HPL 4

54 7 2
                                    

BAHAN masak hanya ditenung lama oleh Nadhir. Fikirannya melayang memikirkan tentang kata-kata Izyan. Setiap hari perasaannya didera teruk oleh sang isteri.
Dia memejamkan matanya apabila dia mengingat kembali Izyan menengking dia.

Flashback

"Siapa bagi keizinan kat kau untuk sentuh hadiah yang Wafiy bagi kat aku?" tegur Izyan dingin.

"Abang cuma nak tolong kemaskan barang Rissa. Takkan itu pun tak boleh?" soal Nadhir kembali.

"Memang tak boleh! Kau tahu tak barang ni mahal?! Kalau rosak, kau ada duit nak ganti? Takde kan! Jadi jangan nak sibuk kemaskan!" tengking Izyan sambil jarinya menunding ke arah Nadhir.

"Abang tahu abang tak boleh bagi hadiah mahal tapi abang cuma nak mudahkan kerja Rissa. Kerja rumah semuanya abang buat. Abang takde paksa Rissa buat," balas Nadhir. Tutur katanya masih lembut dan sopan.

"Kau fikir aku nak sangat buat kerja rumah? Kau nak buat, kau punya pasal! Tapi jangan pernah sentuh segala barang aku! Aku jijik dengan tangan orang miskin. Nak salam kau pun aku tak ingin," kata Izyan lagi dengan sinis. Tangannya pantas mengambil beg kertas dari tangan Izyan.

"Abang miskin pun tak pernah lagi abang nak tengking Rissa. Mana rasa hormat Rissa terhadap abang?" soal Nadhir lagi.

"Pergi mati dengan rasa hormat tu kau tak layak dihormati macam mama dan abang aku! Kenapalah aku kena ada lelaki miskin macam kau? Miskin dan takde harta!" Izyan menghina Nadhir tanpa rasa bersalah.

Allahuakbar aku dihina, rintih Nadhir dalam hati.

"Abang tak kisah Rissa nak hina abang. Tapi abang tak izinkan Rissa keluar lagi dengan Wafiy," kata Nadhir.

"Aku tak perlukan keizinan kau. Wafiy tu kekasih aku. Aku bagi amaran, sekali lagi kau sentuh barang aku, memang teruk kau kena nanti!" ujar Izyan. Dia terus keluar dari bilik.

End flashback

"Nadhir?" panggil Farhan dan Nadhir tersentak. Dia membetulkan rambutnya itu.

"Kau asal nampak kusut je? Ada masalah?" tanya Farhan kepada sahabat baiknya. Kedengaran Nadhir menghela nafas berat.

"Kau pun tahu isteri aku macam mana kan," kata Nadhir. Bahu Nadhir ditepuk perlahan oleh Farhan.

"Banyak kali aku nampak dia dengan Wafiy tu. Aku tahu kau tegur dia tapi dia sendiri tak nak dengar kan?" balas Farhan.

"Kau tak rasa sakit ke cintakan perempuan yang langsung tak cintakan kau?" Soalan Farhan itu membuatkan Nadhir terdiam seketika.

"Aku memang ikhlas cintakan dia. Jahat mana pun dia, dia tetap isteri aku. Aku akan cuba untuk bertahan selagi aku mampu," ucap Nadhir.

"Kau terlalu baik, Nadhir. Baik pada orang yang salah," kata Farhan dan Nadhir hanya tersenyum palsu.

"Orang baik pun boleh jadi jahat," balas Nadhir acuh tidak acuh. Farhan hanya diam sahaja. Dia mampu mendoakan kebahagiaan sahabat baiknya.

"ADA apa kau nak jumpa aku? Sebab Izyan?" tanya Dania bertubi-tubi kepada Irfan.

"Kalau bukan sebab dia aku malas nak jumpa kau. Kau kawan baik dia takkan dia tak cerita semua benda kat kau?" soal Irfan lagi.

"Dia memang selalu jumpa aku tapi tak bermakna dia cerita semua kat aku. Tak semua benda boleh dikongsi Irfan," kata Dania. Dia bukan menyokong perbuatan Izyan namun dia sendiri sudah berjanji dengan Izyan supaya tidak membongkarkan rahsia besar dia.

"Kau pun sokong adik aku yang jahat tu?" kata Irfan sinis. Dania menghela nafas berat.

"Aku tak sokong Izyan cuma walaupun dia kawan baik aku, aku tahu nak hargai dia," kata Dania.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 | 𝐒𝐔Where stories live. Discover now