BAB 5

487 14 0
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN...

SYAFIZA IMAN bergegas naik ke kelas setelah
habis waktu rehat memandangkan sebentar lagi adalah waktu cikgu kesayangannya. Marker berwarna biru milik ketua kelas diambil. Dengan senang hati, Syafiza Iman menconteng papan putih.

"Wei, kau buat apa tu?" soal Fakhrul, selaku ketua kelas.

"Hari ni kan birthday cikgu Arnash. Kau tak tahu
ke?" soal Syafiza Iman.

"Eh, yeke? Mana kau tahu?" Sampuk Nazmi, si
penolong kelas.

"Tak kenal maka tak cinta," jawab Syafiza Iman.
Fakhrul dan Nazmi mencebik. Faham sangat dengan sikap 'menggeletis' rakan sekelasnya itu. Yalah, tengah angau dengan cikgu kesayanganlah katakan.

"Assa..." Termati terus bicara Arnash Farhan
sebaik saja matanya terpandang papan putih.
Happy birthday to you Cikgu Arnash a.k.a duda
hot! SyafizaXArnash. Lots of love!

Membuntang mata Arnash Farhan. Perlukah
dimasukkan sekali 'duda hot' itu? Tak pasal-pasal satu kelas sudah tahu status dia yang sebenar.

"Siapa yang tulis macam ni?" soal Arnash
Farhan. Darah merah menyerbu muka. Buku rujukan
yang dibawa dihempas ke atas meja.

Syafiza Iman tersengih sebaik saja jari telunjuk ditudingkan ke arahnya. Langkah diatur mendekati guru muda itu.

"Awak dah hilang akal ke, Syafiza?" Suara Arnash Farhan naik seoktaf.

"Ya, cikgu. Saya dah hilang akal setelah cikgu
mengawal akal saya untuk mengingat cikgu selama dua puluh empat jam!"

Wuuu!

"Awak tulis macam ni untuk apa?" soal Arnash
Farhan. Perkataan 'duda hot' dipadam menggunakan
telapak tangannya.

"Saja. Cikgu suka tak?" soal Syafiza Iman semula. Mata dikerdip-kerdipkan.

"Awak nampak saya suka ke? Please, Syafiza.
Jangan bertindak bodoh. Saya malas nak libatkan cikgu disiplin tapi perangai awak ni..." Arnash Farhan
mengeluh.

"Saya nak sambut birthday cikgu sahaja. Itu pun
nak marah. Asyik nak marah saja. Cikgu ni memang,
kan? Tak hargai hasil titik peluh saya langsung!" Syafiza Iman membentak.

Membuntang mata Arnash Farhan dibuatnya.
Siapa cikgu dan siapa pelajar sekarang ini? Tangan mencekak pinggang.

"Dah, duduk!" Arahnya, tegas.

"Tak nak duduk." Syafiza Iman melawan.

"Saya cakap baik-baik ni, Syafiza. Tolong duduk."

"Saya pun tengah cakap baik-baik dengan cikgu.
Saya nak berdiri kat sini," balas Syafiza Iman.

Arnash Farhan menggeleng. Lantak engkaulah!
Gerutu hatinya. Marker hitam dikeluarkan. Segala
tulisan di papan putih dipadam.

"Keluarkan buku tulis tatabahasa. Kita buat
latihan hari ni!" Arah Arnash Farhan. Para pelajar akur. Buku tulis dikeluarkan kecuali Syafiza Iman yang masih lagi berdiri di hadapan.

NASI lemak disantap dengan perasaan yang
mendongkol geram. Satu jam dia terpaksa berdiri di
hadapan memandangkan dia sedang merajuk dengan
guru muda itu. Malangnya, Arnash Farhan tidak
memujuknya langsung.

"Lain kali jangan buat perangai. Kau ingat cikgu
nak pujuk kau?" Natasha menggeleng.

"Kisah apa aku. Eee, selagi dia tak respons selagi
tu aku kacau dia," balas Syafiza Iman. Bungkusan nasi
lemak dicampak ke dalam longkang.

MY LOVE CIKGU [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang