BAB 2

760 88 21
                                        

Hari sukan semakin hampir, suasana di Sekolah Menengah Seri Utara semakin meriah. Pelajar-pelajar sibuk membuat persiapan, dan Adelia, sebagai Ketua Pengawas, perlu memastikan semuanya berjalan
dengan lancar. Dia mengumpulkan semua pelajar untuk memberi taklimat sebelum acara di mulakan.

"Dengar sini semua, hari Jumaat ni akan diadakan hari sukan. Saya harap semua pelajar dapat bersedia dan mematuhi peraturan dengan baik." ucap Adelia, tegas. Dia memandang setiap pelajar yang berada di hadapannya sekarang.

"Bila dah masuk kelas, saya tak nak ada yang bising." Sambungnya lagi. "Kalau tak, saya akan catat semua pelajar yang langgar peraturan."

Elman tidak tahan mahu ketawa. "Tengoklah, ketua pengawas yang paling teruk dalam sejarah. Peraturan apa yang kau cakap ni, Adelia?"

"Lebih baik kau tutup mulut kau. Aku tak nak cari gaduh tau." Jawab Adelia.

Selepas habis taklimat, Adelia menuju ke kelasnya. Dalam perjalanan, kawannya Mira, mendekatinya.

"Adelia, kau okey ke? Kenapa aku tengok kau selalu bergaduh dengan Elman?" soal Mira.

"Aku okey, tapi cuma aku memang tak boleh tahanlah dengan dia." Jawab Adelia, geram. "Dia tu selalu buat hal."

"Kau tahu, bergaduh ni boleh rapatkan hubungan dan boleh kenal dia lebih rapat. Mungkin kau sebenarnya ada perasaan dekat dia." Sambung Mira lagi.

"Memang tidaklah! Aku tak akan sekali pun rapat dengan dia!" Adelia menafikan apa yang di katakan oleh Mira

Dalam beberapa minit mereka berbual, mereka sudah sampai di hadapan kelas.

Dalam kelas, Elman mula mengganggu Adelia lagi. Dia sengaja membaling kan kertas ke arah Adelia. "Woi, Adelia! Inilah kebebasan, bukan peraturan kau tu!"

"Tu peraturan sekolah, jadi, nak tak nak kau perlu ikut juga. Dan, boleh berhenti bising tak? Ni sekolah, bukan tempat untuk bermain."

Dia hanya ketawa, tidak peduli dengan kata-kata Adelia. "Letak nama aku dalam buku catatan lagi? Aku tak takutlah! Kau bukan sesiapa untuk control aku."

Suasana di dalam kelas menjadi lebih tegang, semua pelajar di dalam kelas 5 Alfa sudah memberi perhatian kepada mereka. Adelia berasa malu,
namun, dia tidak mahu kalah! "Jangan ingat kau boleh terus buat hal hanya kerana kau anak orang kaya semua orang dekat sini sama je."

"Tapi kau rasa semua orang nak ikut peraturan kau tu ke?" soal Elman sambil bersandar pada kerusi.

Turun naik nafas Adelia menahan marah. "Kalau kau tak nak ikut peraturan, itu masalah kau, tapi satu
hari nanti kau akan menyesal.

"Menyesal? Buat apa aku nak menyesal? Dalam hidup, aku dah belajar bahawa peraturan hanya
untuk orang yang lemah, " kata Elman.

SEMUA pelajar keluar dari kelas apabila mendengar loceng berbunyi. Mira dan Hannah yang ternampak
Adelia berjalan berseorangan mendekatinya. "Apa hal kau dengan Elman?"soal Mira.

"Tak ada apa-apa, cuma, dia tu suka cari masalah. Dia ingat dia boleh buat apa je yang dia nak?" Jawab Adelia.

Hannah menggelengkan kepala. "Kau tau tak, kadang-kadang budak nakal yang macam dia tu ada masalah
sendiri. Mungkin kau patut bercakap dengan lebih dalam dengan dia, bukan terus bergaduh."

"Bercakap dengan dia? Memang tidaklah! Aku rasa dia orang yang susah untuk bercakap dengan lebih dalam. Iya la, dia tu kan selalu tak serius. Satu-satunya yang dia boleh buat ialah buat hal. Kau rasa
aku boleh bercakap dengan dia ke kalau macam tu?" soal Adelia.

