Hari ini genap 10 tahun rumah tangga Theo dengan Aisyah dan hari ini juga Aisyah bercadang hendak meraihkan disebuah restoran bersama dengan keluarga kecilnya itu. Anak sulungnya yang lelaki sudah pun berumur 10 tahun manakala anak kembar lelakinya iaitu Thaufiq dan Thauriq sudah memasuki umur 6 tahun. Mereka bertiga sudah pun mula bersekolah.
Selama 10 tahun perkhawinan Theo dan Aisyah mereka dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Belum ada lagi rezeki mereka untuk memiliki anak perempuan.
Thaqeef kini sudah masuk sekolah disebuah International Music School manakala Thaufiq dan Thauriq pula bersekolah disebuah tadika kemas. Memandangkan Thaqeef sangat suka bermain dengan alat muzik, Theo dan Aisyah memutuskan anak pertama mereka itu bersekolah di sana.
Walaupun yuran sekolah Thaqeef sangat mahal tetap sahaja Theo berkeras untuk anaknya bersekolah di sana. Manalah tahu suatu hari nanti Thaqeef menjadi ahli muzik yang terkenal. Aisyah hanya akur sahaja dengan suaminya dan tidak berani untuk membantahnya. Lagi pun itu adalah sekolah impian anaknya.
" Tahu tak hari ini, hari apa anak-anak sekalian ? " Soal Aisyah dengan teruja. Ketiga-tiga pipi anak lelakinya itu dikucup lembut. Mereka bertiga pada hari ini pulang lebih awal dari sekolah jadi adalah juga peneman Aisyah dirumah ketika ni. Kalau tiada mereka, pasti dia akan kesunyian dirumah memandangkan Theo pun pergi berkerja.
Thaqeef dan Thaufiq menggeleng kecil menandakan mereka berdua tidak tahu hari ini hari apa tetapi tidak dengan Thauriq pula. Pasti hari ini, hari yang istimewa bila mummy mereka berkata begitu.
" Hari ini, hari jumaat mummy " Balas Thauriq dengan suaranya yang kuat itu. Dengan bangga dia berkata begitu, nak tunggu Aisyah memujinya kerana hanya dia seorang sahaja yang tahu hari ini hari apa manakala Thaqeef dan Thaufiq tidak tahu.
Thaqeef dan Thaufiq berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua pun tahu yang hari ini adalah hari jumaat lalu mereka tertawa sampai terbaring-baring disebabkan mendengar jawapan daripada Thauriq itu. Pasti Thauriq tidak faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh Aisyah.
Aisyah yang mendengarkan itu pun turut tergelak juga bersama Thaqeef dan Thaufiq. Tetapi Thauriq pula hanya diam kebinggungan kerana melihat mereka tertawa, setahunya tiada benda yang lawak sekarang ni untuk diketawakan.
Kelihatan ditubir mata Thauriq sedang terkumpul air matanya di sana dan tinggal tunggu jatuh saja lagi. Tidak suka bila digelakkan begitu oleh mereka semua. Di antara mereka bertiga, dia adalah yang paling kuat menangis dan lebih tepat sekali hati tisu, tidak seperti Thaufiq. Dalam setahun mungkin belum pernah ada yang melihat Thaufiq menangis. Kalau Thauriq pula semua benda hendak dia tangisi, stokin sebelah hilang pun dia akan nangis juga.
Kadang Aisyah pun pening dengan perangai anak bungsunya ini. Entah perangai siapa yang dia ikutkan sampai macam ni sekali. Thauriq memang paling kuat nangis tapi nakal dia memang tak boleh bawa bincang. Tangan kanannya sudah patah dua kali disebabkan terjatuh daripada tangga dan kerusi. Kalau patah untuk yang ketiga kali lagi mungkin sudah dimasukkan besi ke dalam tangannya.
1 2 3, akhirnya suara tangisan Thauriq pecah. Theo yang baru pulang dari kerja itu kebinggungan bila melihat Thauriq berlari ke arahnya sambil menangis. Aisyah, Thaqeef dan Thaufiq yang tadi tertawa kini diam membisu. Tahu mereka pasti akan dimarahi oleh Theo kerana telah membuat Thauriq menangis.
" Kenapa anak daddy nangis ni ? " Tanya Theo dengan lembut. Dia mendukung tubuh Thauriq lalu belakang tangan kanannya mengelap air mata anaknya yang mengalir deras di pipi itu.
Alahaii, sedih betul tangisan Thauriq ini. Theo melabuhkan punggungnya disofa berdekatan dengan isterinya lalu dia meletakkan tubuh Thauriq dipangkuannya itu.