Meja yang selalunya berselerak dengan kertas-kertas berkaitan pesakit dan juga penuh dengan gelak ketawa kini terasa kosong apabila Rina lalu di hadapan bilik itu. Dia berdiri tegak dan menjengukkan kepalanya ke dalam bilik itu selepas memulas tombol pintu.
Segaris senyuman terbit dari bibirnya dan kemudian menutup semula pintu itu. Seketika dia teringat perbualan yang mereka bualkan seminggu lepas.
"Kenapa? Sedih ke? Tiba-tiba naik rooftop ni." Daus mengejutkan Rina dari belakang. Kelihatan perempuan itu seperti ada sesuatu yang dia mahu bahaskan.
"Taklah. Hanya sebab ni tempat healing aku, tak akanlah aku kena sedih setiap masa, kan?"
Daus jongketkan dua kening, setuju. Lantas, dia berdiri di sisi Rina.
"Aku nak bagitahu kau sesuatu."
"Bagitahu apa?" Dia nantikan jawapan itu.
"Aku akan berkahwin hujung minggu ni."
Jeda.
Apa? Kahwin? Dengan lelaki yang bernama Faleq Iskandar itukah? Dia yakin? Lelaki itu lelaki yang baikkah? Sudah berapa lama mereka saling mengenali? Lebih lama daripada dia kenali Rina?
Itu semua soalan yang hendak dia ludahkan saat dia mendengar jawapan yang tidak dia pernah terfikir bahawa perempuan itu akan bermain dengan emosinya sekarang. Namun, sejak dia diberitahu bahawa telah ada seseorang yang mendapat tempat di hatinya, dia sudah mengurangkan peratus untuk berharap walhal jauh di sudut hati masih lagi berbaki rasa sayang itu.
Wajahnya ceria memandang Rina di sisi, mahu mengusir canggung yang dia kesan pada wajah Rina. Mesti perempuan itu rasa berat untuk khabarkan berita bahagia itu, barangkali.
"Wow! Tahniah! Dengan..."
"Faleq. Faleq Iskandar." Pantas dia memintas.
"Baguslah. Aku happy untuk kau. Akhirnya kau dah temui kebahagiaan yang kau cari-cari selama ini. Lagipun aku percaya yang bakal suami kau tu akan jadi seorang suami yang terbaik untuk kau." Ungkap Daus jujur. Dia cuba kekalkan ketenangan senyuman pada wajah.
Malah perempuan itu sedikit terkejut dengan respon Daus. Dia okey?
"Alhamdulliah... Kau?"
"Aku? Kenapa pula dengan aku?" Hairan.
"Yalah... Kau pun mesti kena cari kebahagiaan kau juga." Ujarnya lagi.
Daus mengeluh. Dia kembali memandang langit yang terbentang luas bersama burung-burung berterbangan tinggi.
"Macam mana aku nak cari kebahagiaan kalau kebahagiaan aku dah ada kebahagiaan dia sendiri?" Soalnya pula. Senyum tipis itu kelihatan akan pudar tapi tetap utuh.
Rina terdiam. Kini, dia dicakar dengan perasaan serba salah. Memang awalnya dia tidak mahu beritahu tentang perkahwinannya kepada lelaki itu tapi bukankah dia akan jadi lebih kejam kalau biarkan lelaki bernama Daus itu terus menaruh harapan pada dia?
"Taklah. Aku gurau aje." Dia menipu. Senyuman dilebarkan.
Tawa kekok meletus antara mereka berdua. Sekarang sama-sama sudah canggung dan apa yang dia boleh lakukan adalah ikut ketawa kecil juga.
"Aku dah ada plan untuk bercuti minggu depan. Jadi, aku tak kerja tau so jangan rindu aku pula." Tuturnya, sempat dia selitkan gurauan.
Walhal plan itu sebenarnya baru sahaja dia rangka di dalam fikiran. Nak buang rasa kekok punya pasal.
Rina senyum senget. "As you wish. Apa-apa pun aku doakan kau supaya kau berjumpa dengan seorang wanita yang baik, cantik, pandai dan paling penting mampu untuk buatkan kau lupakan tentang aku."
![](https://img.wattpad.com/cover/368927415-288-k82059.jpg)
YOU ARE READING
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romantizm"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...