"Cuba je, Adelia. Mungkin ada sebab dia jadi macam tu. Kau tak akan tahu lagi kalau kau tak cuba." Jawab Hannah.

Adelia merenung jauh. Ada betulnya juga kata-kata Hannah itu, mungkin, di sebalik perangai nakal Elman, ada cerita yang dia tidak tahu lagi.

HARI ini, Sekolah Menengah Seri Utara telah mengadakan latihan sukan untuk persiapan hari sukan
nanti. Suasana di Sekolah begitu meriah. Pelajar-pelajar semua berkumpul, bersorak, dan bersedia untuk latihan yang menanti. Adelia bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Tiba-tiba, dia ternampak Elman sedang berbual dengan sekumpulan pelajar lelaki. Dia kelihatan sangat santai, tanpa ada rasa risau dan gementar untuk membuat latihan dan pemilihan.

"Hei, Elman! Kau tak nak ambil bahagian dalam acara ke?" soal Adelia.

Elman menoleh memandang Adelia. "Buat apa? Aku tak perlu buktikan apa-apa kepada semua orang." jawab Elman.

"Sekurang-kurangnya tunjukkan lah semangat tu. Kau tengok, kawan-kawan kau semua bersemangat."

"Semangat? Untuk apa? Sekolah ni bukan hidup aku pun."

"Kalau kau terus bersikap macam ni, satu hari nanti kau akan menyesal. Semua orang akan melupakan kau." Adelia memberi amaran.

"Dilupakan? Kenapa aku perlu risau tentang pandangan orang lain? Aku anak orang kaya, Adelia. Nama aku akan sentiasa di ingat, sama ada baik atau buruk." jawab Elman.

Adelia terasa hati dengan jawapan Elman. Dalam berada tidak puas hati, dia berpaling dan berjalan jauh darinya. Namun, ketika dia berlalu pergi, dia merasakan Elman sedang memerhatikan nya. Dia berasa tidak sedap hati, seolah-olah ada perkara
yang belum selesai di antara mereka.

ACARA hari sukan di mulakan, dan setiap pelajar bersemangat untuk menyertainya. Ketika pertandingan lumba lari, Elman akhirnya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan, setelah beberapa kali dipaksa oleh kawan-kawannya.

Kumpulan Gorgeous Diva berada di tempat paling hadapan untuk melihat Elman berlari. Mereka bertiga sama-sama memegang kain yang tertulis We Love You Elman! Adelia hanya melihat sahaja karenah Gorgeous Diva itu. Apa yang mereka minat sangat dengan Mamat Kerek itu?

"Go Elman go!" jerit Aliya dan gengnya.

Adelia menjeling mereka tajam. Menyampah betul! Nak
saja dia penyek-penyekkan muka si Aliya dan gengnya itu.

"Ke garisan!" jerit pengadil.

Elman sudah bersedia untuk berlari.

"Sedia!"

"Mula!"

Elman berlari dengan sangat pantas menuju ke garisan penamat. Dia menunjukkan kebolehan luar biasanya dan mendahului semua peserta.

Adelia sangat terkejut. Rupa-rupanya Mamat kerek tu pandai sukan juga ya? Dia tak pernah tahu pun. Ada rasa bangga di dalam hatinya. Memandangkan Elman sama rumah sukan dengannya dia juga turut menyokong Elman.

"Omg!! Elman dah kat depanlah! Go Elman!" jerit Aliya.

Sebaik sahaja perlumbaan tamat, dan Elman dijadikan sebagai pemenang,  Elman melangkah ke hadapan untuk menerima anugerah. Dia tersenyum lebar, dan dalam masa yang sama, pandangannya bertemu dengan Adelia.

Semasa Adelia merenung Elman yang berada di atas pentas, satu soalan bermain di dalam fikirannya, adakah dia benar-benar benci kan Elman? Atau, adakah ada perasaan yang lebih dalam daripada itu?

_____________________________________

Terima kasih sebab baca!

Maaf kalau saya ada kesalahan dalam ejaan, penulisan, dan tatabahasa. Dan maaf juga kalau cerita ni cringe.

Love you, Akak Pengawas! (Slow Update) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang