Offer Letter

2.7K 87 5
                                    


Seharian mengadap skrin komputer membuatkan mataku kering.

Aku menarik laci meja di sisi kiri ku. Menyelongkar mencari botol kecil Eye Mo.

Gigih aku menyelongkar ruangan laci tersebut disebabkan barangan yang bersepah di dalamnya. Aku tidak punyai masa untuk menyusunnya dengan baik.

Beberapa saat kemudian, baru aku jumpa botol Eye Mo itu. Segera aku titiskan pada kedua mataku.

Dan saat mataku terkelip-kelip, pintu pejabatku diketuk dengan bertubi-tubi.

"Abang! Abang!!!" Jerit satu suara di belakang pintu. Memanggilku dengan kuat.

Bilik di tingkat bawah rumahku memang sengaja aku jadikan sebagai ruangan pejabatku. Senang untuk aku melakukan pekerjaanku tanpa diganggu.

Aku kemudiannya menolak tubuhku bangun dari ruang kerjaku dan berjalan ke arah pintu dan membukanya.

Dan saat aku membuka pintu tersebut, Amelia menerpa ke arahku. Memelukku sambil bersorak gembira...

"Eh, kenapa ni sayang? Bukan main happy lagi. Menang loteri ke apa ni??" Tanyaku sambil tersenyum melihat wajah riang isteriku.

"No. Sayang dah dapat offer letter! Sayang dah dapat job yang sayang nak selama ni Abang!" Balas Amelia sambil memeluk tubuhku dan melompat-lompat gembira.

Bibirku tersenyum mendengar berita tersebut. Awal bulan ni, Amelia telah menghadiri temuduga untuk sebuah syarikat penerbangan persendirian.

AirVee Air.

Sebuah syarikat penerbangan yang baru ditubuhkan pada awal tahun ni. Syarikat swasta yang menawarkan penerbangan dengan kapal terbang peribadi ataupun private jet pada mereka yang ingin terbang dengan selesa dan mewah.

Seperti mana-mana syarikat penerbangan, selain Kapten dan First Officer... mereka juga memerlukan pramugari bagi melayan dan menjaga keselamatan penumpang di dalam kapal.

Cuma beza dengan syarikat penerbangan yang lain, syarikat ini hanya memerlukan satu atau dua pramugari dalam satu kapal. Bergantung pada saiz kapal terbang tersebut.

"Bila start training? Berapa orang dalam batch sayang?" Tanyaku pada isteriku.

Amelia membuka telefonnya. Mencari email yang diterimanya bagi memeriksa akan tarikh yang telah dimaklumkan.

"5 Ogos. Awal bulan depan." Balas Amelia dengan ringkas.

Hari ini sudah 22 Julai. Lebih kurang dua minggu lagi sebelum Amelia memulakan latihannya.

"Okay... Berapa orang batchmate sayang and... Sayang buat kapal mana?" Tanyaku lagi.

"8 orang semua... Dan sayang dapat buat kapal Gulfstream G800 dan Boeing 737-Max. Yang G800 tu sayang kena buat sorang tapi yang 737-Max tu sayang akan buat dengan cabin crew yang lain." Jawab Amelia.

"Boeing 737 ada tu bukan yang airlines selalu pakai ke? Ada yang private punya ke?" Tanyaku lagi.

Aku mungkin tak berapa arif tentang hal-hal penerbangan namun sejauh pengetahuanku, Boeing 737 banyak digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang lain dan memerlukan 4 orang krew untuk mengendalikannya selain dua orang juruterbang.

"Ini yang business jet. Boeing Business Jet atau BBJ. Yang ni memang diorang buat jadi kapal persendirian. Dalam tu dua orang sahaja dah cukup sebab setiap cabin crew bertanggungjawab untuk 50 orang penumpang kapal. Kapal private macam BBJ 737 ni berapa orang je yang naik. Orang kaya je naik. Tu pun berapa kerat je. Silap haribulan, tak sampai 10 orang." Terang Amelia padaku.

"Owh... Fahammm... Kaya juga syarikat AirVee ni. Company lain yang offer private jet ni selalu ada kapal yang kecik-kecik je. Gulfstream or Bombardier tu dah habis besar dah selalunya. Berapa biji kapal 737 tu diorang ada?" Tanyaku lagi.

"Enam. Enam biji bang." Jawab Amelia.

Sebiji kapal Boeing sahaja sudah cecah seratus juta. Inikan pula 6 biji. Belum lagi kapal-kapal kecil seperti Phenom 300 atau Gulfstream G800. Kaya betul syarikat AirVee ni.

"Okay. Sayang better study dulu apa yang patut. Sebab sayang kena operate dua jenis kapal tau." Kataku pada Amelia.

Amelia hanya mengangguk sebelum memelukku dengan erat.

Aku mengusap pada belakang kepala isteriku ini. Memang cita-citanya mahu menjadi seorang peramugari. Dahulu, dia sering menghadiri temuduga-temuduga yang dibuka oleh syarikat penerbangan namun rezeki tidak menyebelahinya.

Amelia hanya mampu sampai ke pusingan akhir pada temuduga-temuduga yang dihadirinya sebelum disuruh pulang kerana tidak mencapai kriteria yang mereka minta.

Kadang kala, aku sendiri tidak mengerti akan apa kriteria yang diinginkan oleh syarikat penerbangan tersebut. Pada aku, Amelia merupakan seorang wanita yang jelita. Tingginya 168cm dan berat dalam 56kg. Payudaranya pula... Hehehe... Saiz 36C.

Cukup sempurna.

Dan Amelia juga seorang yang pintar. Dari perkenalan aku dengannya sebelum berkahwin dahulu... Amelia sangat bijak dalam pelbagai bidang. Jika ada yang dia tidak tahu, atau ingin tahu... dia akan luangkan masa untuk belajar dan menulis dalam buku nota. Seperti tengah belajar untuk mengambil ujian sedangkan perkara itu hanya perkara kecil.

"Okaylah. Abang pergilah sambung buat kerja. Sayang nak sambung masak." Kata Amelia sebelum melepaskan pelukannya dari tubuhku dan berlalu meninggalkan ku.

Aku menutup semula pintu bilikku dan bergerak duduk di kerusiku semula.

Mataku memandang ke arah skrin komputer. Termenung.

Gambar kahwin kami yang berdiri disebelah komputerku, aku tenung.

Siapa sangka sudah dua tahun kami mendirikan rumah tangga selepas tiga tahun bercinta. Dan selama kami berkahwin, aku menjaganya dengan baik.

Amelia tidak ku benarkan bekerja kerana pendapatanku sudah cukup untuk menanggungnya dengan mewah.

Namun saat Amelia memaklumkan yang dirinya mahu pergi ke temuduga sebagai pramugari syarikat AirVee... Aku benarkan.

Kerana aku tahu yang itu adalah cita-citanya. Dan andainya dia dapat pekerjaan tersebut... Aku akan menyokongnya... Walau apa pun yang terjadi...


Complete story boleh DM Kayrin dekat telegram.

ID : itskayrinnn

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Graduasi Sang IsteriWhere stories live. Discover now