"Walau macam mana sekali pun, Lea tetap kena layan dia elok-elok." Ujar Tengku Arjuna dihujung talian.
"Tapi pa-"
"No, no, no. Lea kena dengar cakap papa, layan dia elok-elok. Jangan buat perkara diluar kawalan. Control your emotion, Azalea. Jaga perasaan orang sekeliling." Potong Tengku Arjuna tanpa ingin mendengar alasan dari anak daranya itu.
Azalea mengeluh.
Kenapa susah sangat orang nak dengar penjelasan atau pendapat daripadanya? Dia juga mempunyai perasaan. Mengapa dia harus menjaga perasaan orang sekeliling? Sedangkan mereka tidak pernah menjaga perasaannya.
"Are you hearing me, Mon Tresor?" Soal Tengku Arjuna apabila tidak mendapat sebarang balasan dari Azalea.
"Yes, papa. I'm hearing, sorry." Balas Azalea sebelum dia menamatkan panggilan tersebut.
"Arghhh!!" Jerit Azalea sekuat hati lalu mencampak telefon pintarnya ke lantai sehingga pecah berderai.
"I hate you all!" Nada suaranya mula naik seoktaf.
Kemudian dia pergi pula kearah kabinet yang menempatkan semua gambar new generation MIZAFYUNNS. Dia mencapai salah satu bingkai gambar yang ada disitu lalu melihat satu persatu wajah yang berada didalam gambar tersebut.
"Especially you, Tengku Sarra Mikhaeyla." Ujarnya dengan penuh dendam.
Bayu laut menyapa sedikit garang pada petang itu. Melihat matahari yang hampir terbenam, dia berpaling pula pada pepohon ru yang melampai. Sangat cantik!
Memang tidak dinafikan keindahan ciptaan tuhan itu. Selain menyukai bulan dan bintang yang sentiasa menghiasi langit malam, dia juga menyukai pemandangan yang ada dihadapannya.
Tiupan angin yang menyapa dirinya, sedikit sebanyak membuat dia berasa tenang. Lupa segala masalah yang dia hadapi sejak kebelakangan ini.
Andai dulu dia mempunyai masalah, pasti dia akan meluahkannya kepada seseorang yang amat dia percayai. Namun, dia terpaksa berpisah dengan seseorang itu demi masa hadapan mereka. Dia berharap sangat seseorang itu pulang dengan segera!
Sedang sibuk melayan perasaannya, ada satu suara garau yang tidak asing menegurnya.
"Azalea?"
Azalea berpaling kearah suara garau tersebut.
Terkesima dibuatnya apabila dia melihat susuk tubuh tegap itu?
"Farish?" Tekanya
Menampakkan senyuman dibibir jejaka itu, benarlah tekaanya.
Tidak sangka baru diseru untuk pulang, sekarang sedang berdiri elok dihadapannya.
"Kau buat apa dekat sini? Bila balik?" Soalnya.
Setelah tujuh tahun tidak berjumpa akibat mendapat tawaran universiti diberlainan tempat. Dia sambung belajar di CY Cergy Paris Unisite. Farish pula di University Oxford.
Hubungannya dengan Farish juga terputus ketika itu. Rupa Farish sekarang pun tidak seperti dulu. Dengan gaya rambut curtain itu, dapat menyerlahkan lagi ketampanannya. Pasti perempuan yang lalu disebelah jejaka itu akan toleh dua tiga kali.
"Pagi tadi. Ni pun saja jalan-jalan, amik angin. Tapi tak sangka pula jumpa kau dekat sini. Ingat nak jumpa esok dekat rumah papa." Sesekali rambutnya diraup ke belakang dek kerana tiupan angin yang agak kuat.
"Bukan main kau punya jalan-jalan amik angin. Asal tak balik Turki dulu, jumpa mummy dengan daddy?" Soal Azalea.
Mana taknya. Keluarga mereka sahaja menetap di Turki setelah dibuang negara. Dan dia ke sini hanya semata-mata untuk ambil angin? Dasyat betul!
"Saja nak tengok tempat mummy dengan daddy membesar. Bukan senang nak datang ke sini bukan?" Matanya mula teralih pada pemandangan yang terbentang luas dihadapannya.
Dengan pemandangan hampir terbenam menambahkan lagi keindahannya. Ya, dia sukakan pemandangan dihadapannya ini.
"Jadinya, kau balik esok atau malam ni?" Soalan dari Azalea itu menyentakkan dia daripada terbuai dengan tiupan angin itu.
"Esok mungkin? Kenapa tanya?"
"Okeyhh cantik! Esok aku balik dengan kau lah. Nak jumpa mama.. i miss mama.." Azalea mula merengek kecil. Dia benar-benar merindukan mamanya, Aira Dalilah.
"Me too.. i miss mama and mummy.."
Azalea hanya tersenyum kecil mendengarkan balasan dari Farish sebelum telefon pintarnya berbunyi meminta untuk diangkat.
Baru Azalea ingin meminta izin untuk menjawab panggilan, Farish terlebih dahulu menganggukkan kepalanya tanda dia izinkan.
Azalea kembali melihat skrin telefon pintarnya. Tentera nama Sarra disitu. Azalea menjulingkan matanya keatas.
Perempuan ni nak apa lagi? Lambat-lambat Azalea menjawab panggilan tersebut.
"Azalea?" Panggil Sarra dihujung talian.
"Hm." Azalea hanya menggumam perlahan.
"I'm sorry." Kata Sarra perlahan namun masih boleh didengari oleh Azalea.
Azalea mengangkat sebelah keningnya.
"Tetibe minta maaf ni dah kenapa? Kau ada buat salah ke?" Soalnya. Walaupun ianya kedengaran seperti menyinis, Sarra hanya mengabaikannya.
Perasaannya sahaja kut?
"Tak. Aku tak tahu kenapa aku mintak maaf kat kau. Tapi aku rasa macam aku perlu minta maaf even aku tak tahu sebabnya." Terang Sarra.
Azalea hanya membuat mimik muka menyampah.
"Tu je kau nak cakap?"
"Yess..."
"Hm.. Aku ade kerja nak kena buat. Lain kali jangan call aku kalau takde kepentingan, crystal?"
Terkesima Sarra apabila mendengarkan hal itu. Azalea tak pernah berkata sebegini. Azalea sekarang... banyak berubah.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Soal Azalea itu menyentakkannya daripada lamunan.
"I'm sorry. Kau cakap apa tadi?" Soal Sarra kembali.
Azalea mengeluh. Phone kat tepi telinga pun tak dengar, susah lah.
"Aku cakap aku ada kerja nak kena buat sekarang ni. Kalau takde benda kepentingan, jangan call aku. You waste my time. Crystal?" Ulang Azalea.
"Clear. And i'm sorry again, Azalea." Setelah mengatakan hal itu, talian terus terputus.
Sarra mengeluh kecil.
YOU ARE READING
TENGKU AZALEA DANNIESHA : manipulator
AcciónTengku Azalea Danniesha. Dirinya ibarat seperti sekuntum Bunga Azalea yang ada kecantikan, kelembutan dan keanggunannya. Namun, bunga tersebut mampu mematikan sesiapa sahaja yang menyakitinya. "Aku akan pastikan hidup kau merana!" - Tengku Azal...