Bab 1

0 0 0
                                    


   2024.

   Kaki memapak menuruni satu-persatu anak tangga dengan berhati-hati. Kakinya terhincut-hincut sambil memegang selusur tangga.

   "Auch—"

   Pak!

   Bahunya di tampar oleh Tengku Suria.

   "Esqandar. Mama cakap dah, kalau nak keluar panggil mama. Kaki itu dah lah dah uzur." Tengku Suria menjeling anak sulungnya.

   "Ish mama. Apa tampar-tampar ni..." Dia mengusap lengannya yang dipukul tadi. Sakit jugalah.

   "Oi! Mengada sangat kenapa ni?"

   "Es lapar..." Esqandar merangkul lengan Tengku Suria.

   "Jom makan mama!" Sambung Esqandar seraya menghadiahkan sengihan pada Tengku Suria. Badan mamanya ditarik menuruni tangga.

   "Elok-elok. Kamu tu baru saja lepas kena langgar. Kaki tu nasib retak je, bukan patah." Tengku Suria masih belum berhenti membebel anaknya.

   Telinga Esqandar sudah naik pekak rasanya. "Ya mama... Es tahu."

   "Dah tu, lepas marah beribu kali pun buat juga!" Tengku Suria mencerlung wajah Esqandar. Tangan mencapai perut Esqandar dan dia pulas sekali.

   "Auch-auch! Mama..."

   "Dah, jom makan. Nanti makanan sejuk, padan muka." Tengku suria menarik tangan Esqandar perlahan-lahan menuruni anak tangga. Sekali-sekala dia mengerling kaki Esqandar yang berbalut simen itu.

   Flashback.

   "Weh, pukul berapa dah ni?" Soal Esqandar pada rakannya.

   Salah seorang rakannya menjawab, "awat? Nak balik dah ke? Awal lagi Es. Baru pukul 12."

   "Ah kau. Cakap senanglah. Aku ni yang kena dengar mak aku bebel nanti." Esqandar menjeling rakannya. Selepas itu, kedengaran gelak tawa kawannya yang lain mentertawakannya.

   "Gerak dulu." Dia menyalam kawan-kawannya yang lain. Selepas itu, 2 keping not berwarna ungu dikeluarkan dari dompet dan diletakkan ke atas meja.

   "Lebih tu, pergi lah karaoke ke apa. Aku belanja. Jangan buat menda haram pulak!"

   "Boek doh Es!" Kawan rapat Esqandar, Aaris menepuk-nepuk lengan kawannya yang lain sehingga kawannya yang ditepuk itu mengaduh sakit.

   "Bye." Esqandar mengangkat punggung dan berlalu ke motor Yamaha YZF R15 V4 Dark Knight nya.

   Helmet Shoei OEI J-Force 2 berwarna black matte disarungkan pada kepala sebelum badannya mendaki untuk naik ke atas motorsikal.

   Kini dia sudah berada di tegah jalan raya. Sampai di traffic light, dia berhenti. Walau di situ tiada sebarang kenderaan yang lalu lalang. Haruslah dia tetap mematuhi undang-undang.

   Tiba-tiba datang satu kenderaan myvi berwarna kuning meluncur laju ke arah motorsikal Esqandar.

   "Weh weh weh! Kereta!" Laju Esqandar cuba menjauhi kenderaan itu. Dia bergerak kekanan. Namun masa masih berjalan. Kereta itu mendekati. Kitaran kelajuannya ialah 170 km/j.

   "Arghh!!"

   Pinnnn!

   Bam!

   Esqandar dan motornya tercampak kedalam semak samun.

   Flashback end.

Grayson Seth's : Ineffable FeelingWhere stories live. Discover now