"One Two sayang kamu jangan sakitii akuuuu! KNOCK KNOCK ! Mahu ku perhatian TALK TALKK mahu ku kau buktikan! Jangan-"
"DIAMLAH! PAGI PAGI DAH MEMEKAK! DAHLAH BARU BANGUN!"
Ala! Kecoh betul lah mamat ni! Orang tengah syiok nyanyi boleh kacau! Suara aku dah sedap dah tu!
"Ish bisinglah kau bang! Orang tengah menyanyi ni ha! Banyak betul mulut! Dengki lah tu suara dia tak sedap macam suara kita!"
Ha ya , dua dua taknak kalah. Memang sampai kesudah tak habis pergaduhan ni.
Ouh lupa kenalkan diri! Nama aku Khayreena Ayshara binti Khairuddin. Sedapkan nama aku? Ya ya ya aku tahu nama aku sedap. Puji la banyak banyak!
Umur aku berapa eh? Haa umur aku 24 tahun. Tapi muka aku macam budak baru habis upsr tau! Eh zaman sekarang ada upsr lagi ke?
Yang memekak tu- eh aku lah yang memekak tadi. Haa yang marah marah tu abang aku! Khayril Asyafiq. Umur dia tua dah . 45 tahun. Okay tak tak. Gurau sahajaa. Kalau dia tahu aku cakap umur dia 45 , memang tak dapat duitlah aku! Umur dia 26 tahun. Dah nak 30 dah tapi muka masih aum. Okay aku bukan mengorat abang sendiri!
"Eh kau dah kenapa senyum sorang sorang ni? Gila? Cepatlah sini , aku dah masakkan pancake dah." Ooo tadi dah marah marah pandai nak bodek eh! Sayang aku lah tu hihi.
Aku tak tunggu lama , aku terus zzuup lari ke meja makan. Aku tarik kerusi dan duduk dengan penuh anggun, sopan santun anak melayu senyum terukir- eh dah dah.
Fuh sedap! Resepi pancake mama memang tak pernah mengecewakan! Makan dengan madu lagi auchhh!
"Eh reen, kau tak kerja ke harini?"
Aku yang tengah menjamu pancake tu berhenti kejap.
"Kerja."
"Aik bukan kau masuk kerja pukul 8 ke? Ni dah pukul 8:30!"
"Rilek ah , company tu member reen punya. Suka hati lah reen nak masuk pukul berapa pun."
Woah! Tisu melayang kena kepala aku! Ish nasib baik tisu bersih. Ni kalau tisu ade hingus ke apa memang mati abang aku ni.
"Woi apa baling baling?!"
"Kau tu ha! Kau bukannya bos nak masuk ikut suka hati kau! Dahlah baru masuk kerja! Kau pergi sekarang!"
Gulp! Meremang bhai. Aku tak berani tunggu lama lama aku terus lari ke atas siap-siap ambik beg, pakai perfume terus turun.
Baru nak keluar pintu langkah aku terberhenti. Aduh lupa! Kereta aku rosak!
Perlahan - lahan aku pusing tengok abang Khayril kesayangan aku.
"Apa?"
Aduh mas jangan tanya begitu takut saya!
"Nak pinjam kereta.."
"Asal kereta kau?"
Aduh pelupa betul mamat ni padahal dia yang hantar kereta aku pergi bengkel!
"Kereta orang rosak lah! Lupa ke?"
Abang aku tepuk dahi. Ha baru ingat. Meh sini aku lempang sekali.
"Oo haah lupa! Takyah. Kalau kau drive kereta aku memang balik nanti tak rupa kereta. Aku hantar"
Ceh! Cakap jelah nak hantar aku. Aku mencebikkan bibir bila abang aku dah berjalan ke kereta.
"Tunggu apa lagi? Cepatlah!"
"Eh ya ya jap!"
"Mana dia? Mana staff kau tu? Hah?!"
"K-kejap ya.. D-dia ada urusan lah tu sebab tu dia lambat.."
