Part 2- Di Pejabat Aisyah

5 1 0
                                    

Aisyah sedang bekerja di mejanya. Rakaman video Rizwan yang baru dikeluarkan sedang dimainkan di komputer. 

        "Aku tahu, ini mungkin kelihatan gila. Tapi Rizwan...dia seperti ada magnet yang menarik perhatian aku" kata Aisyah kepada rakan sekerjanya iaitu Aralyne. "kamu terlalu fanatik. Kamu tahu kan dia tidak pernah tahu pun tentang kewujudan kamu apatah lagi hendak mengenali kamu" beritahu Aralyne dengan matanya yang membulat memandang Aisyah. Tapi Aisyah buat-buat tidak tahu apa maksud ayat rakan nya itu. Yang penting dia minat dan berharap bahawa suatu hari nanti dia dapat melihat Rizwan secara depan-depan. 

( Aisyah tersenyum sedih) 

"Ya, aku tahu. Tapi cinta ini...hanya untuk diri aku sendiri. Tidak perlukan pengiktirafan pun" sambil memeluk sahabatnya itu, "kau kena sokong aku Lyn, aku lemah dengan pendirian aku sendiri aku buntu, aku tak tahu macam mana nak lari dari angan-angan ni"  "kau tahu kan selama ini aku pernah kecewa dan ni lah tiba saatnya aku jatuh cinta dengan orang yang tak pernah wujud dalam hidup aku, daripada aku mengharapkan seseorang yang wujud tapi sekadar memberi harapan.. aku penat Lyn" tambahnya lagi.. sedar tak sedar Aralyn turut bersedih dengan perasaan yang diluahkan oleh Aisyah. Ya dia memang rapat dengan Aisyah dari bangku Sekolah lagi dan dia tahu bahawa Aisyah seorang yang sangat baik dan pemendam orangnya. 

     

Cinta Dalam AnganWhere stories live. Discover now