Prolog

5 1 0
                                    

2037.

   TANGAN kekarnya mencapai satu kotak peti besi yang berada dibawah katil arwah mummy dan daddynya.

   Hari ini hari ulang tahun mummy dan daddy. 24 Julai.

   Selepas 11 tahun pemergian orang tuanya, baru hari ini dia memberanikan diri untuk memegang barang yang ada didalam bilik ini. Sebelumnya, dia takut. Takut kerinduannya kembali. Namun kali ini dia kuatkan dirinya sendiri. Bagaimana kalau mummy dan daddynya ada tinggal surat? Dia akan menyesal jika dia membaca itu pada waktu yang terlalu lambat. Walau hari ini sudah terlalu lambat.

   Habuk-habuk yang bertandang diatas kotak itu disapu sehingga debuan itu berterbangan diudara. Uhuk! Uhuk!

   Dia menekup mulut. Debu terlalu banyak.

   Untuk membuka peti itu, dia perlu memasukkan satu kata laluan. Dia berfikir sejenak sebelum tangannya menekan-nekan papan itu.

   240784.

   Klick!

   Peti itu terbuka dan mendedahkan segala benda yang ada didalam perutnya.

   Dia membelek kotak itu.

   Didalamnya ada satu buku tulis setebal kira-kira 2 cm setengah. Ada beberapa pucuk surat yang sudah sedikit kekuningan yang ditelan dek masa, pen hitam yang sudah kekeringan dakwat, dan juga satu album kecil.

   Album berwarna matte black itu dia ambil dan buka.

   Muka surat pertama... Gambar dia yang masih berumur 1 minggu.

   Dia sedang berada didalam dukungan daddy.

   Gambar itu dikeluarkan dari plastik album dan dia pusing kebelakang. Tiba-tiba dia terlihat ada satu karangan panjang yang ditulis tepat dibelakang gambar.

Assalamualaikum, Zayyan Al-Fareezel.

Terima kasih sayang kerana telah hadir dalam hidup mummy dan daddy. 1 minggu ini sudah bagaikan 1 tahun bagi daddy. Terlalu banyak kenangan yang daddy dapat sepanjang 1 minggu ni. Belajar buat susu, mandikan Zayyan, pakaikan pampers, pakaikan baju. Daddy bersyukur sebab daddy orang pertama yang lakukan semua tu pada Zayyan. Tak semua, tapi kebanyakan.

   Zayyan mengemam bibirnya. Kepala didongak memandang atas. Ayat daddynya dahulu masih terngiang-ngiang di benak fikiran. Kata daddy, anak jantan tak boleh menangis.

   Apabila Zayyan rasa air matanya sudah kembali mengering, dia kembali tatap album tersebut. Kini, dia menyelak muka surat lain pula.

   Ada satu gambar, semasa dia berumur 2 tahun. Bagaimana dia tahu? Daddy sudah siap tulis di belakang gambar itu.

   Dia keluarkan gambar itu dari buku album tersebut.

   Sekali lagi, dibelakangnya masih ada ayat. Dipusingkan gambar itu lalu setiap baitnya, dia baca.

   Harini anak daddy dah boleh berjalan! Sebagai first day, kita bawak Zayyan jalan-jalan ke Icity. Pandai sangat berjalan sendiri! Memanglah pandai, kan anak daddy!

   Gambar itu gambar yang diambil daddy sempena kali pertama dia berjalan...

   Cukup!

   Dia akan mengeluarkan air matanya lagi jika berterusan membaca. Nantilah dia sambung. Apabila mengidam mahu menangis.

   Dia letak kesemua gambar itu kembali pada tempat asalnya.

   Zayyan menatap satu buku tulis yang turut berwarna black mate. Daddynya memang suka warna hitam.

Dia selak muka surat pertama...
































Dituliskan kepadamu, kisah-kisah yang bagaikan dibawa ombak beralun. Suasana yang nyaman. Bunyi yang menyenangkankan dan juga cuaca yang mengosongkan fikiran.

Jemputlah baca, si awak yang sering mengidamkan perdamaian.

Grayson Seth's : Ineffable FeelingWhere stories live. Discover now