"Pia...""Pia tolong papa sayang..Pujuk suami Pia untuk lepaskan papa. Pia sayang papa kan?" lembut Tuan Adam memujuk anak perempuannya. Dia tahu Safiyya pasti akan termakan dengan pujukan lembutnya. Safiyya selalu kalah jika dia mengumpan begitu.
Safiyya hanya memandang tanpa berkata apa-apa. Wajahnya kosong. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Berjangkit dengan perangai suami dah rasanya ni.
"Pia memang sayang papa.." kata Safiyya.
Terukir senyum kemenangan dibibir Tuan Adam. Sudah ku agak. Safiyya pasti kalah.
"Tapi tu dulu. Sekarang Pia dah tak sayangkan papa lagi" sambung Safiyya. Sengaja dia berhenti seketika. Mahu melihat reaksi Tuan Adam.
Tercengang Tuan Adam memandang Safiyya. Anak ini sudah banyak berubah! Kembalikan Safiyya yang lemah dulu!
"Kau!" jerkah Tuan Adam kepada Zaidan.
"Kau dah buat apa dekat anak aku hah?! Kembalikan anak aku yang lembut macam dulu!"
Dia meronta-ronta untuk melepaskan ikatan tali ditangan dan kakinya. Zaidan hanya diam dan tersenyum sinis.
Safiyya hanya senyum kelat. Dia mendongak dan memandang Zaidan yang berada disebelahnya. Zaidan juga menunduk sedikit dan memandang tepat kedalam mata Safiyya.
Menyalurkan kekuatan kepada Safiyya. Dia tahu Safiyya pasti teringat kembali kejadian dimana dia dipukul oleh bapa kandungnya sendiri.
"Pia pernah cakap kan sebelum ni? Pia memang bukan anak kesayangan papa. Malah Pia anak yang papa benci, papa keji, papa pukul, papa seksa mental dan fizikal Pia. Tapi, anak ni jugaklah yang papa merayu minta tolong untuk Pia lepaskan papa"
"Papa tak rasa malu ke? Tak jatuh ke maruah seorang Tuan Adam bila merayu dekat Pia? Dan lagi satu, kenapa baru sekarang papa cakap Pia ni anak papa ye? Bukan anak papa cuma Andara Sofia sahaja ke?"
Safiyya senyum tetapi penuh kelukaan.
"Papa tahu tak, Pia benci papa. Papa punca mama meninggal. Papa yang bunuh mama. Kalau papa tak bawa mama lari malam tu, mama masih ada dekat sini dengan kitaorang!"
Sedaya upaya Safiyya menahan diri agar tidak hilang kawalan. Dia risau dengan kandungannya yang masih lemah. Perlahan dia mengusap perutnya dihadapan Tuan Adam.
"Pia taknak anak Pia kenal siapa atok dia. Biarlah dia tahu yang dia hanya ada tokpapa je"
Tergamam Tuan Adam. Lidahnya kelu. Tak mampu berkata apa-apa. Dia juga terkejut apabila baru tahu tentang kandungan Safiyya.
Bermaksud dia memukul Safiyya yang sedang mengandung. Ya Allah! Apa aku dah buat ni..
"Pia..Papa betul-betul minta maaf Pia. Tolong Pia, kalau Pia nak papa melutut pun papa sanggup, Pia..."
"Tolonglah sayang. Papa menyesal, Pia. Papa menyesal abaikan Pia selama ni. Papa menyesal pukul Pia dengan mama selama ni. Papa terlalu pentingkan pujian sampai papa sanggup benci anak papa sendiri. Papa minta maaf sayang... Pia maafkan papa, please.."
Mengalir airmata Tuan Adam. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang dia lakukan selama ini. Tetapi dia tahu semuanya sudah terlambat.
Safiyya menggeleng kepala. "Tak perlu, Pia tak suka orang melutut meminta ampun dekat Pia. Pia hanya manusia biasa. Papa minta ampun dekat tuhan"
"Pia maafkan papa tetapi untuk menerima papa semula, Pia tak boleh. Pia dah penat, Pia nak hidup bahagia dengan keluarga kecil Pia"
"Terima kasih membesarkan Pia dan Sofi dengan baik. Walaupun nasib Pia tak sebaik macam Sofi. Tapi Pia redha, Pia bersyukur papa tak halau Pia"
"I have a father but never had a dad. Remember this"
"Selamat tinggal Tuan Adam..."
Kata-kata terakhir Safiyya sebelum memusingkan badan kebelakang. Bertakung airmatanya. Dia harus kuat! Dia menghembus nafas dan terus keluar daripada ruangan itu.
"Kau dah dengar kan? Jadi sampai sini sahaja masa untuk kau rehat. Kau tak bersyukur Tuan Adam. Kau dikurniakan isteri dan anak-anak yang baik. Yang taat dengan kau. Tapi kau lebih memilih untuk dipuji sampai kau sanggup seksa mental dan fizikal anak kau yang tak bersalah"
"Kau tahu tak, haiwan pun tahu erti sayang anak. Tapi kau yang manusia ni, perangai lagi teruk dari binatang. Aku dah takda apa nak cakap. Tadi adalah kali terakhir kau pandang dan bercakap dengan anak kau. Selamat tinggal"
Zaidan mengalihkan pandangan ke arah Fayyadh yang elok bersandar di dinding.
"Kau uruskan dia. Aku bawa Safiyya balik dulu. Thanks bro!" kata Zaidan sebelum dia juga berlalu keluar.
Fayyadh menggeleng kepala melihat Tuan Adam yang masih menangis mengenang nasib. "Itulah, nak buat dulu taknak fikir. Kau tersilap. Tersilap sebab tak periksa dulu latar belakang menantu-menantu kau"
"Diamlah!" jerit Tuan Adam yang masih dalam tangisan. "Kau nak bunuh aku? Bunuh jelah! Aku dah penat duduk dekat tempat macam ni!" sambungnya lagi.
Fayyadh mengangguk walaupun dia masih bersandar di dinding. Langsung tidak bergerak sedikit pun. "Taksabar nak mati betul kau ni ye.."
Tuan Adam hanya mendiamkan diri. Dia menyesal dengan apa yang dia lakukan selama ini. Tetapi sudah terlambat, nasi sudah menjadi bubur. Walaupun Safiyya memaafkannya, pasti berat untuk Safiyya menerimanya.
'Mah, abang minta maaf. Abang menyesal pukul Mah dulu. Abang sayang Mah. Abang terlalu alpa dengan dunia. Papa menyesal Pia, Sofi. Maafkan papa...'
![](https://img.wattpad.com/cover/371600177-288-k420902.jpg)
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ COMPLETE ]
Romance[ KARYA KEDUA 💄 ] Hanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Z...