Prolog

0 0 0
                                    

   Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati. Jam telah menunjukkan angka 4 pagi. Harini aku menunaikan solat tahajjud dan solat taubat di surau supaya perbuatan aku tidak diketahui ibu bapaku. 

   Tutup sahaja pintu rumah aku terus membuka tudung dan niqab sebelum menerobos masuk ke bilik tidur. 

    Saat aku mahu menutup pintu bilik, ibu memunculkan diri dan memandang ke arahku atas dan bawah. Air liur diteguk kesat memandang muka ibu. 

     “Kau pergi mana?” ibu bertanya kepadaku. 

      “Err pergi… Pergi…ha pergi pasar!” tipu yang tidak masuk akal diberi kepada ibu. 

       “Kau ingat aku bengap sangat ke? Mana ada orang ke pasar pukul 4 pagi” ibu menaikkan kening sebelahnya. 

        Aduh! Kantoi sesiapa tolong! Mana nak sorok muka ni. 

       “Kau pergi surau lagi kan? Kau tak faham bahasa ke hah?! Aku kata aku tak suka kenapa pergi juga?” sambung ibu lagi. 

         Ibu bertindak untuk menarik rambut panjang aku dengan kuat. Aku menjerit kesakitan. 

          “Aduh ibu sakit ibu! Lepaskan!” aku meronta apabila ibu semakin menarik kuat rambutku. 

           “Oh sakit? Sakitkan hati aku kau tak pikir pulak?” 

           “Xandra convert islam saja ibu. Kenapa ibu benci sangat dekat islam?” dahi aku berkerut menahan rasa sakit akibat rambut ditarik ibu. 

           “sebab agama itulah aku hilang orang yang aku sayang! Aku benci kau!”

           “Lepaskan lah rambut Xandra ibu. Xandra penat nak rehat” aku berkata dengan nada yang lemah. Aku penat ya allah. 

           “Okay tak apa kali ini kau terlepas tapi next time bila kau pergi lagi dekat tempat tu aku kurung kau dalam bilik biar kau mampus” ibu melepaskan cengkaman rambut aku dan beredar. 

            ‘Xandra buat semua ni bersebab ibu Xandra nak keluarga kita bahagia macam orang lain’ aku bermonolog di dalam hati.

HIDAYAH SEORANG PENDOSAWhere stories live. Discover now