BAB 3

454 19 1
                                    

NURZILA selaku guru bahasa Inggeris untuk
pelajar menengah rendah, melangkah masuk ke dalam bilik guru dengan lenggang-lenggok. Sengaja ingin menayangkan keseksiannya itu.

Tambahan pula, dia seorang janda yang baharu
saja kematian suami enam bulan yang lalu. Dalam diam, Nurzila menaruh harapan kepada Arnash Farhan, teman baik kepada arwah suaminya.

"Amboi, Zila. Bukan main berkebaya kau hari
ini. Mesti Cikgu Sham geram tengok kau." Tegur Tiara yang merupakan rakan baik kepada Nurzila.

"Hesy... ada-ada saja kau ni. Aku dah lama tak
berkebaya. Apa salahnya hari ni pakai kebaya." Nurzila tergelak kecil. Matanya melirik memandang Arnash Farhan yang sedang menanda buku-buku para pelajar.

Kebetulankah mereka memakai baju yang
mempunyai warna sama? Huh! Jodoh barangkali Nurzila tersengih.

"Yalah, ikut kau lah. Asal kau selesa sudah. Ya,
idok?" Tiara turut tersengih.

"Betul sangat. Pakailah apa yang kita nak pakai
asalkan rasa selesa," jawab Nurzila. Punggung
dilabuhkan sebelah sahabatnya. Selendang hitam yang dipakai ditarik sedikit ke belakang.

SYAFIZA IMAN melekapkan tubuhnya ke
dinding tangga. Dia memerhatikan seorang lelaki tinggi lampai yang sedang berjalan berdua-duaan dengan guru yang paling menjengkelkan. Siapa lagi jika bukan Cikgu Laila selain Cikgu Nurzila. Huh! Ramai betul pesaingnya.

Senyuman yang terbit di dua ulas bibir lelaki itu
membuatkan Syafiza Iman rasa tercabar. Entah apa yang mereka berdua bualkan sehingga Arnash Farhan
kelihatan begitu asyik mendengar.

"Hesy! Cikgu Laila ni tak padan dengan andartu.
Sibuk nak rampas Arnash Farhan aku. He is mine!"
gerutu Syafiza Iman.

"Hai, kak? Melepaskan geram di tangga ke?" soal
Natasha kemudian nugget berbentuk hati digigit.

"Mestilah. Kau tengok dua orang tu. Bukan main
seronok lagi jalan berdua-duaan. Aku cemburu, tau!"
Juih Syafiza Iman kepada sahabatnya. Buku lima dikepal kuat.

"Apa lagi, seranglah."

Syafiza Iman mencerlung sahabat baiknya.
Kalaulah sekolah ini bapak dia punya, sudah lama dia
menyumbat muka Cikgu Laila ke dalam mangkuk
tandas. Cikgu Sham ada. Mengoratlah Cikgu Sham!
Mentang-mentanglah Cikgu Sham tu tak kacak
orangnya. Gerutu hatinya.

ARNASH FARHAN menuliskan rangka-rangka
plot novel Silir Daksina di papan putih. Kemudian,
diberikan satu kertas kosong bersaiz A4 kepada semua pelajar. Kedudukan tali pinggangnya dibetulkan sedikit.

"Tanpa tengok mana-mana buku rujukan, saya
nak awak semua lengkapkan plot novel daripada
permulaan sampai klimaks. Saya bagi masa setengah
jam, lepas tu hantar. Jangan ada yang mengelat,"
katanya.

"Macam mana nak buat kalau tak tengok buku?"
soal Syafiza Iman dengan berani.

"Aik, semalam tak study ke? Saya dah ingatkan
kat dalam group kelas suruh semua orang study, kan?" Kening Arnash Farhan terangkat tinggi.

"Tak sempat nak study, cikgu." Syafiza Iman
menjawab.

"Awak buat apa semalam? Jaga anak ke?" Sindir
Arnash Farhan. Geram dengan sikap pelajarnya yang
seorang ini. Banyak sangat karenahnya.

"Ya, saya jaga anak kita berdua." Syafiza Iman
tersengih malu.

Suasana di dalam kelas berubah riuh-rendah.
Pelajar lelaki sudah mula mengusik guru muda itu
bersama Syafiza Iman. Segelintir pelajar lagi sudah
membunyikan kompang menggunakan meja masing-
masing.

Berbahang wajah Arnash Farhan dibuatnya.
Disabarkan juga hati daripada berleter. Kepala
digelengkan.

"Awak okey tak, Syafiza?" soal Arnash Farhan.

"Saya tak okey, cikgu. Saya sakit sebenarnya."
Syafiza Iman buat muka sedih.

"Sakit apa pulak?"

"Saya tengah sakit sebab cikgu dah curi hati
saya." Syafiza Iman tersengih lagi.

Arnash Farhan terus duduk di tempatnya. Dia
menggeleng lagi. Boleh gila dia dibuatnya. Daripada
berterusan diusik, lebih baik dia diam dahulu.

"Cikgu!" Syafiza Iman memanggil. Tangan
diangkat tinggi kemudian digoyang-goyangkan.

"Apa lagi, Pija? Saya malas nak layan pickupline
awak. Siapkan kerja awak tu," ujar Arnash Farhan acuh tak acuh.

"Cikgu, saya nak tanya."

"Nak tanya apa?" Kening Arnash Farhan
berkerut. Bukan Syafiza Imanlah kalau tak banyak tanya. Pening dia dibuatnya.

"Hmm... cikgu tolong ejakan perkataan cinta,
boleh?" soal Syafiza Iman.

Natasha terkebil-kebil memandang sahabat
baiknya. Dia kagum dengan sikap berani gadis itu.
Jarang Syafiza Iman bersikap normal. Huh!

"Kenapa dengan cinta?" Arnash Farhan menggigit bibir. Papan putih dikerling sekilas.

"Sebab I cinta you. He he..." Sejurus itu Syafiza
Iman terus membentuk 'mini love' menggunakan jari
telunjuk dan ibu jarinya.

Arnash Farhan terkejut bukan kepalang lagi. Air
liur yang ditelan terasa kelat. Dia tidak menyangka yang Syafiza Iman begitu berani orangnya.

"Buat kerja awak, Pija!" Suara Arnash Farhan
naik seoktaf. Dia cuba mengawal rasa malunya yang
sudah diusik oleh pelajar-pelajar di dalam kelas.

Tersentak terus Syafiza Iman dibuatnya. Cepat-
cepat pen hitam dicapai. Selamba, buku rujukan ditarikkeluar dari bawah meja. Ah, kisah apa dia.

"Jangan tengok buku rujukan, Syafiza!" Sekali
lagi suara lelaki itu meninggi. Walaupun dia duduk di
hadapan, dia masih boleh nampak dengan jelas apa yang pelajar-pelajarnya sedang buat.

"Mana ada saya tengok buku rujukan." Nafi
Syafiza Iman.

"Habis tu, itu apa?" soal Arnash Farhan. Bibirnya
dijuihkan.

"Saya tengah tengok kad nikah kita," jawab
Syafiza Iman. Dia nekad ingin mengorat guru muda itu. Kisah apa dia. Biarlah perigi cari timba sekali pun. Dia sudah gatal mahu kahwin!

MY LOVE CIKGU [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang