Bab 1

0 0 0
                                    

   Aku dikejutkan dengan alarm telefon yang berbunyi kuat. Mata digosok beberapa kali sebelum duduk dari pembaringan. 

             Aku mengemas katil dan melihat jam sudah masuk pukul 7 pagi. Tangan mula bergerak menekan aplikasi WhatsApp dan melihat kotak mesej. 

            Oh umi mesej. Mata melihat mesej yang tertulis. 

‘Umi lupa kejut kamu, Dan. Tadi kelam kabut sangat nak pergi kerja. Solat ya, Dan’

             Selepas membaca mesej yang umi hantarkan kepada aku, aku terus menerobos masuk ke bilik mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. 

            Solat? Tidak perlu. Sepanjang umur aku meningkat dewasa aku tidak pernah mengerjakan perintah tuhan yang satu itu. Entah la mahu dikatakan apa. Aku tidak bangga mahupun riak tidak beribadah. Aku cuma, tak yakin dengan tuhan. Wujudkah dia? 

            Mungkin orang menganggap aku orang yang baik-baik tapi nyatanya tidak. Aku dilahirkan di keluarga yang beragama tetapi aku rasa kosong. Aku muak dengan ibu bapaku yang hanya mementingkan agama dari anak. 

             

            Harini aku berjanji dengan sahabatku, Rose untuk menghadiri majlis ilmu di masjid yang berdekatan dengan rumahku. Awning tudung dibetulkan serta purdah. 

             Pakaian yang aku kenakan harini hanyalah sehelai abaya berwarna hitam senada dengan tudung bawal dan purdah. 

             Kaki melangkah keluar dari bilik dan bergerak ke pintu utama. 

             “Nak kemana tu cik Xandra? Nak jadi anak derhaka ke?” suara ibu berkata dengan bersaja membuatkan aku membekukan diri. 

             Bunyi derap kaki ibu menghampiri aku dan mendorong aku melihatnya. 

             “I-ibu..” suasana ceria tadi menjadi suram dengan renungan tajam ibu. 

             “Aku tanya Xandra. Kau nak kemana?” Nada ibu menaik dari sebelumnya. 

              “Masjid…” gugup terasa memandang ibu yang dengan penuh amarah. 

              “Buat apa ke sana?” ibu menaikkan kening sebelah. 

              Ya allah tolong aku. “Xandra nak pergi… Majlis agama,ibu”

               “Aku kata jangan buat benda yang aku tak suka kan? Kenapa buat juga? Degil sungguh kau ni” ibu menarik kepala aku dan menghentakkan ke dinding. 

                Mata dipejam menahan perit sakit kepala yang dihentak beberapa kali ke dinding. Darah. Ya, dahi aku berdarah. 

                Kenapa aku tak hentikan? Sebab memang itu yang perlu aku buat. Diam dan sabar.

                Sampai masa ibu sudah lelah memarahi aku ibu terus melepaskan pegangan di kepalaku. 

              “Kau jangan nak mengada-ngada keluar ya! Kalau tidak aku kunci semua pintu tingkap rumah ni biar kau rasa hidup dalam penjara! Paham?” 

                Aku cepat-cepat mengaggukkan kepala berkali-kali. “Paham ibu”

                “Pergi masuk tidur. Sebelum aku yang bawa kau sendiri”

                 Aku terus berjalan masuk ke bilikku selepas mendengar ugutan ibu. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIDAYAH SEORANG PENDOSAWhere stories live. Discover now