BAB 3

10 0 0
                                    

AKU hanya teman Adam, Ayfa dan Arfan bermain di laman belakang. Ayfa yang sedang bermain dengan anak patungnya, manakala Adam dan Arfan menjadi mangsa Ayfa. Terpaksalah dua beradik itu melayan Ayfa bermain dengan anak patung. Nampak sangat muka terpaksa. Tawa kecil hanya terukir di bibir.

Tok ma mereka bertiga yang jadi penyelamat Adam dan Arfan apabila keluar dari kebun bunganya. Tok ma bermain dengan Ayfa manakala Arfan dan Adam bermain bola sepak bersama datuk mereka.

"Oi." Terjah seseorang dari arah belakang. Kenal sangat dengan suara ini. Siapa lagi kalau bukan Putra Amsyar, abangku.

"Tak ada salam eh? Memang terjah macam itu je? Adik ada nama tau, penat-penat mama dengan papa bagi nama, sedap-sedap je panggil 'oi'," bebelku panjang lebar. Abang terus menutup kedua telinganya. Padan muka.

"Ish, panggil kau sekali je, panjang pula di balasnya," cebik Amsyar sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi yang bersebelah denganku.

"Mana kak Rania bang?" soalku. Biasanya dua orang ini selalu berkepit je. Di mana ada kak Rania, di situlah ada abang.

"Kak Rania tidur dekat atas. Jet lag lagi itu," tutur abang. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Dik, kau dah—"

"Belum. Jangan tanya." Laju aku mencantas percakapan abangku. Aku dah agak dah, mesti akan keluar punya soalan ini. Mujur saja soalan ini tak keluar daripada mulut kak Rania. Kak Rania tahulah yang aku tak suka bahas isu fasal jodoh ini, tapi suami dia ini pula yang melebih. Kalah perempuan.

"Kau ini bang, sama je macam mama. Tanya ada jodoh ke tak, dah ada calon ke belum. Ish, belum, belum. Jodoh tak sampai lagi. Entah-entah jodoh adik tengah jaga jodoh orang lain lagi. Jangan tanya," balasku panjang lebar.

"Tapi ada—"

"Ah takde! Jangan jodohkan adik dengan sesiapa. Adik tak suka!" Lagi sekali aku mencantas percakapannya.

Abang yang tak puas hati dengan perangai aku, langsung menekup mulutku dengan kuat.

"Ada kawan abang minat dengan kau! Dia nak berkawan dengan kau!" Aku yang sedang meronta-ronta nak lepaskan tangan abang dari mulutku, terdiam seketika.

Kawan abang?

"Kawan?" Soalku dengan penuh minat? Laju abang menganggukkan kepala.

"Tak minat." Laju sahaja aku menukar reaksi yang tadinya ingin tahu siapa kepada malas nak ambil tahu. Anak mata memandang wajah abang dari tepi. Kelihatan wajahnya yang tak puas hati sedang merenung aku. Fuh, macam nak telan adik sendiri renungan dia.

"Aku tak takut pun kau tenung aku macam itu bang. Aku bukan anak kau," balasku bersahaja. Abang hanya menggulingkan bola mata ke atas. Aku hanya melepaskan tawa kecil.

"Tak adalah. Kalau betul adik ini memang akan berkawin, adalah itu jodoh. Jodoh ini bukan boleh paksa untuk datang—"

"Memanglah tak boleh paksa, tapi kalau diri sendiri pun tak usaha nak cari, memang takkan datanglah jodoh itu wahai Puteri Arfa kesayangan abang." Giliran abang pula yang mencantas laju percakapanku. Aku hanya diam tak bersuara.

"Entahlah bang. Adik tak bersedia nak bercinta, tak sedia nak galas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Adik bahagia dengan hidup adik sekarang. Macam adik kata, kalau ada nak datang, datanglah. Adik sambut. Lebih baik perasaan nak cintakan seseorang itu datang dengan sendiri daripada diri sendiri yang paksa perasaan itu datang. Adik takut perasaan itu nanti hanya bawa bala dalam rumah tangga. Kalau rumah tangga yang mulanya dibina atas sebab cinta pun hancur, inikan pula rumah tangga yang nak dibina dengan tak adanya perasaan cinta. Benda ini hanya mengundang derita sahaja pada hujungnya," balasku panjang lebar.

"Tapi bercinta lepas kawinkan lebih indah, dik," balas abang. Tak nak kalah.

"Memanglah indah, abang. Indah kalau pasangan abang orang yang baik. Tapi kalau pasangan yang bertopeng dua muka? Tak mengundang derita dalam perkawinan?" Soalan dibalas soalan. Abang kini hanya diam di tempat duduknya.

"Yalah. Abang hormat dengan keputusan adik. Apa pun adik buat abang sokong je nanti. Tapi, jangan lambat sangat cari jodoh, adik faham-faham jelah dengan perangai mama. Entah-entah petang nanti ada je yang datang bawa dulang," balas abang. Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham. Kenal sangat dengan perangai ibu sendiri.

"Oh, adik petang nanti nak pergi meeting dekat pejabat. Abang nak kirim apa-apa tak?" Soalku.

"Belikan abang kopi, dik. Rindu nak rasa kopi dekat Malaysia." Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.

DERITAWhere stories live. Discover now