AKU hanya termenung merenung siling yang kosong. Tubuh yang daripada tadi diselubungi comforter aku biarkan sahaja. Entahlah, aku pun tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang. Jarang-jarang seorang Puteri Arfa nak bazirkan masa macam ini. Penat kerja? Mungkin juga.
Sudah dua hari aku tak dapat tidur yang cukup, banyak sangat kerja. Semenjak ambil alih jawatan papa di syarikat dia, aku kurang ada masa untuk berehat. Nafas berat dikeluh seketika. Aku gagahkan diri untuk banguh daripada perbaringan dan berjalan ke arah balkoni bilikku.
Perlahan-lahan pintu gelesar kaca ini aku tolak. Angin dingin malam mula menyentuh lembut wajahku. Rambutku yang separas pinggang, dibiarkan lepas tanpa diikat. Perlahan kaki menggorak langkah ke balkoni bilik. Kedua tangan memegang palang besi yang menghubungkan tanah dan ruang udara. Nafas dalam ditarik dan dihembus perlahan.
Lega.
Terlalu indah nikmat yang kau kurniakan ya Allah. Bibir mula mengukirkan senyuman yang melebar. Inilah perangai aku, kalau stress mesti cari langit malam. Aku suka tenung langit malam, menenangkan.
Malam ni nampak tenang. Ada bintang. Ada bulan. Bunyi cengkerik pun ada.
"Nasib malam ni tak hujan, kalau tak—" Belum sempat aku ingin habiskan kata-kata, beberapa titik air hujan mula membasahi wajahku. Aku memandang langit dengan riak tak puas hati.
"Baru nak tenang-tenang, hujan pula." Dengan cepat aku menepuk mulut.
"Ish kau ni. Hujan tu kan rahman dari Allah," gumamku sendiri. Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik sebelum tangan menutup pintu kaca ini. Kemudian, kedua tangan diangkat untuk berdoa. Doa waktu hujan ni, biasanya cepat makbul. Setelah habis berdoa, aku mengatur langkah ke ruang tamu pula.
Kaki menggorak langkah menuruni anak tangga dengan perlahan. Kelihatan kelibat mama dari jauh.
"Mama buat apa itu?" Soalku sendiri. Satu idea jahat mula bermain di fikiranku.
HeHeHe!
Perlahan-lahan aku berjalan ke arah mama dari arah belakang. Tak nak mama tahu dengan kewujudan aku.
1,2,3. . .
"Jangan nak buat mama terkejut Puteri Arfa. Bukannya mama tak kenal anak mama ni, suka pakai perfume banyak-banyak lepas mandi." Terus mati langakah aku dibelakang mama.
"Ish mama ni, tahu aje," cebikku. Mama hanya tersenyum kecil melihatkan perangai aku.
"Mama buat apa?" Soalku. Mama nampak sibuk semacam je, buat apa?
"Buat biskut. Esok cucu mama nak balik. Dia orang tu kalau balik, mesti nak ada biskut tok ma dia orang buat. Kalau tak buat, mengundang merajuk je nanti," balas mama.
"Abang balik sini ke esok? Bukan dia dengan kak Rania ada dekat London lagi ke?" Soalku. Bukan aku tak kenal abang aku tu, tahu-tahu je dekat luar negara. Bukan nak bagi tahu aku, dia bagi tahu mama je, tak adil! Aku pun nak kirim macam-macam juga!
"Abang kamu balik hari ni. Pagi esok, sampailah itu," balas mama. Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.
"Mama nak adik tolong apa-apa tak?" Soalku apabila tiba di sisi mama.
"Boleh. Kamu tolong bulatkan doh biskut ini, lepas itu, letakkan dalam dulang. Ada satu dulang dah siap, kamu tolong masukkan dalam oven," arah mama. Sekali lagi kepala dianggukkan sebelum tanganku lincah bermain dengan doh biskut.
"Arfa," panggil mama.
"Ya ma?"
"Arfa tak ada calon suami ke nak kenalkan pada mama dengan papa?" Dengan berhati-hati mama bertanya. Aku hanya senyum hambar sebelum perlahan-lahan kepala digelengkan.
"Arfa tak ada niat nak berkawinlah ma. Arfa tak rasa ada suami tu, satu keperluan untuk Arfa sekarang." Jelasku. Bukan aku tak tahu yang mama ini selalu tanya kalau aku dah ada calon atau belum. Manakan tidaknya, umur aku hampir cecah 26 tahun. Memang patut mencari jodohpun.
"Tapi kawinkan perkara harus dalam Islam sayang. . ." Meleweng suara mama dihujungnya.
Mula dah. . . .
"Ya betul perkara harus dalam Islam, tapi adakah bergaduh, pukul isteri, tak bagi nafkah pada isteri itu pun perkara harus dalam Islam wahai ibuku?" Balasku. Langsung ibu terdiam.
Aku hanya tersenyum hambar.
"Biarpun Arfa ditakdirkan sampai ke tua tak kawin, tak apalah mama. Mama dah ada cucu , dah ada menantu yang abang bawakan. Arfa rasa itu pun dah memadai. Arfa takut nak berkawin sebab semua perkawinan yang Arfa tengok, semuanya berakhir dengan derita. Arfa tak nak jadi pada diri Arfa. Biarlah, kalau ada, adalah. Kalau tak ada, mungkin di syurga nanti Arfa dapat jumpa dengan jodoh sendiri," terangku panjang lebar pada mama. Mama hanya senyap sebelum kepala dianggukkan.
"Kalau. . ." Ayat mama mati disitu. Aku mengeluh seketika.
"Jangan jodohkan Arfa dengan mana-mana lelaki. Arfa tak suka," laju aku mencantas ayat mama sebelum dia menyambung ayatnya. Bukan aku tak kenal mak aku ini. Nanti ada sahaja calon yang dia nak jodohkan dengan aku. Tak anak kawan dia, anak kawan papa. Yang bukan-bukan je.
Mama terus mencebik.
"Yalah," balas mama nak tak nak. Sudahnya, kami berdua terus sambung berbual benda lain sementara menunggu biskut siap di bakar.