BAB 8

516 22 0
                                    

"AYAH tahu anak ayah tak salah." Encik Daud
membelai lembut kepala anak gadisnya yang sedari tadi tidak berhenti menangis.

Arnash Farhan mematikan panggilan. Satu keluhan berat dilepaskan. Kalau ikutkan hati, dia mahu membayar denda tetapi ibu dan ayahnya tetap berkeras menyuruh dia bertanggungjawab atas alasan ingin menjaga maruah keluarga.

"Macam mana?" soal Puan Maimon kepada guru
muda itu.

"Saya akan kahwin dengan anak mak cik." Putus
Arnash Farhan.

Syafiza Iman terus mengangkat wajah
memandang guru muda itu. Dia tidak tahu hendak rasa apa tika ini. Gembira, sedih, menyesal, marah, semuanya bercampur.

"Syafiza sekolah lagi." Encik Daud mencelah.

"Ya, saya tahu dia sekolah lagi. Tapi parents saya
suruh bertanggungjawab. Tak perlu buat majlis. Nikah sahaja. Tak payah panggil orang semua tu," jelas Arnash Farhan. Dia terpaksa walaupun hatinya tidak rela.

"Syafiza macam mana?" Encik Daud menyoal, ingin mendapatkan persetujuan anak perempuannya.

Syafiza Iman mengangguk menandakan dia bersetuju. Memang dia mahu bernikah dengan guru muda itu tetapi bukan dengan cara seperti ini. Namun, takdir memilih cara ini sebagai detik penyatuan mereka berdua.

"Bila nak nikah?" tanya Puan Maimon kepada
lelaki itu. Dia tidak kisah sekiranya anak perempuannya kahwin muda asalkan lelaki itu tahu menjaga anaknya.

"Kalau nikah lewat, anak mak cik dengan encik
ni kami tahan dahulu." Lelaki berkopiah hitam itu mencelah.

"Pija tak nak masuk lokap." Syafiza Iman menangis lagi.

Arnash Farhan mula mundar-mandir. Serba tidak kena. Sekejap dia ke kiri, sekejap dia ke kanan. Bibir
diketap. Wajah gadis yang sudah dibanjiri dengan air mata itu dipandang sekilas.

"Kita nikah malam ni." Putusnya.

PINTU rumah dikuak. Arnash Farhan menghempas punggungnya di sofa. Jam menunjukkan angka lima pagi. Tengkuknya diusap-usap. Sekelip mata, statusnya sudah berubah menjadi suami orang. Suami kepada pelajarnya sendiri.

"Irina..."

Nama itu meniti di dua ulas bibirnya. Walaupun
dia telah dikhianati, nama bekas isterinya masih tersemat rapi di dalam hati.

Terkebil-kebil mata Arnash Farhan memandang
syiling. Selepas sahaja dia menikahi pelajarnya, Syafiza Iman terus mengikut ibu bapanya pulang. Dia masih belum bersedia ingin duduk berdua dengan gadis itu.

Umur mereka berbeza. Sangat jauh bezanya!
Seperti abang dan adik. Atau mungkin, seperti ayah
dengan anak. Arnash Farhan mengeluh lagi. Deringan telefon mengganggu lamunannya. Panggilan itu dijawab segera.

"Hello, ibu..." Arnash Farhan menyapa lemah.

"Dah nikah?" soal Puan Kalsom. Nada suaranya
kedengaran tenang.

"Dah."

"Mana menantu ibu? Bagi ibu cakap dengan dia sekejap." Pinta Puan Kalsom.

"Dia tak ada. Dia balik rumah parents dia. Ibu nampak macam happy, kenapa?" soal Arnash Farhan tidak berpuas hati.

Terdengar gelakan kecil Puan Kalsom di hujung
talian. Entah apa yang wanita tua itu sedang suka pun dia tidak tahu.

"Ibu gembira. Akhirnya dapat juga menantu walaupun masih budak sekolah lagi," jawab Puan
Kalsom.

"Ya Allah! Ibu tahu tak Nash kena tangkap khalwat? Apa yang ibu sukakan?" Arnash Farhan meraup wajahnya.

"Kamu kena percaya pada takdir, Nash. Kalau
Tuhan dah kata kun fayaa kun, maka jadilah ia. Mungkin ini perjalanan takdir hidup kamu. Jaga menantu ibu baik-baik. Tak sabar ibu nak balik. Ibu nak tengok menantu ibu." Sejurus itu panggilan dimatikan.

MY LOVE CIKGU [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang