Senja kian melabuhkan tirainya. Malam semakin mendingin. Aku menghembuskan asap rokok - berkepul-kepul ke udara di beranda. Melihat ke angkasa. Aku menoleh ke ruang tamu sejenak. Isteri aku sedang bermain dengan Azim, anak lelaki kami yang berumur 6 tahun. Satu-satunya anak kami. Aku tersenyum. Bersyukur dengan bahagia yang aku kecapi.
Tiba-tiba, si comel Azim berlari mendekati aku. Terkedek-kedek si cenonet itu datang. Aku segera mematikan puntung rokok dan meletakkannya ke bekas. Tak mahu si kecil itu hirup udara yang boleh merosakkan paru-parunya. Dari dulu lagi aku dah cuba untuk berhenti hisap rokok namun gagal. Harap-harap satu hari nanti aku berjaya melakukannya.
"Ayah.. Ajim nak eja nama ayah." Ujar Azim. Dia baru sahaja belajar membaca sejak beberapa hari lepas. Sejak dari itu, dia sering mengeja perkara rawak. Makanan, nama haiwan dan tempat.
"Okay, ayah bagi huruf.. Ajim cuba eja. M, A, I, dan N. Ha.. cuba eja Naim. Nama ayah." Balas aku pula.
Terkial-kial si kecil Azim cuba menulis. Wajahnya berkerut-kerut menulis. Dia baru belajar tulis juga serentak dengan belajar membaca.
"Hurm.. macam ni ke eja nama ayah?" Azim menunjukkan cebisan kertas tempat dia menulis. Aku melihat tulisan cakar ayamnya.
Dahi aku berkerut.
"Amin.." Ujar aku, perlahan. Membaca nama yang ditulis Azim.
"Aku takkan lupakan kau sampai bila-bila." Suara seorang remaja bergema dalam minda aku. Aku memegang dada sendiri. Semua kerinduan yang membunyikan kepiluan terasa.
Sebuah kenangan kembali bermain di minda. Kenangan yang aku simpan. Yang hanya aku, dia dan tuhan yang tahu.
♦️
Riuh suara dalam keramaian. Peluh merenik keluar daripada dahi aku. Baju dah basah akibat berpeluh. Panas pula hari ni. Padang sekolah dipenuhi dengan posak-posak manusia. Kebanyakkannya adalah pelajar sekolah dengan pakaian sukan dan maskot untuk rumah sukan masing-masing.
"Naim.. mana Raja? Suruh dia cari budak-budak 4×100m. Suruh depa standby. Lepas kawad, terus in position. Saya tak nak kita bazir masa nak cari diorang." Suara Cikgu Wan kedengaran. Aku mengangguk pada arahannya.
Aku terus ke padang. Menuju ke kawasan rumah Merah. Mata aku dipenuhi dengan pemandangan budak-budak yang berbaju sukan merah. Mata aku melilau - mencari kelibat Raja, budak India yang fasih berbahasa Melayu.
"Weh, korang semua nampak Raja tak?" Soal aku kepada semua orang yang berada dalam kawasan rumah merah itu. Mereka memandang aku. Kepala mereka menggeleng secara tidak serentak. Aku mengeluh. Mana pula budak Raja ni menghilang?
"Tadi saya ada dengar Abang Raja cakap dia nak pergi kelas untuk ambil gunting." Ujar seorang budak lelaki. Tak silap aku, dia budak tingkatan 3 walaupun badan dia kecil je.
Aku tersenyum ke arah dia.
"Terima kasih." Ujar aku sekilas berlalu pergi. Sempat juga aku perasan, pandangan dia yang berubah memerah.
♦️
"Naim, kau cari aku ke?" Soal Raja apabila kami bertembung ketika aku dalam perjalanan ke 6 Delima. Ya, kami merupakan tingkatan 6. Aku dan Raja berusia 18 tahun.
"Haah, Cikgu Wan suruh kau cari budak-budak 4 kali 100. Suruh dorang standby lepas kawad nanti." Ujar aku - menyampaikan arahan Cikgu Wan selaku ketua guru rumah merah.
Raja mengangguk dengan arahan tersebut.
"Dah. Jom ar kita pi padang. Aku nak bagi gunting ni dekat Jason. Nak hias rumah kita." Ujar Raja.
YOU ARE READING
My Little Prince
Romance"Aku takkan lupakan kau sampai bila-bila." ... "Macam ni ke eja nama ayah?" Berkerut-kerut dahi aku membaca tulisan cakar ayam Azim, satu-satunya anak lelaki aku yang berusia 6 tahun itu. "Amin.." Perlahan aku membaca. Seusai membaca nama itu, aku t...