"Aathif borak lah dulu dengan Adriana ya? Mama nak borak dengan Puan Adira kejap" kata Datin Ruqaya. Aathif mengangguk dan memberi senyuman manis kepada ibunya.
"Mari kita berbincang berdua" kata Aathif sambil mengukir senyuman Sinis kepada Adreana.
"Jadi, Kau terima atau tidak kalau aku masuk meminang kau?" Kata Aathif sambil melihat Adreana. "Baik, saya terima untuk kahwin dengan awak dengan lima syarat" kata Adreana dengan senyuman Sinis. Nak lihat dia sanggup atau tidak terima syarat yang diberi.
"Alright, bagitau aku apa lima syarat kau tu dulu" kata Aathif dengan berlagak dan meremehkan si Adreana.
"Syarat pertama, saya takkan tinggal dengan awak selagi saya belum habis SPM dan awak tak boleh melawat saya di asrama sekalipun" Adreana mengukir senyuman Sinis.
"What?!" Aathif terkejut terkejut dengan syarat pertama Adreana. "Go on, apa lagi?" Kata Aathif beriak tenang. "Syarat kedua, awak tak dibenarkan sentuh saya sampai saya umur 21 tahun" timbul urat-urat ditangan Aathif akan mendengar syarat kedua Adreana. Licik benar untuk budak berumur 16 tahun ini.
"Syarat ketiga, saya nak kita rahsiakan perkahwinan kita, syarat keempat awak tak dibenarkan menghantar apa-apa barang kepada saya di asrama. Akhir sekali, awak tak dibenarkan sentuh telefon saya walaupun awak akan jadi suami saya" Syarat-syarat Adreana berjaya membuat Aathif tercegang.
Aathif menghela nafas, dia terpaksa menerima syarat yang diberi oleh Adreana jika ingin berkahwin dengan Adreana. "Baik, saya terima syarat awak, tapi saya masih bagi awak nafkah sebagai suami" kata-kata Aathif berjaya buat Adreana Tergamam.
"Macam mana awak boleh terima kesemua syarat-syarat saya macam tu sahaja?" Adreana melihat kearah Aathif, mustahil dia boleh menerima syaratnya begitu sahaja.
Aathif tersenyum Sinis, Adriana, Adriana. Licik tapi naif juga dia ni. "Mestilah saya boleh terima.. ハニー (sayang)"
Pipi Adreana mula memerah, seolah dia pahan apa yang Aathif kata. "Baiklah, perjumpaan kita selesai."
"Tunggu, awak bagi dulu nombor awak dekat saya. Senang saya nak hubungi awak" kata Aathif mengeluarkan telefon mahal miliknya. Adreana mengeluh dan memberi nombor telefonnya.
"Saya nak awak senaraikan, warna baju tunang, baju kahwin, kenduri kita buat kecil sahaja" kata Aathif sambil tersenyum manis. Adreana menganguk lemah dan berlalu pergi.
Adreana pergi ke ibunya. "Mama, jom balik, Adreana dan jumpa Aathif dah berbincang" kata Adreana dan ibunya menganguk. "Jom, aku pergi dululah Ruqayah. Nanti aku nak bawa anak aku, bukak akaun bank baru" kata puan Adira membawa anaknya keluar rumah dan memasuk perut kereta.
"Jadi macam mana, dah tetapkan dah?" Puan adira bertanya dan Adreana beriak tenang. "Aathif kata, dia nak uruskan semuanya" kata Adreana sambil melihat telefonnya. "Baguslah macam tu, kenapa? Kamu nak pergi balik asrama ke?" Puan Adira melihat kearah anaknya.
"Ye ma, kakak nak balik asrama. Nanti minggu depan ada debat English, lepas tu nanti dah nak exam. Cikgu target batch kakak dapat pointer kecil untuk dapat SPM nanti grade bagus" kata Adreana sambil membaca buku online di telefonnya.
