Selepas beberapa minggu pertarungan dengan Cinco berakhir, organisasi MATA mula sedang memperbaiki semula bangunan yang dirosakkan oleh Cinco dan meneruskan misi mencari Rizwan dan Dos. Walau bagaimanapun, mereka masih tak dapat ditemui. Sementara itu, Ali dan Alicia melawat Kim yang masih berada dalam tahanan MATA. Kim senyum dapat melihat dua rakannya melawatnya
Kim: Terima kasih datang jenguk saya.
Alicia: Sama-sama. Kau macam mana sekarang?
Kim: Saya okay... cuma itulah saya risau kalau kesan luka ni tak boleh hilang...
Ali: Semoga cepat sembuh, Kim.
Kim: Terima kasih, Ali.
Walaupun Ali nampak okay, sudut hatinya masih ada sedikit terasa kerana masih mengingati apa yang Kim dah buat.
Kim: Ali, Alicia...saya nak minta maaf apa yang saya dah lakukan terhadap korang haritu...kalaulah saya tak dipengaruhi oleh kakak— Cinco, benda ni takkan jadi...
Ali: Takpe. Aku faham. Kau rasa kau di pihak yang betul sebab dia tu kakak kau. Dia dah lama dengan kau dan aku tau dia je yang kau ada.
Alicia: Kami maafkan kau. Lagipun, benda dah jadi kan?
Kim sebak dan tunduk ke bawah. Dia masih rasa bersalah menjadi punca kepada semua kejadian berlaku.
Alicia: General kata dia mungkin akan ringankan hukuman sebab kau tolong haritu.
Kim: Ye ke? Terima kasih tapi...saya rasa tak perlu. Saya yang sabotaj selama ni dan khianati korang.
Ali: Tapi kau tolong jugak kitorang lepas tu.
Kim: Ya...
Alicia: ...Kim, kitorang pergi dulu.
Kim: Baik. Jaga diri korang.
Ali dan Alicia keluar dari bilik tahanan Kim. Alicia perasan Ali nampak macam fikirkan sesuatu.
Alicia: Ali.
Ali: Hm?
Alicia: Kau fikirkan apa?
Ali: Hah? Aku...
Alicia: Pasal Ejen Rizwan ke?
Ali: ...haah.
Alicia: Kau nampakkan haritu dia dengan Dos? Dia dah khianat kita.
Ali: Tapi aku tak rasa macam tu. Ejen Rizwan kan pernah pertahankan kita. Dia pertahankan aku daripada Uno dari ambil IRIS.
Alicia: Pastu macam mana dengan kejadian dekat Akademi haritu? Kau nampak sendiri dia cederakan mentor2 kita dan join Numeros.
Ali: Aku rasa dia ada pelan dia sendiri la, Alicia.
Alicia: ...kau percayakan dia?
Ali: Aku...Aku tak tahu. Susah aku nak kata aku percaya ke tak. Tapi haritu masa kita terserempak dengan dia dengan Dos, dia macam ada benda nak bagitahu. Tapi mentor2 dah datang pastu tak sempat dah.
Alicia: Apa-apa pun, kita kena berwaspada dengan diorang.Walaupun Jenny dah takde, aku yakin kita akan ada ancaman yang lagi bahaya nanti.
Ali: Betul...kita kena hati-hari lepas ni.
Meanwhile, Rizwan berada di apartment sedang membuat kerjanya sendiri memifikirkan pelan untuk tangkap Cero. Tiba-tiba, ada seseorang mengetuk pintu apartmentnya. Dia berasa curiga dan bersedia serang sekiranya yang ketuk tu konco-konco Cero. Rupa-rupanya...
Rizwan: Kau rupanya.
Dos: Rizwan.
Rizwan: Kau bawak dia sekali?
Dos datang bersama Trez.
Rizwan: Korang nak apa? Aku dah cakap aku boleh cari Cero sendiri. Kau dah bebas.
Dos: Kami akan tolong, Rizwan.
Rizwan: Tak perlu. Aku tak perlukan bantuan kau atau dia.
Dos: Tak payah nak berlagak la. Cero tu kuat. Kau takkan dapat kalahkan dia sorang sorang.
Rizwan: hmph...
Dos: Lagipun, kau perlukan dia ni kalau Cero cuba berkomunikasi guna badan dia lagi.
Rizwan: Apa yang membuatkan kau ubah sekutu kau?
Trez: Aku kena paksa dengan Cinco dulu. Kalau tak, matilah aku. Lagipun aku dah takde apa-apa.
Rizwan: Hm...
Malam kemudian di rumah Ali...
Ali: Uncle tak bagitahu pun Uncle nak datang.
Bakar: Saja nak buat kejutan. Nasib baik bapak kau balik lewat malam ni.
Ali: ...Uncle?
Bakar: Ya, Ali?
Ali: Uncle rasa...Ejen Rizwan tu khianat kita ke?
Bakar: ...Uncle tak tahu la, Ali. Rizwan ni susah nak dibaca. Uncle masih marah tentang apa yang dia dah buat tapi...uncle tak pasti nak cakap dia ni pihak kita ke tak. Fit dan Bobby ada cakap yang Rizwan dan Dos tolong diorang selamatkan dato Hisham dan kalahkan Seis dan Siete. Lepastu dia terus hilang.
Ali: Macam mana kalau kita yang silap, uncle? Mungkin memang Ejen Rizwan di pihak kita.
Bakar: Mungkin...sebab kami pun tak dengar penjelasan dia. Tapi sekarang ni misi cari Rizwan dan Dos masih diteruskan.
Ali: Hmm...
Bakar: Eh dah lewat la. Kau pergi tidur, Ali. Esok dah sekolah.
Ali: Baik Uncle. Selamat malam.
The end of chapter 1
YOU ARE READING
Broken Bonds | Ejen Ali Fanfic
ActionAfter the shocking events of Season 3, MATA is left in disarray. The organization still on track finding Rizwan and Dos. Though the war Cinco/Jenny is over, Ali finds himself still questioning Rizwan's intention and remember the day he met him again...