PROLOGUE II

6 0 0
                                    

"Captain Asraf" Nik Aqilah berkata, selepas memasuki bilik anaknya di infirmary itu.

"Macam mana boleh gagal lagi misi kali ni? Kau buat apa Asraf sampai tak boleh kawal unit sendiri? Engkau ni askar, pangkat dah tinggi, Captain. leadership kau pulak hilang, macam mana kau buat kerja ni?" Nik Aqilah sambung, sambil melihat anak bongsu nya yang terduduk di katil hospital.

"Kenapa mama dengan papa layan Asraf macam ni? macam Asraf ni bukan anak mama papa, am I just a soldier to both of you? gelaran che mama papa tak nak kasi kat Asraf sebab bawak nasib malang lepas tu mama papa salahkan Asraf sebab Asraf fail dalam misi Asraf pulak? mama papa tak kisah ke anak mama papa ni dah hampir mati. Asraf tau kalau Asraf jadi askar Asraf memang akan mati untuk negara, tapi mama dengan papa tak boleh ke layan Asraf ni macam dulu? kalau nak datang sini sebab nak marah Asraf je lagi baik tak payah datang melawat Asraf dekat infirmary. Asraf tak mintak lah di lahirkan dalam keluarga macam ni" Asraf berkata, air matanya keluar dari matanya, menunjukkan bahawa dia telah pendam semua perkara itu dalam masa yang lama.

"Muhammad Nor Asraf! Sampai bila kau nak macam ni? Kau nak jadi budak-budak ke askar! Kau ni makin hari makin biadap sampai cakap macam itu dekat depan orang yang lahirkan kau" Che Haiqal membalas balik sebelum menampar anak bongsu nya.

Sementara itu Nik Aqilah masih terdiam, melihat anak bongsu nya masih meluahkan perasaanya.

"Asraf dah cakap, Asraf tak mintak pun di lahirkan dalam keluarga macam ni! mama papa ingat Asraf nak sangat ke hidup dalam keluarga macam ni? sayang je la abang itu! Asraf mama papa lupakan. Mama papa mana tau sakit yang Asraf rasa selama ni!" Asraf berkata lagi, sambil melihat kedua ibu bapanya.

"malaikat dah soal kau tujuh puluh tujuh kali dalam perut mama kau sebelum kau di lahirkan, engkau yang setuju nak di lahirkan. Engkau yang pilih jalan hidup kau untuk jadi macam ni" Che berkata sambil melihat Istrinya yang kaku berdiri di hadapan anak nya.

"Asraf tak pilih. Tuhan yang tentukan jalan hidup Asraf! Asraf tak pilih nak jadi pembawa nasib malang sebagai cucu ke-9, Asraf tak pilih untuk jalani hidup macam ni. Ini takdir, bukan Asraf yang reka jalan hidup Asraf!" Asraf berkata lagi membuatkan kedua ibu bapanya terdiam seketika melihat luahan hati anak mereka.

"Jangan cakap macam ni..mama tahu mama seorang ibu yang tak dapat layan Asraf macam mana mama layan abang..tapi percaya lah..kamu adalah anugerah terindah yang Allah SWT pernah bagi dekat mama..selain abang kamu..jangan cakap macam ni lagi..mama mintak maaf kalau selama ni mama tak layan Asraf macam anak sendiri.." Nik Aqilah berkata setelah lama terdiam akan luahan anak nya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIS RESPONSIBILITY.Where stories live. Discover now