"Mon Tresor!" Teriaknya dari bangku yang terletak dibahagian tepi hujung taman bunga itu memanggil satu-satunya anak perempuan yang dia miliki.
"I'm coming" Sahut gadis kecil itu apabila terdengar suara mamanya memanggil akan dirinya. Dia terus berlari kearah dimana mamanya berada.
"Yes, mama?"
"Sit here..." Arah wanita itu sambil menepuk ruangan kosong disebelahnya.
Gadis kecil itu hanya turutkan sahaja permintaan mamanya.
"Mama nak tanya something dengan Lea." Matanya melilar melihat segenap wajah cantik anaknya itu.
Memang tidak dinafikan hanya Azalea seorang sahaja yang mewarisi rupa paras suaminya. Tengku Arjuna Zayden. Anak pertamanya, Tengku Azriel Danniesh dan Tengku Azrael Dannies, anak terakhirnya. Kedua-duanya mewarisi rupa parasnya.
"Azalea nak tahu kenapa mama letak nama Tresor kesayangan mama ni... Azalea?" Soal wanita itu.
Laju sahaja gadis kecil itu menganggukan kepala. Mestilah nak tahu!
Wanita itu tersenyum lucu melihat kelakuan anaknya itu sebelum memulakan bicara.
"Mama dulu suka sangat dekat satu bunga ni. Bunga tu lawa, wangi dan sangat cantik! Bunga ni still boleh tumbuh indah dengan dedaunnya yang rimbun, even masa tu cuaca panas sangat sampaib takde satu bunga pun yang tumbuh. Nama bunga tu adalah Azalea." Terang wanita itu panjang lebar.
Azalea hanya tekun mendengar penerangan dari mamanya.
"Tapi bunga ni ada racunnya tersendiri yang boleh menyebabkan kematian." Sambungnya lagi.
"Jadi... kenapa mama letak nama Lea, Azalea?" Soal gadis itu dengan polos.
"Sebab mama dapat rasakan suatu hari nanti, Azalea mampu membesar dengan baik. Wajahnya yang anggun, perlakuannya yang lemah lembut. Mesti ramai yang nak berkawan dengan anak mama ni." Wanita itu mengelus lembut dipipi mulus anaknya.
"Hmm... iyeke?" Kata gadis kecil itu sambil membuat gaya seperti sedang berfikir.
"Yes, mon tresor. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Tapi, kalau ada orang yang cuba nak hancurkan kehidupan Lea, betray Lea. Anything yang menyakitkan hati Lea. Lea akan balas balik benda tu. Lea akan jadi sekejam-kejam manusia sampai sanggup korbankan nyawa orang yang Lea sayang." Kata wanita itu tanpa nada.
Azalea menelan liurnya, kelat. Macam lain sangat je mama ni.
"Walau apapun yang terjadi?"
Gadis kecil itu memandang tepat kearah mata mamanya yang sedang merenung tajam kearahnya.
"Yes, mon Tresor. Walau apapun yang terjadi."
YOU ARE READING
TENGKU AZALEA DANNIESHA : manipulator
ActionTengku Azalea Danniesha. Dirinya ibarat seperti sekuntum Bunga Azalea yang ada kecantikan, kelembutan dan keanggunannya. Namun, bunga tersebut mampu mematikan sesiapa sahaja yang menyakitinya. "Aku akan pastikan hidup kau merana!" - Tengku Azal...