"RISE AND SHINE CACA- eh?!"
Sumpah. Aku terkejut gila. Masuk office Caca, tapi kenapa ada.. orang lain? Siapa pulak ni?
"Eh ca , siapa ni?"
Aku jalan ke arah Caca. Dah kenapa muka dia takut takut ni? Makeup aku buruk ke? Tebal sangat ke sampai dia takut sangat ni?
"Ca kau kenapa?"
Caca telan air liur sebelum menjawab.
"Reen , ni manager baru . Dia ganti tempat aku.."
"WHAT?!"
Weh.. Terkejut kuasa dua beb!
"Caa kau tipu kann? Ish kau ni! Janganlahh aku baru sampai ni haa!"
Takut nya. TAKUTT!
"YaAllah betul , reen. Ni nama dia Asy Zafrean. Manager baru. Aku dah kena pindah Sabah. Family aku suruh aku kerja dekat sana.."
Caca menjawab sambil menunduk. Aku toleh kepada lelaki yang diberi nama Asy Zafrean tu. Aih berbelit betul nak sebut .
Pergh! Handsome jugak. Tapi muka tu dingin semacam! Takut!
Caca pegang tangan aku sebelum dia melangkah keluar dari office dengan barang barang dia.
Aduh habislah kau reen!
Aku toleh kepada Asy Zafrean tu.
"Duduk."
Fulamak , dia suruh aku duduk macam tu je eh?! Tapi aku tak berani menjawab. Aku ikutkan aje kata dia.
Dia duduk di hadapan aku. Dia menyemak fail peribadi aku.
"Khayreena Ayshara.."
"People call you Reen, right?"
Hah dia tanya ke? Ouh dia tanya lah! Aku angguk perlahan.
Aduh dah kenapa dia smirk pulak?
"So I want to call you .. Ayshara."
Aik? Tak pernah pernah orang nak panggil aku Ayshara! Orang ramai kata Ayshara susah nak sebut tapi mamat ni elok je.
"Eih tak pernah pernah orang panggil saya Ayshara, awak tiba tiba nak panggil kenapa?"
Berani mati kau reen menjawab gitu!
Dia angkat kepala. Dia tengok tepat kat mata aku. Meremang weh..
"So I be the first one."
Lantak engkau la..
Takpe takpe. Tunggu kau!
"Now , you're working under me. Jadi awak dalam kawalan dan jagaan saya. Saya dapat tahu awak baru masuk kerja 2 hari, kan?"
Aku angguk.
"Saya naikkan pangkat awak terus jadi PA saya."
HAH?!
Terkejut beruk aku. Weh aku baru kerja dua hari! Dah tak pasal pasal naik pangkat. PA pulak tu!
"Tapi kenapa-"
"Jangan persoalkan. Just diam and do your work."
Mata aku terpandang ejaan nama dia. Asy tu ok lagi boleh dibaca. Zafrean tu! Macam mana nak sebut?! Zaf-re-an ke? Zaf-ren?
"How to-"
"Zafran."
Eh ?
"Cara sebut nama saya. Zafran. Got it?"
Wow boleh baca minda orang ke dia ni?
"Tapi kenapa ejaan macamtu? Kenapa tak letak Zafran je?"
"Well , my mom love that name. Saya bukannya boleh reject nama tu."
Aku mengangguk. Pelik pelik betullah! Agaknya berapa umur dia eh? Hurm single tak? Eh gatal nya kau reen!
"Tunggu apa lagi? Pergilah buat kerja!"
Aik kata dah jadi PA?
"Kalau saya perlukan apa-apa nanti saya panggil lah. Dah, pergi!"
Aku terus bangun . Seramm.
Keluar je dari office dia aku lepaskan nafas lega. Fuh..
Caca aku takut!
bersambung.
YOU ARE READING
Forever Mine
Romance"let me be your man , and i'll take care of you" Khayreena Ayshara x Asy Zafrean "can i trust you?" "trust me , and i'll love you forever"