5 bulan berlalu dengan baik.
Ariff menggenggam erat tangan gadis yang berada di hadapannya. Dia membetulkan tudung berwarna cream yang dipakai oleh gadis cantik di hadapannya. Air jernih perlahan lahan keluar dari mata kuyunya. Dia mencium lama dahi gadis itu.
"I miss you.." bisik Ariff disebelah telinga si gadis. Gadis ayu itu tertawa kecil. Sebelum dia memegang wajah tampan Ariff. Dia melihat kedalam mata berwarna hijau milik Ariff.
"I miss you more, jaga anak kita.." Ringkas gadis itu memberi peringatan sebelum wajahnya perlahan lahan menjadi pudar. Dia menghilang bagai debu yang beterbangan. Air mata yang mengalir, kini menjadi lebih deras.
"No no.. don't leave me, love.." Rayu Ariff. Namun, apa boleh dia buat? Ariff tersedar dari mimpi itu apabila dia mendapat panggilan telefon daripada Haris. Terus dia mencapai phonenya. Pada mulanya, dia tidak menjawab. Hanya matikan panggilan itu. Tetapi, apabila Haris menelfonnya kali kedua, dia menjawab panggilan itu dengan pantas.
"Ariff! Hospital! Now!" Tanpa menanyakan lebih banyak soalan, dia terus bergegas berlari keluar rumah tanpa menukar bajunya terlebih dahulu. Itu tidak penting. Baginya, Erina lebih penting.
Dia mencapai kunci yang berada di atas meja sebelum dia menarik motor Yamaha R15 miliknya. Dia bergegas pergi ke hospital tanpa mengabarkan pemergiannya kepada Sofie terlebih dahulu.
Mendengar bunyi motor Ariff yang sedang laju meninggalkan kawasan rumah, membuatkan aku melihat kearah luar tingkap. Aiman juga turut terbangun apabila menyedari aku tidak lagi berada di sisinya.
"Why, darling?" Dia memeluk perut bulat ku dari belakang. Terkejut aku dibuatnya. Perlahan lahan tubuh dipusingkan menghadap Aiman. Aku melihat kewajah tampan suamiku.
"Tak, saya tengok Ariff. Dia nampak tergesa gesa" balasku. Tanganku merayap di rambut serabai Aiman apabila dia meletakkan kepalanya dia bahuku sambil memeluk pinggangku. Clingy! Dia menguap.
"I want your full attention" Rengek Aiman manja. Sejak aku sarat mengandung, Aiman menjadi semakin manja. "Abang dah dapat dah kan? Apa yang abang nak lagi?" Soalku perlahan bila Aiman merengek lebih kuat.
"Nak baby lagi!" Ucapnya selamba. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia ni mamai ke? Anak yang seketul ni pun belum keluar lagi! Ada hati nak tambah lagi seorang? Aku membiarkan Aiman memeluk tubuhku dengan erat. Hanya memerhati setiap tingkah lakunya.
"Baby kita pun belum keluar lagi, abang dah minta lagi seorang?" Soalku. Aiman menggeleng. Aku mengerut dahi apabila melihat Aiman menggeleng kepalanya dengan pantas.
"Abang dah ada baby, baby abang tu sayang lah. Tapi abang nak baby lagi" Tawa kecil terlepas. Aku baby ke dia yang baby? Aiman kekal memeluk pinggangku erat. Tidak ingin beranjak mahupun sedikit.
Satu saat.
Dua saat.
Telefon milik Aiman berdering. Sebelah tangannya mencapai telefon didalam kocek seluar lalu butang hijau itu ditelan. Telefon dibawa ketelinga untuk mendengar dengan lebih jelas.
"Aiman! Where are you?!" Soal Sofie sambil menahan amarah. Pada masa yang sama suaranya bergetar kerana ketakutan. Entah apa yang dia takutkan, Aiman juga tidak mengetauinya.
"What happened,mommy?" Soalan berbalas soalan. Aiman berkata dengan nada mendatar. Tangannya masih memeluk erat pinggangku. Kedengaran keluhan berat dilepaskan di dalam panggilan. Keluhan yang di lepaskan oleh Sofie, ibu kepada Aiman.
"Embun dan Erina accident.." Lembut Sofie jelaskan. Membulat mataku saat mendengar apa yang dikata oleh ibu mentuaku. Ya Allah. Dugaan apa lagi kali ini?
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
Ngẫu nhiênSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...