Pada era globalisasi ini, ekonomi negara kita semakin merosot sehingga mengakibatkan jumlah pengangguran semakin meningkatHal ini membuatkan seorang pemuda lelaki dengan tubuh yang tegap dan wajah yang tampan mengeluh berat
"Sampai bila aku nak berharap dekat orang lain? Patutkah aku ikut cadangan yang dikemukakan oleh Amir?" Darrell sekali lagi mengeluh mengenangkan nasibnya yang tidak begitu bagus
Disebabkan pandemik Covid-19, dia telah kehilangan pekerjaan. Oleh itu, dia berusaha untuk mencari pekerjaan baharu untuk menyeimbangkan ekonomi keluarganya
Dia sebagai anak sulung terpaksa memikul beban yang sangat berat kerana ayah dan ibunya sudah meninggal dunia tepat di hari dia menerima anugerah sebagai pelajar cemerlang pada tahun 2020
"Abang? Kenapa abang masih belum tidur? Tak mengantuk ke?" Aaron datang ke arah Darrell lalu duduk di sebelahnya
"Aaron pula kenapa tak tidur? Abang dah biasa dah tidur lewat" Aaron menganggukkan kepalanya sebelum menundukkan kepalanya semula
"Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?" Aaron menganggukkan kepalanya dan tidak sampai sesaat, dia menggelengkan kepalanya semula
"Cuba cakap... Kalau ada masalah lebih baik luahkan, jangan pendam" Aaron menganggukkan kepalanya lalu menceritakan semuanya kepada abangnya
Ternyata yang ingin Aaron bagitahu ialah tentang yuran sekolah yang masih tertunggak sebanyak RM500
"Abang akan usahakan secepat mungkin untuk mencari duit membayar yuran adik... Sekarang pergi tidur, esok lambat pula nak bangun turun ke sekolah" Aaron menganggukkan kepalanya lalu bergerak masuk ke dalam bilik tidurnya
Setelah puas fikir secara masak-masak, Darrell memutuskan untuk menelefon Amir
"Hello bro... Kau dah tidur ke?"
"Belum lagi... Kenapa kau call?"
"Aku nak tanya kerja tu masih ada jawatan
kosong ke?""Ada... Kau nak ke?"
"Ya. Aku perlukan duit sekarang ni"
"Esok kau jumpa aku kat tempat biasa"
"Okay"
••••••
Keesokan paginya, Darrell menuju ke cafe biasa yang selalu dia lepak bersama dengan rakannya yang bernama Amirul
"Lambat betul kau datang... Aku baru nak balik tadi sebab kau lambat" Amirul pura-pura merajuk di hadapan Darrell
"Sorrylah... Aku hantar adik aku tadi sebab tu lambat sikit" Amirul menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham
"Nah... Aku harap kau tak menyesal dengan apa yang kau buat nanti" Darrell menganggukkan kepalanya lalu bergerak keluar menuju ke rumahnya
Sementara itu, Amirul memerhatikan bayang Darrell yang semakin lama semakin menghilang
"Seandainya kau tahu yang aku sukakan kau... Aku suka kau Darrell" desis Amir di dalam hatinya
Sesampainya di rumah, Darrell terus masuk ke dalam bilik tidurnya lalu membaca syarat-syarat yang ada di dalam fail yang diberikan oleh Amir sebentar tadi
"Banyaknya syarat yang perlu dipatuhi..." Darrell mengeluh dengan berat sambil fokus terhadap apa yang dibacanya
Antara syarat yang harus dia patuhi ialah:
1. Sentiasa makan buah nanas
2. Elakkan merokok
3. Jangan minum minuman beralkohol
4. Pastikan tiada misai di muka
5. Berpewatakan jantan / bukan pondanSetelah selesai, Darrell menyimpan fail tersebut di dalam laci meja belajarnya sebelum bergerak menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri
Tepat pada jam 12 tengah hari, Darrell menyiapkan motornya untuk mengambil adiknya di sekolah
"Abang... Adik dapat nombor satu dalam kelas" Darrell tersenyum melihat Aaron yang bahagia
Namun apa yang Darrell tidak sedari ialah kawan baik Aaron iaitu Jackson sedang memerhatikan dirinya dari atas sampai ke bawah
akan bersambung...