Bab 1

6 0 0
                                    


Aisya Humaira, seorang gadis berumur 17 tahun ,juga anak sulung daripada 6 orang adik beradik,yang serba serbi hidupnya lengkap dari segi agama namun terdapat beberapa kekurangan dalam hidupnya iaitu dia hidup dalam keluarga yang berantakan, ibu bapanya yang sering bergaduh hampir setiap hari kerana sikap ayahnya yang tidak pernah berubah.

Ayahnya yang selalu berlaku curang kepada ibunya juga sering kali memukul ibunya dan Aisya sendiri pernah melihat perempuan yang dikahwini ayahnya di Thailand datang ke rumah kerana terbongkar bahawa ayahnya masih mempunyai isteri dan bukan duda anak 1.

Ya,ayahnya berbohong bahawa dia sudah bercerai dan mempunyai anak 1 tetapi dia masih mempunyai isteri dan 6 orang anak.

Perempuan itu membawa sekali ahli keluarganya akibat kesal dibohongi oleh ayahnya selama 4 bulan perkahwinan mereka yang tidak sah dari hukum agama.

Mereka berkahwin pada bulan 8, sebulan sebelum Aisya menduduki UPSR dan ianya terbongkar selepas beberapa hari Aisya mendapat keputusan UPSR.

Hatinya sudah remuk kerana keputusan UPSR nya yang tidak memuaskan dan ditambah lagi bahawa ayahnya berlaku curang kepada ibunya.Dia tidak menyangka bahawa semua ini terjadi dalam sekelip mata dan dia masih lagi muda untuk menerima semua ini.Sejak dari itu, dia mula kehilangan kasih sayang seorang ayah yang sangat dia cintai.

Sekarang

"Aisya!!" Mimi memanggilnya dari belakang sebelum bertindak untuk memeluk leher Aisya dari belakang.

"Kau ni, habis tudung aku rosak" marah Aisya sebelum menolak tangan sahabat baiknya dan membaiki awning tudungnya yang sudah senget benget.

"Alaaa kau ni, dah cantikla tak perlu pun baiki lebih lebih" kata Mimi sebelum ketawa melihat muka Aisya yang sudah merah padam kerana marah akibat awningnya rosak.

Bukan senang awning ini dia nak jadikan, ambil masa setengah jam saja untuk seterika bahagian awning ini.

"Nii amacam, kau dengan laki tu oke ke tidak ?" Mimi bertanya tentang lelaki yang Aisya kenal secara dalam talian.

"Tak weii, aku ingat dia baik dengan aku sebab dia suka dekat aku tapi dia dah ada awek dah tapi dia tak bagitahu pun aku yang dia dah ada awek waktu first time kiteorang kenal tu,lepastu dia boleh mengadu dekat aku yang dia dengan awek dia gaduh, aku macam ehh. Ingat aku ni pusat kaunseling ke yang dia nak luahkan masalah dia dengan awek dia ?" sedih kerana lelaki yang dia kenal tidak sampai dua minggu berakhir begitu sahaja. Sudahlah dia sanggup tidur lewat malam walaupun esoknya sekolah hanya untuk bercakap dengan lelaki itu.

"Satu lagi, dia boleh cakap yang dia berniat nak cari kawan je, kepala abah dia lah. Ada ke orang cakap manis manis dengan orang yang dia nak kawan je ? Dahlah selalu wish good morning dekat aku macam mana aku tak catch feeling" Aisya berkata lagi, tiba tiba rasa geram pula dengan perangai lelaki yang dia kenal secara atas talian itu.

Aisya mengepalkan tangannya ke arah Mimi,geram dengan tindakan lelaki tersebut seolah-olah cuba mempermainkan hatinya.

"Weii, jangan macam tu. Gerunnyaa aku" Mimi mengangkat kedua dua tangan berpura-pura mengalah.

"Kau ni, aku tumbuk kang tak saja hidung mancung kau tu patah" Aisya sudah sedia dengan penumbuk kecilnya, tinggal untuk dihayunkan saja ke sahabat organiknya.

"Ya Allah, gerun HAHAHAHAAHHAHA. Gurau gurau" Mimi mengalah sebelum meletus ketawa diikuti dengan Aisya sebelum Aisya kembali muncung semula.

His TahajudWhere stories live. Discover now