HPL 2

72 7 0
                                    

KEESOKAN harinya, Izyan bangun dan dia melihat Nadhir tiada di sebelahnya. Dia bangun dan membersihkan diri terlebih dahulu.

Selepas membersihkan diri dan memakai pakaian yang sesuai, dia duduk di meja solek dan dia menyikat rambutnya itu.

"Mana dia pergi? Ah buat apa aku nak kisah? Dia bukan penting pun dalam hidup aku,"kata Izyan lalu mengikat rambutnya dengan kemas.
Dia sangat menjaga penampilannya agar kekal cantik dan menawan.

Dia keluar dari bilik dan melangkah turun untuk menuju ke ruang tamu. Ternyata Datin Yasmin dan Irfan sedang menikmati sarapan pagi.

"Eloklah tu dah jadi seorang isteri bangun lambat. Baguslah Nadhir tu keluar pergi tolong mak dia berniaga nasi lemak. Dari kau? Jarang datang kerja lepas tu suka minta duit,"kata Irfan.

Ah pagi buta nak jadi radio rosak memekak je semua benda aku buat semua salah, bisik hati Izyan.

"Itulah Izyan cuba jadi macam abang Izyan ni. Rajin bekerja takde nak menyusahkan mama dan arwah papa,"kata Datin Yasmin pula. Izyan memekakkan telinganya lalu dia mengambil roti dan jem strawberi.

"Kau dengar tak apa orang cakap?"tanya Irfan.

"Dengar. Nanti Izyan cakap kata Izyan ni kurang ajar. Baik diam je,"kata Izyan lalu mengunyah roti tersebut.

"Arwah papa meninggal dunia disebabkan oleh kau. Dia banyak fikir kau je,"kata Irfan.

"Kalau pagi buta nak gaduh depan rezeki, baik kau zip je mulut kau tu bang. Ingat aku nak sangat kerja dengan kau? Aku ni ada education jangan nak pandang hina kenapa aku tak kerja lagi,"kata Izyan lalu bangun dan menolak kerusi dengan kasar.

Dia pantas masuk ke dalam bilik untuk menghubungi Dania.

"Wei Nia aku bosan. Kau tolong cari kerja untuk aku boleh tak?"kata Izyan.

"Nanti aku cuba carikan. Kau tak kisah kan kerja apa pun? Kau tu kan ada bakat menulis novel asal tak buat manuskrip?"tanya Dania.

"Kau ingat mak dan abang aku tu akan sokong impian aku yang takde masa depan ni? Aku tak cakap yang aku ni ada bakat menulis. Malas aku nak cakap nanti bergaduh,"kata Izyan.

"Kalau macam tu, kau kerja jadi barista kat kafe aku boleh?"tanya Dania. Dania memang hebat dalam dunia perniagaan dan mengaut keuntungan yang lumayan.

"Aku tak kisah asalkan aku dapat kerja,"jawab Izyan. Walaupun Izyan dianggap jahat kerana sikapnya dan tidak menutup aurat, namun dia tidak kisah untuk bekerja di mana-mana pun asalkan bukan dengan Irfan.

Waktu menginjak pada jam sebelas pagi, Nadhir pulang ke rumah keluarga Izyan. Dia mencari Izyan di bilik dan isterinya sedang membaca novel di beranda.

"Isteri abang ni buat apa? Maaf abang tak sampai hati nak kejut Rissa tadi,"tegur Nadhir lembut.

"Tak nampak ke aku tengah baca novel ni? Kau buta? Baguslah kau tak kejut aku sebab aku malas nak tengok muka kau,"jawab Izyan dan Nadhir hanya tersenyum nipis.

"Kenapa berkurung dalam bilik? Gaduh dengan abang Irfan?"tanya Nadhir. Izyan menutup novel itu dengan kuat.

"Aku berkurung pun jadi masalah ke setan? Aku gaduh dengan abang aku pun kau tak perlu masuk campur hal keluarga aku,"ujar Izyan. Nadhir terkejut dengan sikap Izyan.

"Apa yang abang buat sampai Rissa jadi macam ni?"soal Nadhir lagi. Izyan berdecit sinis.

"Aku malu tahu tak ada suami macam kau! Miskin!"balas Izyan. Suaranya naik seoktaf. Nadhir menelan air liur mendengar kata-kata isterinya.

"Rissa...abang ikhlas kahwin dengan Rissa,"jawab Nadhir perlahan. Izyan menyimbah air kosong di muka suaminya.

"Ikhlas? Kalau ikhlas arwah papa aku takkan suruh aku kahwin dengan kau! Aku tak pernah nak cintakan kau,"ujar Izyan. Nadhir terdiam apabila dirinya sudah kerana disimbah air oleh Izyan.

𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 | 𝐒𝐔Where stories live. Discover now