05

997 65 2
                                    

"Asuuuuu!" suara manja dan nyaring milik Ayesha menyapa kasar pendengaran Vincy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Asuuuuu!" suara manja dan nyaring milik Ayesha menyapa kasar pendengaran Vincy. Lelaki itu terpaksa jauhkan telefon pintarnya beberapa saat agar suara nyaring si anak saudara tak memecahkan gegendang telinga.

"Ya sayang...kenapa?" Vincy menyahut lembut. Pemandangan laut malam yang terbentang luas dihadapannya di tenung penuh kegembiraan. Bahagia apabila dapat dengar suara ahli keluarga yang paling dirindui.

"Yesha nak jumpa Hud. Mama tak nak bawa Yesha..." adu si kecil.

"Ayesha Az Zahrah, mama dah kata mama tak boleh bawa sebab dah lewat malam. Esok mama bawalah Ayesha jumpa Hud." Suara Fleur menjawab kedengaran sayu saja.

"Hud tak larilah Yesha. Sepupu awak tu ada je kat rumah dia. Nanti mama bawalah Yesha jumpa Hud. Sabar okay?" pujuk Vincy. Sempat jejaka itu kerling jam tangannya. Sudah pukul 9 malam, maksudnya di Malaysia sekarang sudah hampir pukul 12 malam.

Kapal pelayaran Vincy baru saja berlabuh di pelabuhan Landrya. Baru 30 minit sejak kapal mula berlabuh dan Vincy pula baru saja selesai shif petang tadi, pukul 7. Selepas solat, lelaki itu terus ke dek atas sekali, berdiri di hujung kapal, melihat laut malam yang disinari cahaya pelabuhan.

"Okay..." balas Ayesha.

"Baby! Roti baby dah siap!" tempikan abang si Ayesha, Fahnaz Abizar pula kedengaran di corong telefon. Apalah yang anak-anak saudaranya sedang lakukan sekarang? Siap boleh makan roti lagi.

"Okay! Bye Asu!" Ayesha terus hulur telefon pada Fleur sebelum berlari ke dapur.

Fleur menghela keluhan, telefon rapat ke telinga.

"Maaflah Vincy, kacau Vincy kerja pula. Biasalah baby ni, tak dapat call papa dia, dia call Asu pula"

"Tak apalah kak...Vincy pun rindu kat semua anak-anak buah Vincy. Tak sabar nak balik, nak gomol sorang-sorang. Ni, abang Harraz naik laut berapa hari pula kalini?" perbualan bertukar serius.

Harraz ada beritahu dalam group whatsapp keluarga yang dia akan naik semula ke pelantar minyak, cuma Vincy tak perasan Harraz tulis berapa lama kali ini.

"60 hari. Baby dah merengek-rengek dah tu, rindu kat papa dia." Fleur berjalan mahu ke dapur, lihat kegiatan sang anak.

Baby. Itulah nama panggilan Ayesha. Dulu sewaktu Fahnaz lahir, semua gelar Fahnaz sebagai baby, kemudian nama panggilan itu turun pada si adik. Dengan Fahnaz sekali terikut panggil Ayesha sebagai baby.

"Lama juga. Akak okay ke handle dua orang tu?"

"Masih terkawal lagi. Fahnaz ni tak ada masalah, Ayesha tu je, overdose gula setiap hari." Kalini, Fleur pula yang mengadu.

Vincy tertawa kecil.

"Anak kedua kak...samalah macam abang Am tu, anak kedua," komen Vincy.

"Hm...iyalah. Vincy kerja elok-elok. Apa-apa beritahu kami, ya? Akak letak dulu. Budak-budak ni pun, lepas makan roti, nak suruh naik tidur. Sejak abang Harraz tak ada...bukan main ligat lagi berjaga. Nak pula esok cuti." Fleur perhatikan setiap gerak geri anaknya di dapur.

[C] VIOLENCE DE L'AMOUR: Vincy IlhamWhere stories live. Discover now