Bab 55

224 31 1
                                    

Air mata tidak berhenti mengalir. Aku terbaring lemah di atas lantai. Tiada tenaga untuk bangun. Kudrat seorang perempuan nak dibandingkan dengan lelaki, jauh bezanya. Rasa pedih di tangan tak dapat nak diungkapkan. Darah mengalir keluar akibat torehan Theo. Sakit. Sangat sakit. Pisau yang terhiris jari pun sakit, inikan ditoreh dengan kuat.

Aku tidak mampu melawan apabila Theo menoreh tanganku diselang dengan tamparan yang agak kuat. Terasa kebas pipiku apabila tangan kasar Theo menyentuh pipiku. Aku hanya mampu menangis. Ifwat? Jauh panggang dari api untuk menghalang perbuatan bos barunya.

Theo datang duduk bercangkung di depanku. Kedua belah pipiku dicengkam kasar. "Degil betul betina sial ni. Kau dah bazirkan masa aku tahu tak? Kau tahu tak!" tengkingnya kuat.

Aku kekal diam.

Mulut digam serapat-rapatnya. Aku masih lagi berdegil tidak mahu memberitahu mereka maklumat tentang cip itu. Iman dah lemah sebenarnya. Ikutkan hati, nak je aku beritahu mereka tapi teringat Haizul sanggup mati untuk lindungi cip tu. Takkan sewenang-wenangnya aku nak beritahu mereka.

"Sial!" maki Theo. Dia melepaskan cengkaman. Seperti 50% berputus asa untuk mengugutku.

Salah satu sebab aku masih lagi mengunci mulut adalah kerana aku yakin Theo tidak akan membunuhku. Bodoh betul kalau dia bunuh aku. Hanya aku seorang sahaja yang tahu kedudukan cip itu.

Aku rasa seperti dah beberapa jam berlalu. Masih tiada tanda-tanda bantuan akan tiba. Rasa macam sia-sia aku jawab panggilan Muqris tadi. Istighfar Ashal. Percayakan Muqris. Aku yakin Muqris akan datang selamatkan aku. Muqris perlukan sedikit masa dan aku perlu sedikit bersabar.

Tangan kiriku setia memegang perut. Risau sekiranya Theo atau orang suruhannya menyepak perutku. Alhamdulillah, setakat ini bahagian perutku masih belum disentuh. Anak aku dan Muqris masih selamat.

"Bos! " Sekumpulan lelaki datang ke arah Theo. Nafas mereka tercungap-cungap. Seperti baru lepas dikejar hantu.

"Sia-sia kita tanya perempuan ni. Peti besi yang kita jumpa sebelum ni masih ada dalam kapal ni. Cuma berubah kedudukan. Peti besi tu sekarang ada kat bilik enjin," ujar salah seorang dari mereka.

Oh no.

Riak wajah Theo berubah menjadi teruja. Gembira dengan berita yang didengar. "Seriously? Jadi aku memang habiskan masa kat sini je? What a bullshit."

Theo berpaling. "Kita ke bilik enjin sekarang. Tembak mana-mana kru yang ada atas kapal ni. Ifwat, heret 'bos' lama kau. Jadikan dia tebusan."

Aku yang baru mencerna ayat Theo terus sedar. Bunuh?! Sedikit tenaga dikumpul untuk bangun. Aku gagahkan juga diri walaupun keadaan aku ketika ini sedang lemah.Langkah dibuka ingin menuju ke arah Mia.

Melihat Ifwat yang sedang mengacukan pada Mia lagi membuatkan aku rasa bertenaga untuk bangun.Namun, satu tangan kekar menarik lenganku. Menahan dari pergi. Dan,

BANG!

Setitik demi setitik air mataku jatuh. Aku terkedu melihat sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa terbaring di atas lantai. Darah pekat mengalir keluar di kawasan dada Mia. Pembunuhan berlaku betul-betul di depan mataku. Nafasku tersekat di kerongkong. Terasa sesak dada melihat situasi kejam ini.

Mereka menganggap nyawa manusia itu seperti mainan. Kejam. Dorang bunuh tanpa sikit pun perasaan simpati. Sikit pun tak ada sifat berperikemanusiaan.

"Kau memang syaitan Ifwat! Aku tak sangka ni rupanya perangai sebenar kau." Suaraku naik memarahinya. Tak dapat nak kawal perasaan ketika ini.

Ifwat menurunkan pistolnya. Senyuman sinis menghiasi bibirnya. "Ni baru sikit aku tunjukkan perangai sebenar aku. Selama ni, penat aku hadap muka kau. Hadap kafe bodoh kau. Pekerja-pekerja bodoh kau. Semata-mata nak jayakan misi ni."

Mr VaderWhere stories live. Discover now