Selepas bersalaman dengan papa dan mama, Elvia berkata perlahan,
“Papa, boleh tak papa tolong hantarkan Via ke café tu?”
Tengku Ukasyar menghela nafas. “I’m sorry, papa tak boleh nak hantar. Papa ada meeting.” Suaranya penuh rasa bersalah.
Elvia tersenyum nipis walaupun kecewa. “Tak apalah, Via faham.”
“Papa betul-betul minta maaf, sayang.” Ulang Tengku Ukasyar, matanya merenung wajah anak gadisnya itu.
“Don’t worry papa. Lagipun, pakcik Ali boleh hantar Via ke café tu.” Elvia cuba meyakinkan papanya yang dirinya baik-baik saja.
“Betul ni? Via tak marah papa kan? Tak kecewa dengan papa?” soalannya bertubi-tubi.
Elvia hanya mengangguk kecil. Senyum papanya terukir. “Thanks, Via. Papa sayang kamu.”
Cuppp. Satu kucupan singgah di atas kepala Elvia yang dilitupi tudung shawlnya.
---
Elvia melangkah keluar menuju kereta Audi Q8. Seperti biasa, Pakcik Ali membuka pintu untuknya. Dalam perjalanan, Elvia hanya merenung ke luar tingkap. Ya, dia memang suka duduk di tepi tingkap setiap kali menaiki kereta.
Kereta berhenti tidak jauh dari café yang dituju.
“Cik Elvia, dah sampai.” Pakcik Ali segera mahu membuka pintu.
Namun Elvia menahan. “Terima kasih, pakcik. Kalau pakcik hantar atau ambil saya, tak payah buka pintu. Saya boleh buka sendiri.” Katanya lembut.
Pakcik Ali hanya mengangguk, menghormati permintaan itu.
---
Elvia menolak pintu café. Sebaik melangkah masuk, matanya terpukau dengan dekorasi dalamannya. “Cantiknyaaa... café siapa ni?” hatinya berbisik kagum.
“ELVIAAA!!”
Jeritan kuat itu membuatkan seluruh hayalannya hilang. Semua pelanggan menoleh ke arahnya. Elvia mencari-cari tuan punya suara itu.
Tak lain tak bukan, QAISARA!
“Aku dah agak dah minah ni yang jerit. Kalau aku tumbuk boleh tak?” Elvia mendengus dalam hati. Wajahnya terasa panas, pipinya membahang. Malu wehh! Dengan kepala tunduk, Elvia segera berjalan ke arah meja.
“Kau dah kenapa jalan tunduk je?” soal Qaisara pelik.
“Ishhh dia ni kan. Kalau aku tumbuk sia-sia je. Dah dia jerit nama aku kuat-kuat, mestilah aku malu gila!” Elvia menjeling tajam.
“Eh, kau bisu ke Elvia oii? Aku tanya ni, kenapa jalan tunduk?” Qaisara masih blur.
Elvia mendengus. “Dia yang buat, dia buat-buat tak tahu pulak. Lempang karang.” gumamnya geram.
Qaisara menggaru kepala, cuba mengingat. Tiba-tiba dia ketawa kecil.
“Ooo, sebab aku jerit nama kau tadi ke?”
Elvia hanya mengangguk, memeluk tubuh sambil muncung. Wajahnya macam budak kecil merajuk.
“Alah, tak payahlah merajuk. Kita kat café ni, jom la makan.” Qaisara cuba memujuk. “Okey, kau order je, aku belanja.” Tambahnya lagi dengan senyuman nakal.
Elvia terus menoleh padanya. Senyuman kambingnya terukir. Qaisara perli, “Hahhh, hilang pun merajuk tu.”
---
Tak lama kemudian, makanan pun sampai.
“Wehh Qai, jangan makan lagi! Aku nak tangkap gambar dulu.” Elvia cepat-cepat keluarkan iPhone 13 Pro Max-nya, snap gambar makanan dari pelbagai angle.
Qaisara dah tahan lapar dari tadi. Mukanya jelas tak sabar.
“El, bila kau nak habis ‘tingkap-tingkap’ tu? Perut aku dah kebulur ni.”
Elvia berhenti, tersengih. “Alahh sorry la bestie, aku baru tangkap sikit je. Dah kecoh.”
Qaisara mengetap bibir. “Kepala hotak kau baru sikit? Aku tunggu nak dekat 30 minit tau! Itu kau kata sikit?”
Elvia tersengih lagi. Memang sah, perangai sahabatnya ni susah nak ubah.
---
♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤
Terima kasih sebab baca! Harap part ni lebih hidup sikit. Kalau ada typo, maaf yaa. ♥
YOU ARE READING
MY WIFE MY FLOWER
Romance✨ Sinopsis ✨ Tengku Karl Adeeren, lelaki kacukan Italy-Malaysia. Fasih berbahasa Italy dan English, cuma bahasa Melayunya masih tunggang-langgang-meski begitu dia mampu memahami setiap tutur kata. Ada satu perkara yang membuatkan dirinya berbeza...