Puan Adira mengaguk dan mengeluh, terpaksa beralah demi masa depan anaknya. "Baiklah mama hantar kakak balik asrama, tapi lepas bukak akaun bank dan beli barang keperluan yang dah habis untuk guna di asrama" kata puan Adira sambil memandu mencari tempat letak kereta berdekatan bank.
Adreana hanya mengikuti ibunya ke bank untuk membuka akaun banknya sendiri. Selepas semua proses selesai ibunya bawa ke asrama semula selepas beli barang keperluan.
"Nanti Sabtu nanti mama melawat, ke nak bakal suami kamu yang datang?" Puan Adira melihat kearah anaknya yang menggeleng kepala. "Tak perlu mama, kami bukan halal lagi. Perkahwinan perlu jalan yang halal, Adreana tak nak waktu nak menghubungkan hubungan halal ada jalan haram yang digunakan" kata Adreana tegas tapi lembut nada suaranya, tak nak menyakiti hati ibunya.
Puan Adira mengangguk, "ni duit berlanja." Puan Adira memberi duit sebanyak RM 100 ringgit. "Banyak ni ma" kata Adreana dengan nada terkejut, duit cukup untuk sebulan tu.
"Tidak mengapa, lagipun nanti kamu dah kahwin. Suami kamu pula yang bagi duit" kata puan adira tentang isu kahwin membuat mood Adreana masam.
"Dah lah mama, Adreana pergi dulu. Salam." Adreana Salam tangan ibunya dengan penuh kasih sayang dan cium pipi ibunya dan berlalu pergi naik ke asrama.
Setiba Adreana di dorm dia melihat kawan-kawannya. "Kau cuti sehari je ke?" Tanya Farisha kawan sebelah katil. "Ye lah, takkan nak cuti lama-lama. Lagi dua bulan nak masuk tingkatan lima kot " kata Adreana sambil mengemas locker miliknya.
"Baik lah Tunku Adreana Aqila, patik menerima perintah" Farisha tergelak kecil diikuti oleh Adreana. "Kau ni kalau bahagia mengusik aku, laju sahaja kan?" Adreana pergi mengambil tudung untuk di iron kan. Selepas kerja di asrama selesai Adreana sambung buat kerjanya sebagai pelajar di Asrama.
Sesudah selesai solat Asar diadakan bacaan Mathurat. "Weh, kau dah study ke untuk exam akhir tahun ni?" Tanya Humaira kawan sekelas Adreana. "Tinggal nak hafal surah Yasin je aku tak pasi boleh hafal ke tak. Banyak ayat" kata Adreana sambil melihat Al-Quran miliknya.
Tak sangka lagi dua bulan Adreana nak masuk tingkatan lima.
Setelah satu bulan berlalu peperiksaan yang dinanti-nantikan telah pun tiba. "Semua pelajar telah dibenarkan masuk kedalaman dewan! Sila tinggalkan sebarang rujukan!" Kata pengawas peperiksaan dan aku dengan ucapan bismillah masuk kedalaman dewan.
Selepas dua minggu peperiksaan akhirnya berakhir. "Akhirnya Kita Merdeka!!" Sorak satu kelas 4 Bunga. Namun disebabkan sorokkan ada yang tidak gembira. Adreana, baru sahaja lepas telefon ibunya ternyata Aathif telah mempersiapkan majlis kawin mereka. Nasib baik esok balik bermalam, kalau tak apa kau nak jawab.
"Mama macam mana? Sihat?" Tanya Adreana dengan nada riang. "Alhamdulillah mama ok, balik nanti kamu rehat. Esok majlis akad nikah." Kata-kata Puan Adira membuat Adreana tersentak. "A..akad nikah? Dia dah siap semua benda ke?!" Adreana tersentak...
"Macam mana dia? Ya Allah apakah ini?!" Adreana mengeluh..
YOU ARE READING
Aathif's
RomanceTunku Adriana Aqilah berumur 16 tahun dipaksa kahwin oleh ibunya, dia sangka dia dipaksa kahwin dengan lelaki biasa rupanya tidak. Lelaki yang dia dipaksa kahwin merupakan seorang duda yang telah bercerai dengan isterinya. siapa sangka, Adriana pada...