"Wow, not bad!" Alana bersuara penuh teruja. Dia mengitari sekitar ruang vila itu. Dari ruang tamu, dia menjenguk ke luar. Ada private pool di bawah teduhan pokok. Infinity pool itu pula di cerunan, menghadap hutan belantara. Dia boleh bayangkan awal pagi kabus pasti terapung di udara. Alangkah cantiknya pemandangan!
Dari pelantar kolam renang itu, dia masuk semula ke ruang tamu. Tidak mempedulikan Refhal yang duduk sofa, langkahnya terhala terus ke bilik.
"The sweetest moment ever! It must be memorable honeymoon, dear!" Alana melaung saat melihat kelopak bunga memenuhi katil. Jambangan bunga ros merah juga berpuluh kuntum diletakkan di side table.
"You kena datang sini Fhal!"
Refhal mencebik. Matanya masih tancap pada skrin telefon. Tidak ada apa yang menarik pun di telefon tapi untuk menghadap gedik dan teruja Alana lebih menyakitkan.
"Fhal..." Suara Alana bertukar rengekan. Sekali ini dia kembali ke ruang tamu, menarik Refhal agar bangun dan mengekorinya ke bilik.
"Please..."
"It's not for us."
"Kalau bukan untuk kita, untuk siapa lagi?" Menarik tangan Refhal, Alana tetap memaksa sehingga lelaki itu menurutinya. Di katil, pantas saja dia menarik Refhal, sehingga lelaki itu turut jatuh ke tilam bersamanya.
"Al..."
"Yes, dear."
"I didn't feel I'm okay with this. Perkahwinan kita mendadak. You pun tahu I tak ada perasaan pada you." Refhal bangun dari baringan. Duduk di birai katil itu dia bermain dengan untaian jemari sendiri.
Alana jongket kening dengan bibir mencebik. Dia tahu Refhal masih berhubung dengan bekas tunangnya sekalipun hubungan mereka sudah terputus. Perasaan lelaki itu juga tidak mudah hilang sekelip mata untuk perempuan itu. Kalau refhal merasakan sebegitu, sama juga dengannya. Dia juga tidak semudah ini melupakan Damien. Momen berbulan madu ini diimpikan dengan Damien, bukan lelaki lain namun saat segalanya hancur, dia perlu berbuat sesuatu untuk menyembuh rasa sakit di hatinya. Dia perlu menyakiti demi memuaskan perasaannya yang terkhianati!
"Maybe I'm aggressive tapi I nak ingatkan you, bulan madu ni untuk you dengan I. Kita yang menikah, bukan orang lain. Ya, mungkin susah untuk kita terima semua ni tapi why don't we give a try?" Sekali ini nada sengaja Alana lembutkan. Dia perlu memujuk, bukan menggoda dengan tingkah gedik kerana setelah menikahi Refhal, dia dapat melihat Refhal tidak langsung terpaut dengan sebarang aksi menggoda. Lelaki ini tenang, lebih suka berbincang.
"I sendiri tak pernah terfikir untuk hadir dalam hidup you. Kalau diberi pilihan, I pun tak mahu jalan cerita I jadi macam ni tapi..."
Refhal menghela nafas dan melepas keluhan berat. Terdiam lama, dia mempertimbangakan banyak perkara. Benarlah kata Alana. Bila bercakap tentang takdir, dia tidak berhak mempersoal apa pun walaupun kehadiran Alana dalam keadaan terburuk. Semuanya hanya sebagai asbab yang akhirnya saat ini terikatnya mereka berdua.
"Kita tutup buku lama. Kita usaha untuk tulis buku baru seiring dengan takdir yang tuhan tulis untuk kita." Nada Alana kedengaran sayu dan berharap. Refhal kerling sekilas wajah Alana yang turut bangun dari baringan dan duduk di sisinya. Beberapa hari ini dia juga cuba untuk beralah dengan perasaan yang menyangkal kehadiran Alaana. Dia sedar, yang diakadnya adalah Alana, bukan Darina. Hubungannya dengan Darina, mahu tak mahu perlu ternoktah juga dan cuba membuka ruang buat yang halal.
Deringan telefon menyentak. Menyeluk kocek, Refhal mengeluarkan telefonnya. Ada nama Darina tertera si layar. Segera dia bangun dan meninggalkan bilik.
Alana mengetap bibir. Dia tahu Darina yang menelefon Refhal. Entah kenapa ada rasa yang menyesak jiwa sekalipun dia bukanlah begitu mahukan Refhal.
'Bertenang, Alana. Dia bukan sesiapa. Fokus dengan apa yang kau rancang dan mahukan!'
Bisikan itu diulang berkali-kali di fikirannya. Ya, dia di sini hanya untuk melunasi dendamnya. Itu lebih penting dari melayan perasaan yang mula terpaut pada Refhal!
YOU ARE READING
REFHAL ISAAC : Unwritten Destiny
RomanceKerana dicurangi Damien, Alana bertekad untuk membalas dendam. Sasarannya adalah Refhal Isaac, abang lelaki itu. Dalam satu kejadian yang diaturnya, dia memerangkap Refhal. Refhal didesak menikahinya. Apabila ia melibatkan keluarga, Refhal tidak...