bab 2

12 5 0
                                    

kaki melangkah menghampiri taman belakang rumah.kepala terhendap hendap seperti mencari seseorang.lalu pandangannya terkunci pada seseorang yang sedang duduk termenung di bangku belakang rumah miliknya.

"termenungpun handsome halahai encik crush bilalah kau nak nampak effort aku ni??"

irdina membebel sendiri.kaki mula dihayun mendekat kearah seseorang yang berada disana.

"hai abang fayad" irdina mula menyapa mesra disertakan dengan senyuman manis khas buat fayad.

fayad hanya melihat dari sipi mata tidak menoleh dan tidak membalas sapaan irdina.

irdina hanya memuncungkan mulut seperti itik.

"abang fayad buat apa dekat sini seorang-seorang??" irdina mengajukan soalan memecahkan kesunyian yang mula menyelubungi.

"kau tak nampak??"

"haa nampak apa??" soal irdina bingung

"lembap" balas fayad acuh tak acuh tangannya di seluk ke kocek seluar mengeluarkan handphone miliknya.

"abang" irdina memanggil fayad namun tiada sahutan.

dia palau aku ke?? isyy tak boleh jadi ni kite panggil sekali lagi.

"abaaanggg faayaadd...." irdina memanggil lagi kalini dengan suara meleret panjang.

fayad mula membuat muka menyampah perlahan-lahan kepalanya di toleh menghadap irdina.

"apa??" soalnya malas

"abang dah ade girlfrend tak??"

"tak" balas fayad sepatah

"yesssss!! ada can lah dina nak ngorat abang"

"uhukkk...uhukkk...kau gila ke dina??" terkejut fayad apabila irdina berkata begitu sungguh berani seorang gadis bernama nur irdina ini.

irdina mengangguk pantas dengan senyuman lebar menampakkan giginya yang cantik tersusun rapi.

"dina gilakan abang lah..."

fayad mengelengkan kepalanya lalu mengangkat punggung untuk beredar dari situ makin lama dia di situ makin mengarut percakapan irdina menurutnya.

"eh abang nak pergi mana tu tunggulah" irdina mula bangun dan mengejar langkah fayad yang sudah jauh darinya.

setibanya di depan fayad kedua belah tangannya di depa kan untuk menghalang laluan fayad.

"apa yang kau nak dari aku dina??"

"abang fayad esok free tak??"

"tak aku banyak kerja dekat office" balas fayad dengan malas.

"esok jom teman dina...kita keluar makan sama-sama"

"kau tak fahan bahasa ke dina?? aku dah cakapkan esok aku tak free aku busy faham ke tidak??" ucap fayad dengan nada suara tinggi rendah kening sudah berkerut kerut menahan marah.

"faham tapi dina nak jugak keluar makan dengan abang...time lunch mesti abang tak busy" irdina tetap memaksa senyuman kekal di bibir

"lantak kau lah perempuan!!" herdik fayad berlalu pergi.

irdina terkejut memandang fayad tidak percaya.

dia herdik?? isyy takapa dina kau boleh punya nak tawan hati dia jangan mengalah.

irdina menyemangatkan dirinya untuk terus mengejar fayad.

"Kami balik dululah ye mohsin faridah terima kasih sebab jemput kami makan tengah hari disini...sedap sungguh faridah masak berselera kami anak beranak makan" puji haji mukhriz dengan tulus

"sama-sama riz takapa bila-bila masa datanglah makan disini lagi" ucap haji mohsin sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

"isyy mana boleh begitu mohsin selepas ini giliran kamu pulak datang bertamu kerumah kami nanti sharimah boleh masakkan untuk korang pulak"

"haha iyee lahh rizz" mereka yang lain hanya tersenyum melihat gelagat haji mukhriz dan haji mohsin.

"psitt abang..." irdina memanggil fayad yang sedang bersandar dikereta milik keluarganya tangan ralit bermain handphone.

fayad menoleh memandang irdina...kepala di hangguk sekali sebagai jawapan "kenapa".

"esok dina datang tempat kerja abang tau...kita pergi makan tengah hari" irdina masih kekeh mengajak fayad keluar makan bersamanya.

fayad hanya menjeling irdina lalu menyambung bermain telefon bimbit di tangan.

"kami balik dululah ye mohsin" haji mukhriz mula berjabat tangan dengan haji mohsin dan hajar sharimah bersalam ala perempuan dengan hajar faridah.

"bila-bila datang lagi ye"mereka semua yang berada disitu mengangguk sebelum masuk kekereta sempat fayad bersalaman dengan haji mohsin dan hajar faridah.apabila fayad hendak lalu di hadapan irdina gadis itu awal-awal menghulur tangan untuk bersalam namun di endahkan oleh fayad.

pukk!!

"isy adik ni gatal...bukan mahramlah" sarah menjeling adiknya yang berada di sebelahnya.irdina hanya tersenyum kambing sebelum melambai kearah dua kereta milik haji mukhriz dan fahad.

___

malam irdina duduk dimeja tulis miliknya tangan ligat menulis di buku kecil miliknya.

dear diary.

aku salah apa ye dekat abang fayad sampaikan aku nak bersembang dengan dia pun dia takanak layan aku.
kadang-kadang terasa dengan sikap dia yang acuh tak acuh tapi dengan sikap dia bergitu membuatkan aku lagi semangat hendak mengejarnya sehingga dia menjadi milikku.
nanti boleh aku ceritakan kisah aku kepada anak cucu betapa susahnya mama/nenek hendak medapatkan hati papa/atuk kamu.
hehehe...taksabarnya hendak menunggu dia membalas cinta aku ini.

yang benar
nur irdina bakal isteri
muhammad fayad al-haqeem.

buku kecil itu ditutup dan diletakkan di tepi.kerusi di pusing menghadap tingkap yang terbuka luas mata tertumpu ke arah bulan yang di sekitarnya ada bintang-bintang kecil.

wahai bintang kirimkan salam sayang dina kepada abang fayad al-haqeem kalau jejaka pujaan hati irdina sedang melihat langit dan bintang yang sama.

++

di lain sisi seorang jejaka sedang duduk di balkoni biliknya angin malam yang sepoi sepoi membuatnya betah mengambil angin di luar.

kepala di dongak memandang awan.tiba-tiba kelihatan tahi bintang jatuh dari langit jejaka itu hanya tersenyum kecil.

"dah lama tak lihat tahi bintang" ucapnya perlahan.

p/s: agak-agak fayad terima ke tidak ya ajakan irdina untuk makan tengah hari bersamanya ??...kita tunggu bab tiga sajalah huhu..babai gess

ENCIK CRUSH I LOVE U!!Where stories live. Discover now