Prologue.

4 2 0
                                    


Jatuh cinta ini bukan lah lagi kelebihan bagi gadis ini. Dia pernah diputuskan atas sebab yang tidak masuk akal dengan berkali kali sehingga dia sudah putus asa untuk memberi peluang kepada lelaki yang meminatinya.

Nama aku Sarah Iiyana Binti Muhammad Azrail. Aku seorang anak gadis yang disayangi oleh ibu bapa aku tapi malahnya mereka berdua pergi untuk selamanya ketika aku masih 7 tahun dan sekarang aku berumur 24 tahun.

Sekarang yang menjaga aku ialah ketiga abang aku, Nasrul, Hazrael dan Aiman. Mereka telah berkahwin dan ada kerjanya masing-masing tapi mereka tetap nak menjaga aku walaupun aku sudah besar panjang.

Umur aku ni pun dan boleh cari jodoh, tapi aku memilih untuk sambung belajar di bidang IT. Adik beradik aku memang dilahirkan untuk mengambil bidang IT agaknya..

ᏆᏚᎪᎪᏟ ᏆᏒᏙᎪN★ᏚᎪᏒᎪᎻ ᏞᏆᎩᎪNᎪ

Minggu pertama menjadi senior di universiti yang aku sambung belajar ni. Aku mempunyai kawan yang bernama Eleonor. Dia ni keturunan Amerika yang tinggal di China, dia sambung belajar bidang yang diminati iaitu Engineer.

Aku kenal dengan dia ni pun dari Internet, sebab dia like gambar Instagram aku.

Di dewan besar universiti itu dipenuhi oleh students last year. Kami akan mendengar taklimat dan beberapa motivasi untuk akhir tahun kami ni.

Aku, Sarah Liyana sedang menonton kdrama di telefon pintar sebab program belum start lagi, sambil tu tunggu dak Eleonor ni yang tak sampai-Sampai lagi.

Jam menunjukkan tepat pukul 9 pagi, dewan pun hampir dipenuhi oleh students. Aku menanggalkan earphone aku lalu menyimpan ia di kocek beg, aku melihat sekeliling mencari kelibat Eleonor tapi tak nampak.

Aku bersandar di kerusi sambil menaip di telefon pintarku tiba-tiba Eleonor duduk di sebelah aku dengan nafas yang tak teratur.

"pasal lama sangat kau ni?" tanya aku tanpa menatapnya.

Eleonor membuka begnya lalu meletakkan di kakinya sambil senyum.

"masalah trafik lah, maaf lah. Program dah start ke?" ucap Eleonor yang masih berfasih bahasa Melayu.

Eleonor tinggal dekat rumah sewa dia, dia memang selalu gerak awal kerana dia tahu jalan waktu pagi memang sibuk dengan penduduk nak pergi kerja apa semua, hantar anak sekolah.

" belum, biasalah. Orang Malaysia.. Cakap pukul 9 tapi pukul 9 45 baru start."

Ayatku hanya membuat Eleonor ketawa. Dia melihat sekeliling dewan yang dipenuhi oleh students last year tiba-tiba mata dia terpanah.

"weh, tu.. Student baru ke?" tanya Eleonor sambil menunjuk ke arah seorang lelaki ni.

Aku mengalihkan pandangan aku dari telefon pintarku ke arah lelaki yang Eleonor tunjuk. Lelaki itu memakai baju kemaja putih, seluar slack berwarna hitam, tali leher berwarna navy blue, rambut di sikat ke dengan gaya biasa yang selalu aku nampak dan pakai spek.

100% my type.

Aku geleng-geleng kepala aku bila fikiran lain datang di minda. Aku mengalih pandangan kembali ke arah telefon pintar ku.

"yelah tu, muka pun macam muda lagi.." ucapku seperti tidak amik kisah.

Eleonor menatapku lalu menyiku bahu aku, aku mengangkat wajah menatapnya lalu dia mengangkat kening nya. Aku tahu maksud dia.

"ihh otak mu"

Eleonor ketawa lalu menepuk bahu aku. Eleonor faham, sebab dia yang selalu ada dengan aku waktu aku kena putus dengan laki-laki yang pernah dijadikan pasangan kekasih.

ᏆᏚᎪᎪᏟ ᏆᏒᏙᎪN★ᏚᎪᏒᎪᎻ ᏞᏆᎩᎪNᎪ

Jam menunjukkan pukul 11 pagi, program baru sahaja melabuhkan tirai. Aku bangun dari kerusi lalu menatap ke arah Eleonor.

"Weh, Leo.. Aku pergi tandas jap.. Tunggu aku kat Cafe.." ucapku sambil menggalas beg aku.

Eleonor angguk lalu aku dengan dia berjalan bersama tapi berpisah apa bila dia ingin ke Cafe. Aku berjalan sambil menaip di telefon pintarku.

Korang pasti terpikir aku chat sapa kan? Aku chat dengan dak Hazrael.. Angah aku.

Semasa aku berjalan ke arah tandas tiba-tiba aku terlanggar someone.

"Ih, ada mata ke tidak?" ucapku kasar ke arah lelaki itu. Padahal aku yang salah main Phone sambil jalan.

Lelaki itu mengangkat keningnya sambil menatap ke arah aku. Tak sempat dia berkata aku sudah membuka suara kembali.

"kalau student baru buat cara student baru lah! Aku student lama." marah lagi seorang Sarah Liyana.

Lelaki itu hanya diam tak bersuara. Aku pulak apa lagi, tengok dia tak buka suara apa lagi, blah lah. Melihat kepergian aku, dia senyap..

"biadab."

ᏆᏚᎪᎪᏟ ᏆᏒᏙᎪN★ᏚᎪᏒᎪᎻ ᏞᏆᎩᎪNᎪ

Class pertama, iaitu Cybersecurity class. Aku duduk diam dekat kerusi aku sambil menaip di telefon pintar aku, kali ni chat dak Eleonor lak.

Aku mengangkat wajah bila tiba-tiba ruangan ni senyap, aku menatap ke arah lecture yang masuk tapi lelaki yang aku langgar tadi.

"Wait, don't say he.." bisik hati aku sambil menatap lelaki yang sedang berdiri di meja lecture.

"Good afternoon, students. I am your new lecture, my name is Issac Irvan Bin Dato' Iskandar. Saya akan mula mengambil alih arwah lecture kamu bermula hari ni hingga akhir tahun kamu." Ucap lelaki itu sambil bersandar di meja lecture.

Aku terkedu dekat situ bila dia perkenalkan diri dia tadi. Aku menyembuyikan wajah aku dari dilihat olehnya, tapi dia dah nampak dulu.

"yang kat belakang tu.. Perempuan." suara itu bergema di dalam ruangan itu.

Aku mengangkat wajah dan menatap ke arahnya, perlahan berdiri. Dari jauh aku boleh nampak dia tengah senyum sinis.

ᏆᏚᎪᎪᏟ ᏆᏒᏙᎪN★ᏚᎪᏒᎪᎻ ᏞᏆᎩᎪNᎪ

To be continue.






Our's status Where stories live. Discover now