"Hisk ... hisk." terdengar esakan kecil di sebalik dadanya. Qaureen mengosok kepala adiknya yang berlapik tudung itu.
Dia kadang-kadang berasa sedih kerana mereka tidak bahagikan kasih sayang sama rata. Dia tidak mahu adik perempuannya itu terasa dia mencuri kesemua perhatian mama dan papa.
Kenapa mereka tidak boleh layan Qaireena seperti anak mereka juga? Waktu Qaireena wujud di muka bumi ini waktu orang mengagungkan anak lelaki, jadi mereka tidak sayang Qaireena kerana dia perempuan.
"Sakit sangat bang. Kenapa mama papa layan Reena macam ni?" tanya Qaireena di sebalik dada abangnya. Baju Qaureen yang sudah basah dengan air matanya hanya dihiraukan.
"Maaf Reena sayang, abang tak mampu janji untuk mama papa bagi layanan yang Reena impikan. Tapi abang mampu janji untuk jaga Reena sampai akhir hayat abang." pujuk Qaureen, sempat dia menjeling muka adiknya yang sudah memerah seperti tomato itu.
"Abang, teruk sangat ke markah Reena?" tanya Qaireena mendongak memandang wajah abangnya.
"Meh abang tengok dulu." kata Qaureen lalu mencapai slip peperiksaan adiknya itu. Membulat matanya, Ya Allah. Kalimat istigfar meniti di bibirnya.
"Bangg ..." Meleret suara Qaireena memanggil abangnya, teruk sangat ke keputusannya hinggakan abangnya beristigfar?
"Kenapa mama dengan papa marah teruk sangat tadi? Okay je results Reena abang tengok?" tanya Qaureen penuh kehairanan. Semua sudah cantik, Straight A tiada langsung huruf lain yang menyelit.
"Sebab Reena dapat nombor dua dalam tingkatan." kata Qaireena perlahan, dia terasa sangat teruk menjadi seorang anak.
Mama dengan papa sangat kecewa dengan keputusannya, dan dia boleh jawap main main dan tinggi suara tadi? Derhakanya dia sebagai anak.
"Allahuakbar, kalau ikutkan keputusan Reena dah okay sangat. Reena tak perlu la bandingkan diri dengan orang yang dapat nombor satu tu tau.
Dia dapat nombor satu sebab rezeki dia. Reena dapat nombor nombor dua pun rezeki Reena, adik abang ni dah pandai. Jadi jangan sedih-sedih okay." pesan Qaureen lalu menyapu sisa air mata di pipi adiknya menggunakan jari.
"Tapi Reena dah derhaka dengan mama papa. Reena jawap acuh tak acuh lepastu Reena dah kecewakan mereka." luah Qaireena penuh emosi.
"Itu abang tak boleh tolong. Abang cuma boleh nasihat untuk Reena, walaupun mama papa jahat sekali pun jangan sesekali doakan keburukan untuk mereka. Tapi doa lah kebaikan supaya mereka berubah, mereka sedar.
Adik abang bukan dah kecewakan mama papa tapi adik abang dah cuba yang terbaik, yang lain kita serahkan kepada Tuhan ya. Jangan salahkan diri, kalau salahkan diri umpama Reena tak dapat terima takdir untuk diri Reena." Qaureen senyum tipis, tangan memegang kedua belah pipi adiknya.
"Sekarang tenangkan diri, kalau dah okay nanti minta maaf dekat mama papa okay." pesan Qaureen penuh kelembutan.
"Kalau mama dengan papa tak terima macam mana?" tanya Qaireena perlahan.
Tempat dia bergantung dari kecil hanyalah abangnya Safwan Qaureen, dia tak rapat sangat dengan mama papanya jadi dia terasa tak yakin untuk mereka terima maafnya.
"Kita berdoa supaya hati mereka dilembutkan dan dapat terima takdir. Dah jangan sedih-sedih, adik abang kan kuat." kata Qaureen dengan nada ceria, tidak mahu adiknya terus hanyut dalam rasa sebersalah.
"Reena lapar." tersebik-sebik Qaireena ungkapkan ayat itu. Tangan memegang perut yang terasa kosong selepas puas menangis.
Meletus tawa Qaureen melihat telatah adiknya. Tangan menyapu sisa air mata akibat ketawa.
"Adik abang lapar ya? Jom makan kat luar." Ajak Qaureen selepas puas ketawa.
"Reena nak makan kat mana?" tanya Qaureen sebab kita pergi kedai makan ikut selera perut perempuan ya.
