Bab 2

5 0 0
                                    

Di rumah

"Assalamuailakum" Aisya memberi salam sambil duduk di depan pintu menanggalkan kasut sekolahnya, badan terasa terlalu penat memikirkan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang semakin menghampiri. Kelas tambahan setiap hari juga setiap hari minggu. Dia juga selalu hadir ke sekolah paling awal tetapi selalu juga yang paling lewat pulang.

Mampukah dia untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun nanti ?

Aisya seorang pelajar cemerlang di sekolahnya, sering mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan tetapi ayahnya sedikit tidak ambil kisah setiap kali Aisya menunjukkan keputusan peperiksaannya. Dia sangat dahagakan kasih sayang ayahnya. Sudah 5 tahun perkara itu terbongkar, tetapi hubungan Aisya dengan ayahnya tetap sama.
Mereka tidak ubah seperti orang asing walaupun mempunyai pertalian darah yang sama. Ayah Aisya selalu tidak menghiraukan Aisya, ayah Aisya juga selalu pulang lambat dan Aisya tahu yang ayahnya masih berlaku curang kepada ibunya.

"Kakak" Aira memanggil kakaknya Aisya yang sedang termenung sambil merapatkan kedua lututnya ke dada dan memeluknya.

Aisya terus memusingkan kepalanya memandang Nayla, adiknya yang berumur 8 tahun yang melihatnya dengan mata yang berkaca.

"A-ayah ibu gaduh lagi, lama dah mereka tak keluar bilik, tadi Nayla dengar bunyi kaca pecah dari bilik ibu dengan ayah" Nayla berkata dengan suara menggigil, jujur kelihatan dalam ketakutan.

Aisya segera bangun dan bertindak untuk memeluk adiknya yang jelas dalam ketakutan. Nayla terus menangis apabila berada dalam dakapan Aisya.

Dia juga berasa letih dengan hubungan ibu dan ayahnya. Dia juga tidak tahu mengapa ibunya masih ingin bertahan apabila apa yang ayah dia buat hanyalah ini, curang dan selalu pukul ibunya setiap kali hubungan ayahnya bersama perempuan lain terbongkar.

Selepas beberapa minit

"Nayla bagitau Fiyad dengan Irsyad suruh bawa Umna duduk dalam bilik kakak ehh, kunci pintu dan jangan buka sampai kakak datang" Aisya berkata sambil mengusap air mata yang mengalir di pipi Nayla.

Aisya-17 tahun
Uzayr-15 tahun
Fiyad-12 tahun
Irsyad-10 tahun
Nayla-8 tahun
Umna-2 tahun

Nayla menggagguk kepalanya sebelum memasuki rumah dan melakukan apa yang disuruh kakaknya. Aisya pula memasuki rumah dan terus ke bilik ibu dan ayahnya, ingin melindungi ibunya dari terus dipukul oleh ayahnya. Dia tidak lagi ambil kisah jika dia yang menggantikan tempat ibunya untuk dipukul kerana dia sudah letih melihat ibunya yang secara terusan diperlakukan sebegini rupa.

Dia melihat pintu bilik ibu dan ayahnya tidak berkunci, dia terus masuk dan terkejut melihat ayahnya yang sudah sedia mengangkat sebahagian kaca yang pecah untuk melempar kaca tersebut ke arah ibunya yang terduduk di atas lantai.Dia terus datang ke hadapan ibunya bertindak untuk melindungi ibunya daripada terkena kaca itu.

Dia yang sudah berada di berada di hadapan ibunya hanya menutup mata sebelum merasakan kesakitan, pedih yang amat sangat di bahagian kepalanya. Rasa hendak pitam.

Dia dengan perlahan membuka mata, hanya dapat melihat sosok ayahnya yang jelas terkejut dengan tindakannya sendiri dan juga kehadirannya cuba untuk melindungi ibunya. Cecair merah pekat mula mengalir ke dahi Aisya mencemarkan tudung sekolahnya yang berwarna putih. Ibunya turut tersentak melihat apa yang sudah jadi. Dia tidak menyangka yang suaminya boleh bertindak sampai macam itu sekali.

"Ayah dah rasa puas ?" sarkastik Aisya menanyakan kepada ayahnya yang masih terkejut.Dia dengan perlahan cuba bangun dari duduknya sambil menekan di bahagian kepalanya berdarah dengan telapak tangan, sangat pedih.

His TahajudWhere stories live. Discover now