Prolog : Projek 081

17 2 0
                                    

Melly membuka matanya perlahan - lahan mencuba memproses keadaan di sekelilingnya, matanya menangkap seseorang lelaki yang berada di bilik itu selain dirinya.

Melly : "Where is he?" Soalnya kepada lelaki tua itu, matanya melilau mencari kelibat seseorang.

Dr Maceo : "Sorry but he is not here." Katanya dengan mendatar sambil memeriksa tahap kesihatan Melly. Melly bersandar pada kepala katil, badannya masih lemah disebabkan oleh pembedahan yang dilakukan beberapa jam yang lalu.

Dr Maceo : "How do you feel right now?" Matanya dilarikan pada monitor denyutan jantung gadis itu yang masih stabil.

Melly : "I'm good." Balasnya ringkas, otaknya ligat memikirkan sesuatu yang sentiasa bermain di mindanya.

Dr Maceo : "Are you ready for a further examination?" lelaki tua itu kembali memandang gadis itu. Melly melepaskan keluhan kecil.

Melly : "Could we just skip it?" Rayunya namun lelaki tua itu mengelang perlahan menidakkan permintaan gadis itu. Melly yang pasrah hanya mampu berserah memandangkan lelaki tua itu lebih pakar dalam hal ini.

Melly lalu bangun dan membuntuti langkah doktor itu menuju ke bilik seterusnya. Dia mengerling ke beberapa bilik semasa mereka melintasi bilik - bilik lain, pandangan hairan dilemparkan dia mahu bertanya namun dia hanya memilih memendamkan sahaja soalannya.

Setibanya mereka di Bilik 007, mata Melly disajikan dengan peralatan - peralatan yang tidak pernah dia lihat dan kelihatan mahal. Dia begitu takjub dengan teknologi itu sehingga...

Dr Maceo : "Are you done?" Lelaki tua berpaling ke arah gadis itu sambil menyilangkan tangannya.

Melly : "You can't blame a little girl for being fascinated." Ujarnya tidak mahu mengalah dan keluhan kasar didengari daripada doktor itu.

Dr Maceo mengarahkan Melly untuk berbaring di atas sebuah katil yang dilengkapi kemudahan teknologi disebelah katil itu. Melly baring di atas katil itu tanpa banyak soal tidak seperti kebiasaannya yang banyak mulut.

Dr Maceo memakaikan Melly dengan topeng anestesia dalam beberapa minit Melly mula hilang kesedarannya. Dr Maceo memantau gelombang otak Melly dan fokus pada sesuatu yang berada dalam badan gadis itu.

Di alam bawah sedar, Melly melihat rumah agam lamanya yang masih terlihat baru dan sudah pasti keluarganya juga berada di situ. Melly berlari anak ke kawasan rumah itu, dia lalu masuk ke dalam rumah itu tanpa berfikir panjang.

Rumah yang luas itu dipenuhi dengan hiasan berwarna perak tulen, dia masuk ke lebih dalam lagi dan langkahnya terhenti apabila dia mendengar suara yang cukup dikenalinya.

Melly : "Mama..." Tuturnya perlahan dan dia jatuh terduduk di lantai apabila melihat ibunya. Mutiara kecil yang cuba dia tahan jatuh juga meniti di pipinya yang putih.

Melly : "I hope, I could tell the world about you. How much I miss you." Esakannya semakin kuat. Sungguh dia tidak daya menahan semua perasaan ini, dia hanya gadis kecil yang didedahkan betapa sakitnya sebuah kehilangan.

"What a poor girl?" Satu bayang hitam seukuran dengannya berdiri tidak jauh hanya beberapa langkah tapak kaki saja memerhati gadis itu yang bergenang dalam air mata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Perfect ParadiseWhere stories live. Discover now