25

22 5 1
                                    

Aku letak secawan kopi di atas meja lalu labuh punggung di sebelah Sunghoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku letak secawan kopi di atas meja lalu labuh punggung di sebelah Sunghoon. Tangan aku mengusap jarinya lembut.

Tidak sangka tuhan pertemukan aku dan Sunghoon setelah lima tahun berlalu.

"Ceritakan pada saya apa yang terjadi."

Sunghoon mengetap bibir sebelum membuka bicara. Dia memandang aku tepat untuk mencari kekuatan diri.

"Hari kejadian awak tikam saya.. Sebenarnya saya yang muncul, bukan Seungho. Saya sepatutnya mati ketika itu tapi tuhan beri kesempatan untuk saya hidup lebih lama. Saya larikan diri sebaik sahaja sampai di hospital. Saya tiada niat untuk larikan diri tapi saya terpaksa lakukan semua itu. Kalau saya kekal bersama awak, saya takut diri saya akan jadi agresif. Mental saya tak stabil. Setiap hari saya dan Seungho bergaduh. Saya penat lawan Seungho. Saya penat lawan dia demi kembalikan diri saya yang asal."

Aku genggam tangan Sunghoon apabila tubuhnya mula menggigil teruk. Aku pasti perkara yang menimpa Sunghoon membuatkan dia trauma. Aku yang mendengar saja sudah rasa trauma apatah lagi tuan badan.

"Macam mana Seungho mati?"

"Saya masuk hospital mental selama tiga tahun.. Dan akhirnya Seungho mengalah. Dia beri segalanya pada saya, dia pulangkan tubuh ini kepada saya.. Saya kembali pada asal, saya sihat."

Tangan aku mengusap tubir mata Sunghoon yang basah. Aku faham apa yang dia maksudkan.

Kematian Seungho bukanlah sesuatu yang patut disedihkan. Malah aku patut gembira kerana Sunghoon kembali pada asal. Sunghoon telah bebas daripada sakit mental yang dia hadapi selama berpuluh tahun. Aku bangga kerana Sunghoon mampu lawan segala dugaan yang dia hadapi sejak kecil.

Park Sunghoon, dilahirkan dalam sebuah keluarga broken family. Sejak ibu dan ayah Sunghoon bercerai dia sering menjadi mangsa pukul ayahnya. Setiap hari Sunghoon dipukul teruk sehingga berdarah. Dalam usia yang begitu muda Sunghoon terpaksa mencari kerja sambilan untuk menyara diri. Disebabkan Sunghoon selalu kesepian muncul lah Seungho.

Pada mulanya Seungho hanya hadir untuk hiburkan Sunghoon tetapi semuanya berubah apabila mereka tidak sefahaman. Seungho mula memberontak mahukan diri Sunghoon sepenuhnya tanpa sedar mereka adalah orang yang sama.

"Saya tahu awak kecewa atas pemergian Seungho. Maafkan saya."

Aku geleng kepala sambil menayang senyuman nipis.

"Saya tak kecewa malah saya bangga dengan awak."

"Mustahil awak tak kecewa. Awak sayangkan Seungho-"

"Sunghoon dengar sini. Awak adalah Seungho, tetapi Seungho tidak mampu jadi awak kerana badan ini milik seorang Park Sunghoon. Saya sayangkan awak bukan kerana Seungho mahupun Sunghoon.

Tetapi saya sayangkan diri sebenar awak, Park Sunghoon. Suami saya. Ayah kepada anak saya."

Bibir Sunghoon mengukir senyuman mendengar aku berkata sebegitu sebelum tangisan dia pecah.

"Aduuuu awak ni sejak sihat emo pulak." aku garu kepala yang tidak gatal apabila Sunghoon mula menangis.

"Sa- saya terharu." kata Sunghoon dengan nada serak basah.

"Sudah tak payah menangis. Awak tu dah tua bangka." aku menepuk bahu Sunghoon lembut agar berhenti menangis.

"Saya bertahan untuk hidup demi awak dan Seohyun. Saya sayangkan korang."

"Saya pun sayangkan awak. Saya bangga kerana awak berjaya untuk pulih."

Sunghoon lap pipinya yang basah lalu memandang aku. Lama lelaki itu pandang aku sehingga aku tidak senang duduk.

"Kenapa pandang saya macam tu?"

"Rindu."

"Awak duduk dulu eh. Saya nak call Emy kejap. Lama betul dia keluar."

Aku bangkit daripada sofa ingin pergi ke bilik tetapi tangan Sunghoon menahan tangan aku.

"Awak nak apa?" soal aku dengan nada cuak. Risau daripada tadi kerana Sunghoon tidak habis merenung muka aku.

"Dekat mana tandas? Saya sakit perut."

"Ouh... Nak berak rupanya."

thantophobia ; our love story | Park SunghoonWhere stories live. Discover now