18

20 4 0
                                    

Vote & CommentThank you!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote & Comment
Thank you!



Aku membuka mata lalu memandang Sunghoon yang berada di samping aku.

"Sunghoon.." aku mengusap rambutnya lembut.

Sunghoon terjaga daripada lena terus menghampiri aku. Wajahnya risau memandang aku.

"Macam mana awak jumpa saya?"

Sunghoon terdiam. Mati kata untuk menjawab soalan aku.

"Sunghoon tanya awak ni."

"Saya.. sa-"

"Jawab soalan saya!"

"Saya tak tahu. Sunghoon yang jumpa awak, bukan saya."

Aku lepaskan keluhan lalu meraup muka.

"Kembalikan Sunghoon." kataku dengan nada mendatar.

Seungho geleng kepalanya. Dia bangkit berdiri menjauhi aku.

"Saya tak nak."

"Seungho tolong kembalikan Sunghoon. Keadaan sekarang tidak sesuai untuk awak. Saya perlukan Sunghoon."

Seungho ketawa sinis. Tangannya mengepal penumbuk menahan geram.

"Apa kurangnya saya? Saya boleh jadi Sunghoon kalau itu yang awak mahukan!"

Aku bangkit daripada katil lalu mendekati Seungho. Tangan aku mencapai lengan Seungho lalu diusap lembut.

"Seungho, tolong dengar cakap saya. Saya merayu sangat.. Pulangkan Sunghoon."

"Kenapa awak susah sangat nak faham? Saya cakap tak nak, bermaksud saya tak nak!"

"Seungho jangan rumitkan keadaan. Nyawa keluarga kita dalam bahaya, saya perlukan Sunghoon untuk bantu saya." aku cuba sedaya upaya agar tidak tengking Seungho. Dia tidak bersalah. Aku tidak boleh lepaskan geram terhadapnya walaupun dalam hati tuhan saja yang tahu.

"Saya dan Sunghoon orang yang sama. Saya boleh bantu awak, bagitahu saya apa yang awak perlukan."

Aku meraup muka lalu berjalan setapak menjauhinya. Air mata aku mula terbit membasahi pipi. Aku terseksa dengan sikap Seungho. Kenapa Seungho degil sangat sedangkan sebelum ini dia sering ikut kehendak aku.

Aku bukan tidak gembira berjumpa dengan Seungho tetapi keadaan sekarang tidak sesuai. Aku perlukan Sunghoon.

"Awak tak faham..."

"Bagitahu supaya saya faham!"

"Seungho awak bukan Sunghoon. Awak cuma menumpang dalam badan Sunghoon. Awak perlu pergi, biarkan Sunghoon hidup tanpa awak. Sampai bila awak mahu biar diri Sunghoon terseksa?"

"Tapi dia tetaplah saya! Kalau saya musnahkan Sunghoon, kita dapat hidup bahagia. Saya tak akan curang dengan awak, saya akan jaga awak sebaiknya."

Aku membaling cawan yang berada di atas meja solek ke atas lantai sehingga Seungho membeku memandang aku.

"Awak sedar tak kenapa Sunghoon tak bagi awak muncul. Sebab awak pentingkan diri sendiri! Awak parasit dalam badan Sunghoon. Awak kontrol hidup Sunghoon seolah-oleh diri Sunghoon kepuyaan awak!

Nyawa saya, Sunghoon, dan anak kita dalam bahaya tapi awak masih berdegil. Cukuplah berlagak diri awak itu seorang yang baik. Saya sedar selama ini awak cuba membunuh Sunghoon tapi saya biarkan saja. Tapi sekarang ini, saya merayu kembalikan segalanya pada Sunghoon!"

"Kalau saya beri segalanya pada Sunghoon. Macam mana dengan diri saya?!" jerkah Seungho persih orang gila.

"Saya tetap bersama awak! Park Seungho tolong sedar, Park Sunghoon adalah awak. Tetapi awak bukan Sunghoon.."

Aku menarik nafas sedalam dalamnya. Menahan diri daripada terus menangis. Aku tidak boleh tunjuk lemah. Aku perlu kuat demi keluarga aku.

"Selagi Sunghoon tak balik. Jangan cakap dengan saya."

Aku membuka langkah keluar dari bilik lalu menuju ke luar rumah. Kaki aku berjalan tanpa memakai selipar. Seluruh tubuhku sejuk akibat angin malam.

Fikiran aku kusut.

"Mama..."

Aku berhenti berjalan sambil memandang Emily berlari ke arah aku.

"Mama kena kuat." kata Emily sebelum memeluk tubuhku erat.

Tangisan aku mula pecah. Aku menangis sepuasnya di bahu Emily seperti tiada hari esok.

"Jangan tinggalkan mama.."

thantophobia ; our love story | Park SunghoonWhere stories live. Discover now