bab 1

20 5 0
                                    

irdina abang sayang dan cintakan irdina sudikah irdina menjadi permaisuri hati abang ??

sudi abang dina sudi!!

si jejaka mula memuncungkan bibir seperti itik dan si gadis mengikuti muncung si jejaka...

DEBUSHHH!!

arghhhhh!!

"anak dara seorang ni dah tengah hari bukannya nak bangun tolong umi dengan kakak masak malah terbongkang dalam bilik" ngomel hajar faridah sambil bercekak pinggang memandang irdina

"umi!!dina baru je nak mimpi romantis romantis umi dah kacau" rengek irdina sambil mengaru kepalanya kasar

"takada mimpi romantis kamu tu..kamu tengok jam sekarang dah pukul berapa elok ke anak dara bangun tengah hari macam ni ?? alamatnya memang takada siapalah nak kat kamu dina kalau tabiat kamu macam ni"

"ish umi ni takbaik tau kata-kata umi tu satu doa nanti buatnya abang fayad tak jadi menantu umi macam mana??"

"dah kamu jangan nak merepek cepat mandi lepas tu turun bawah tolong umi masak kejap lagi keluarga fayad nak datang rumah" hajar faridah mula mencabut cadar yang sudah basah di simbah air tadi dan di letakkan di dalam bakul kotor.

"ye ke umi..!! keluarga abang fayad nak datang hantar rombongan meminang ke!?"

"jadi mimpi tu betul lah yang abang fayad akan hantar rombongan meminang untuk aku!!" irdina senyum-senyum sendiri.

bukk!!

aaaaa!! umiii!!

"kamu jangan nak berangan dina isy kalau bercakap dengan kamu alamatnya tak siap lah rendang umi dekat dapur tu...sudah kamu pergi siap" hajar faridah mula melangkah meninggalkan bilik tidur irdina.

"kena pakai sopan sopan ni bakal suami dengan bakal mertua nak datang rumah takkan nak pakai serabai macam ni"

irdina mula melangkah ke arah rak baju lalu di selaknya baju itu satu persatu.

"pink ke biru cair??" kedua baju kurung itu di angkat dan dilihat silih berganti.

"pinklah baru nampak ayu gituw" baju kurung biru cair itu di campak bergitu sahaja di dalam almari dan dirinya mula menapak kedalam bilik air untuk membersihkan diri.

"Sarah kamu tolong panggilkan adik kamu tu turun...kejap lagi tetamu nak sampai"

"baik umi" sarah yang baru hendak melangkah kearah tangga terhenti apabila si adik mula menapak turun kebawah.

"amboi adik rajin betul hari ni pakai baju kurung selalunya pakai baju tidur sahaja" sarah memerli adiknya yang tersenyum-senyum seperti kerang busuk.

"isy akak ni dina pakai baju kurung pun kena perli macam ni dina pakai baju tidur baliklah" kaki hendak melangkah naik ke tingkat atas semula namun terhenti apabila si kakak mula memuji.

"adik akak ni lagi cantik pakai baju kurung dari baju tidur tau dah dah jangan merajuk lagi ye" irdina tersenyum lebar menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi.

"sayang kakak!!"

"sudah kamu berdua jangan nak bersayang sayang sangat...dina kamu bawak lauk ni letak di meja depan umi nak bersiap sekejap" selepas berkata begitu hajar faridah meninggalkan anak-anaknya.

haji mohsin hanya menggelengkan kepala sahaja melihat karenah anak-anaknya itu surat khabar yang berada di atas meja di ambil dan diselak ingin membaca berita harian.

"abi buat apa tu..." meleret sahaja nada suara irdina sambil melihat akhbar yang dibaca haji mohsin.

"isy kamu ni dina!!...terkejut abi dibuatnya" haji mohsin mengurut dada perlahan kus mangat dengan anaknya yang seorang ini.

"hihihi...abi baca apa tu ??" irdina mengambil tempat di sebelah haji mohsin.

"tengah baca ni ha model malaysia ni dah bertunang dengan artis luar negara"

"ouhh.." irdina menganggukkan kepala

"kamu bila dina ?? umur kamu pun dah 22 eloklah cari calon cepat-cepat dapat jugak abi timang cucu awal..." haji mohsin menghirup kopi panas dengan perlahan menikmatilah katakan.

"abi tolonglah pinangkan abang fayad untuk dina" ucap dina selamba kedua tangannya di letakkan di bawah dagu mata pula di bulat-bulatkan hendak menunjuk comel di hadapan abinya.

suhhhh!!

bakkk

habis tersembur kopi yang diminum haji mohsin...manakala kepala sarah pula terhantuk dipintu peti ais.

"isyy kamu ni dina jangan pelik-pelik kamu..." haji mohsin menggeleng kan kepalanya beberapa kali.

"entahnya takakan perigi nak cari timba pulak irdina oii" sarah mula datang mendekat dan duduk dihadapan irdina dan haji mohsin.

"alah sekarang zaman dah modern mana ada dah istilah perigi cari timba...dalam novel-novel yang dina baca si perempuan pergi pinang si lelaki dan diorang pun hidup bahagia" cerita irdina panjang lebar.

"tu novel dina ni dunia nyata mana sama dengan novel"

"alahhh abi pinangkanlah abang fayad untuk dina pleaseeee...." meleret sahaja nada dina memujuk abinya

"sakit kepala abi layan kamu dina...sudah sudah pergi hidangkan lauk yang umi kamu masak tadi di atas meja sekejap lagi tetamu datang masa itulah hendak dihidangkan" haji mohsin menukar topik perbualan.

"iyelahh abi" sarah dan irdina menapak kedapur semula untuk mengambil lauk pauk yang sudah di sediakan.

"assalammualaikum..." kedengaran seseorang memanggil salam.

"waalaikumsalam...ha mukhriz dah sampaipun kamu masuklah buat macam rumah sendiri" haji mohsin mempersilakan haji mukhriz dan hajar sharimah untuk masuk.

"faridah ni ha mukhriz dan sharimah dah sampai!!" laung haji mohsin memanggil isterinya.

"jemput duduk dulu mukhriz,sharimah faridah tengah bersiap biasalah orang perempuan kalau bersiap lama sikit" ujar haji mohsin sambil duduk di sofa berdekatan haji mukhriz dan hajar sharimah

"amboi habib kalau bercakap tak pandang kiri kanan ye" hajar faridah muncul dan duduk di sebalah haji mohsin

"imah mana fayad dengan fahad taknampakpun batang hidung anak teruna kamu tu"

"fayad pergi ambil handphone dia yang tertinggal dalam kereta fahad pula dalam perjalanan datang kesini sekejap lagi sampailah dia"

hajar faridah menganggukkan kepalanya...taklama selepas itu muncul irdina dan sarah yang membawa dulang air untuk dihidangkan kepada keluarga fayad dan fahad.

"ni irdina dengan sarah ye...dah besar kamu berdua ni makin cantik pulak tu dulu masa kecil-kecil comot sahaja lagi lagi si dina" ucap haji mukhriz dan di susuli gelak tawa yang lain.

irdina dan sarah hanya tersenyum sahaja lalu duduk bersebelahan dengan umi dan abi mereka.

"assalammualaikum"

"ha tu fayad dengan fahad dah sampai..." ucap haji mukhriz yang lain mula melihat ke arah pintu

irdina pula sudah senyum-senyum sendiri sambil mencubit tangan sarah di sebelah...sarah hanya mampu buat muka pasrah sahajalah.

p/s: 16 sep 2024

ENCIK CRUSH I LOVE U!!Where stories live. Discover now