"Kedai mamak la, lama tak makan roti canai." balas Qaireena dengan wajah merah. Qaureen memandang wajah adiknya, comel betul muka merah-merah tu.
"Tapi bagi abang mandi dulu, dah bau masam ni. Reena pergi la betulkan tudung, dah senget tu." Qaureen berjalan sambil berkata kepada adiknya.
Anggukan Qaireena menjadi balasan kepada abangnya.
***
Seperti biasa meja yang dulu hanya dia hanya duduk kini sudah menjadi tempat tujuan untuk dua kembar ini.
"Hai Qai, tak sihat ke?" tanya Azzalea apabila ternampak wajah sembab Qaireena. Dia mengambil tempat di sisi Qaireena, tangan segera ditekapkan atas dahi rakannya.
"Ish, aku sihat je." balas Qaireena lalu menurunkan tangan Azzalea di dahinya.
"Kau demam ke Qai? Tak bermaya je aku tengok." tegur Hayyan saat melabuhkan punggung di hadapan Qaireena. Riak risau jelas terpamer di wajah Hayyan.
"Takde la, kurang sihat sikit je." kata Qaireena menyedapkan hati jejaka di depannya.
"Aik, tadi kata sihat, ni kurang sihat pula." kata Azzalea pelik lalu memandang wajah Qaireena penuh curiga. Hayyan turut menjongket sebelah keningnya.
"Ya Allah korang ni. Aku penat sikit, lepastu rasa kurang sihat. Dah makan ubat pagi tadi, jadi jangan risau. Makan sekarang." kata Qaireena lalu mengarahkan mereka supaya tumpuan tidak diberika kepadanya.
Sebelah tangan dia naik memegang wajahnya, nampak sangat ke sembab di matanya?
Hayyan diam, tahulah dia yang Qaireena menangis semalam selepas dimarahi semalam. Ya dia lah orang yang telah mendengar semua perbualan dua beranak itu.
Mulanya dia terdengar seorang lelaki berumur sedang marah, niatnya ingin hiraukan saja tapi perbualan itu cukup menarik minatnya. Nasib badan bila adiknya tak ada di situ sekali.
Rasa bersalah menghurung hati, pasti Qaireena dimarahi teruk oleh ayahnya semalam. Patutkah dia mohon maaf?
"Qai, jom beli ais krim. Lama tak makan ais krim." suara Azzalea mengembalikan dia ke dunia realiti semula.
"Boleh je, tapi waktu balik nanti okay." kata Qaireena bersetuju.
"Okayy ... Que nak join sekali nanti?" tanya Azzalea kepada Hayyan.
Anggukan menjadi balasan kepada adik kembarnya.
Usai menjamah makan, mereka berjalan duduk melepak di meja kantin. Hayyan berkira-kira untuk minta maaf sekarang tapi dia tak mahu Azzalea mendengar perbualan ini sekali.
"Jom masuk kelas, dah nak habis masa ni." ajak Qaireena kepada dua orang rakannya. Cawan plastik yang sudah kosong di ambil lalu menolong buangkan di tong sampah.
"Qai, aku nak cakap sikit dengan kau." kata Hayyan perlahan sambil berjalan di sisi Qaireena.
Qaireena menjongket sebelah keningnya, "Cakap apa?" tanya Qaireena hairan.
"Petang nanti kat tasik boleh?" tanya Hayyan atau lebih tepat meminta izin.
"Boleh je, tapi kenapa tak cakap sekarang je?" tanya Qaireena pelik, walaupun sudah bersetuju tapi pelik dengan perangai Hayyan hari ini. Tadi diam aje, sampaikan rasa macam Hayyan pula ada masalah besar.
"Perbualan ni ambil masa agak lama. Nanti kita lambat masuk kelas pula." jelas Hayyan dengan terperinci.
"Amboi, jalan berdua kat belakang pula. Qai ni aku punya, pergi main jauh-jauh." usik Azzalea lalu memeluk lengan Qaireena dan menolak Hayyan supaya jauh dari mereka.
Hayyan mencekak pinggan melihat perangai adiknya. Wahh ... Dia terasa di pinggirkan ya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Malam Tanpa Bintang [C]
RomanceCover by : @yyouraphrodite BINTANG SERIES 2 Menyendiri. Ya dia Sufiya Qaireena langsung tidak mempedulikan hal orang lain. Baginya sekolah sekadar tempat belajar dan rumah hanya untuk berehat. Tapi kewujudan murid baru di sekolahnya membuatkan hidup...
![Malam Tanpa Bintang [C]](https://img.wattpad.com/cover/369928390-64-k101172.jpg)