Bismillah... Assalamualaikum.
Saja nak berkongsi yang Irvan akan berada di bawah rumah penerbitan Ilusi Cinta Publication. Jadi, terjawab sudah mengapa Irvan hilang dari Wattpad Ishankendric.
Inilah sebabnya, sebab dia nak jadi buku 🫢🦋
Ini hadiah untuk pembaca Ishankendric yang setia membaca hasil tulisan Ishan dari dulu sampai sekarang dan Ishan harap korang terima hadiah tak seberapa dari seketul Ishankendric.
Blurb:
Kata orang, hidup kita ini sudah ditakdirkan mengikut setiap pilihan yang dilakukan. Begitu juga dengan Irvan Ul-Haq dan Qistina Sameeha.
Dua jiwa yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain akhirnya bertemu kembali kerana sebuah insiden yang berlaku diantara mereka pada satu malam. Oleh sebab itu, keputusan dibuat oleh Irvan untuk menjadikan Qistina sebagai isterinya.
Akan tetapi, Qistina menghilangkan diri sebaik saja Irvan melafazkan akad pada hari perkahwinan mereka.
“I’m sorry, Irvan”- QISTINA SAMEEHA
“Isteri yang aku baru nikahi tadi tinggalkan aku ke?” - IRVAN UL-HAQ
Masa berlalu dan dalam tempoh itu juga, Irvan tidak pernah berhenti mencari di mana keberadaan isterinya kerana ada satu rahsia gelap yang cuba sang isteri sembunyikan tetapi telah sampai ke pengetahuan sang suami.
Takdir menyebelahi Irvan apabila dia berjaya menemukan Qistina kembali di City Of Love.
“Hello, butterfly.” - IRVAN UL-HAQ
“Encik ni siapa ya?” - QISTINA SAMEEHA
Qistina enggan kembali kepada lelaki itu, tetapi tekadnya Irvan yang tidak pernah berhenti untuk membuatkan dia tunduk mengikut kata hatinya. Namun, pada masa yang sama kisah lama muncul menjadi igauan untuk pasangan itu menuju puncak/tangga kebahagiaan.
“Just you wait, Qistina. I'll make you mine back.” - ISYRAF MUSTAQIM
“I want you back. With me.” - AUFIYA FAREENA
“I don't care, I want to see Irvan.” - FERZA NADINE
Adakah Irvan dan Qistina mampu mengecap bahagia? Atau hubungan yang dipertahankan selama ini akan terputus di tengah jalan?
“Jangan pernah salahkan takdir yang tertulis, apa yang perlu kita buat ialah terus maju tanpa pandang ke belakang. Anggap yang jadi tu sebagai salah satu ujian dalam hidup kita.” – QISTINA SAMEEHA
×××
Kombo Man's Love
Korang boleh dapatkan buku Ishan dan rakan seperjuangan Ishan di Ilusi Cinta Publication.
Pre-Order sudah pun dibuka hingga tarikh yang tertera dalam gambar di atas, jadi korang boleh beli dengan mereka.
So... Don't forget to buy the novels and enjoy it.
"Abang, cerita kita akan sampai pada dia orang tak lama lagi." Qistina tersenyum riang memeluk sisi badan Irvan.
"Iya, butterfly. I can see that." Irvan senyum merangkul bahu kanan isterinya. Sebelah lagi tangan mencubit lembut pipi gebu isterinya. Eee... Geram!
"So..." Irvan tunduk pada Qistina di sisi, wajah wanita tercinta mengangkat kening beberapa kali memberi isyarat untuk dia menyambung ayat isterinya itu.
Irvan senyum, mereka berdua toleh memandang pembaca-pembaca Ishankendric.
"Selamat selami kisah cinta kami si pasangan rama-rama. Jumpa awak semua dalam dunia kami," ujar Irvan melambai sebelah tangan pada para pembaca.
"Ingat tau, delulu boleh tapi jangan rampas suami saya. Irvan Ul-Haq hak milik Qistina Sameeha." Qistina jeling tajam pada mereka yang membayangkan untuk rampas suaminya.
Irvan ketawa melihat keletah isterinya. Ada-ada saja.
"Butterfly saya bergurau guys, jumpa korang nanti ya. Bye..." Seraya itu Irvan dukung Qistina dan berlari masuk ke dalam dunia mereka semula.
"Kita jumpa di Butterfly's Husband: Irvan ya? Bye... Lav! Aku dah habis promote buku! Where are you? I need attention." Ishankendric berlari mencari di mana cinta hati Lavender dia.
YOU ARE READING
BUTTERFLY'S HUSBAND: IRVAN [TERBIT]
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 4 IRVAN UL-HAQ | QISTINA SAMEEHA Mereka berdua disatukan kerana satu insiden yang berlaku antara mereka berdua namun pada hari pernikahan, Qistina pergi meninggalkan Irvan selepas saja mereka bergelar suami isteri. "Iste...