I bukan Nur yang jatuh dalam perangkap you." Wani pura-pura tak terkesan. Tergelak Izam.

"Ni la sebabnya I suka dekat you."

"Sebab tu?" Wani kecilkan mata.

"You buat I rasa tercabar. Bila I dapat takluk you, I rasa I ni lelaki hebat. Bukan macam Nur. You tak boleh bayangkan betapa bosannya I dengan dia." Semakin galak Wani melentokkan kepala. Wajah Nur melintasi mata.

Dia rasa teruja bercinta dengan Izammdi belakang Nur. Nur anggap dia kawan terbaik. Tapi Nur terlalu bodoh untuk menghidu bahawa dia kekasih gelap Izam. Semua itu buat dia rasa jalan hidupnya mengujakan. Dia rasa puas.

"Sebenarnya I pelik sebab ada orang macam isteri you. Bendul. Tak reti marah. You patut tengok apa yang kakak you buat dekat rumah you. Macam tapak pelupusan sampah." Wani tarik muka geli.

"Bila I kahwin dengan dia, I tak lihat dia macam isteri. I lihat dia sebagai tukang bersihkan sampah. Cleaner."

"Jahat la you ni." Wani lambakkan tawa.

"Bukan I yang jahat. Dia yang terlalu bodoh."

"Betul juga kan. Belajar ada degree tapi otak tak berfungsi. You kata kereta you rosak pun dia percaya."

Wani senyum mengerling seat kereta milik Nur.

Keretanya yang rosak sebenarnya. Jadi Izam pinjamkan kereta padanya. Izam pula pinjam kereta Nur.

Sekarang ni dia bermesra dengan suami kawan sendiri di dalam kereta milik kawannya.

Nur bodoh. Wani tak boleh bayangkan dia menjadi wanita sebodoh Nur.

ISTERI LELAKI PARASITWhere stories live. Discover now