Ayden mengangkat tangan menghalang cahaya matahari yang menyinar dari celah jendelanya yang terbuka daripada memancar tepat ke matanya.Selepas melakukan rengangan kecil,dia keluar daripada bilik dan terus menuju ke dapur.Malam tadi tidurnya agak nyenyak,mungkin kerana kepenatan dengan aktiviti semalam.
Di dapur,kakak sulungnya Eva sedang menyediakan sarapan buat mereka berdua.Dahi Eva dicium lembut.
"Hari ni kamu masih mahu keluar lagi?"
"Haah..hari ni nak ikut Uncle Joe mancing ikan,musim makarel katanya"
"Pergi dengan Andrew?"Tanya Eva lagi.Memang sejak balik ke kampung,Ayden makin rapat dengan pemuda bernama Andrew.Kalau tidak membantu Sara ke bandar menghantar buah atau membantu di ladang,dia akan menghabiskan waktunya bersama Andrew melakukan kerja-kerja kampung.Setiap hari ada sahaja aktiviti yang dilakukan.
"Haah."Jawab Ayden.
"Hmmm...Yelah,hati-hati..Kamu tu bukannya sihat sangat."Tegas Eva sambil menghulur semangkuk teh herba yang direneh sepanjang malam untuk Ayden.Teh tersebut berwarna coklat kehitaman dan mempunyai aroma herba yang sangat kuat.
"Teh pahit lagi....."Ayden pura-pura merungut.
"Minum cepat."Eva membesarkan matanya.Mangkuk teh disua ke mulut adiknya itu.Dia tidak berganjak selagi Ayden tidak menghabiskan teh itu.
Ayden menutup hidung dan dengan sekali teguk,dia menghabiskan teh herba yang disediakan Eva.Setiap hari dia dipaksa minum,kalau tak memang kenalah dia dengan kakaknya itu.
Walaupun pahit tapi sangat mujarab herba yang diberikan oleh mak cik Rose.Dia sendiri dapat merasakan perubahan.Emosinya tidak seteruk dahulu.Sekarang dia rasa lebih tenang dan yang paling penting sawannya juga makin berkurang.Kalau dulu dalam seminggu hampir berkali-kal dia mengalami sawan,tapi sekarang sudah jarang.Entah apa ramuan herba mak ciknya itu,dia sendiri tidak tahu.
Sebelum dia melangah keluar,Eva menghampirinya.Kedua belah tangan Eva menakup kanan dan kiri pipinya.
"Be careful,OK..Be extra careful."Ayden cuma membalas dengan senyuman dan anggukan lembut.Dahi Eva dicium lalu dia keluar menuju ke jeti.
Di muka pintu,Eva menghantar adiknya itu dengan pandangan sayu.Simpati dengan nasib adiknya itu.Dia tahu Ayden saja memenuhkan hari-harinya supaya tidak memikirkan masa lalu dan tak terlalu memikirkan apa yang dia hilang.
Setelah hampir setahun lebih Eva dan Ayden berpindah ke kampung,akhirnya Holden pulang.Pulang tanpa apa-apa khabar.
Sangkanya rumah pusaka neneknya itu akan penuh dengan semak dan tidak terurus memandangkan tiada sesiapa tinggal di situ.Tapi apa yang dilihatnya lain pula.Seperti ada orang menguruskan rumah itu.
Tiba-tiba kakak sulungnya,Eva muncul di permukaan pintu.Keduanya terkejut melihat kelibat masing-masing.
Bakul berisi baju yang mahu dijemur terlepas daripada pegangan tangannya,Eva terus melangkah laju ke arah adiknya itu.
PANG!.Satu pelempang hinggap di pipi Holden.
Holden terundur ke belakang,kuat betul pelempang yang dilempar Eva,seperti melepaskan semua amarahnya yang dipendam.Berkerut dahinya menahan sakit.
"Kamu ke mana sepanjang setahun lebih ni?!".Tengking Eva,emosi betul dia waktu itu.Belum pun sempat Holden menerangkan,satu lagi pelempang hinggap di pipinya.Entah kenapa kali ini dia hanya membiarkan kakaknya itu lepeaskan segala rasa marahnya.
Biarlah Eva mahu melakukan apa pun,memang dia mengakui salahnya kerana mengabaikan keluarga demi perasaan dirinya sendiri.Setahun lebih dia membawa diri tinggal di kawasan terpencil.Dia mengasingkan diri daripada semua orang.Tiada siapa pun yang tahu di mana dia berada.Telefon bimbitnya juga telah dibuang ke dalam sungai.
"Kamu yang paling kakak harapkan dalam keluarga,tapi kamu sendiri yang menghilang."Eva menangis teresak-esak,perasaanya bercampur baur ketika itu,marah dalam masa yang sama dia bersyukur yang adiknya itu pulang dalam keadaan selamat.Sepanjang setahun lebih itu dia tidak berhenti berdoa akan keselamatan kesemua adik-adiknya.
Holden memeluk lembut kakaknya itu.
"I'm so sorry"Hanya itu yang mampu diluahkan Holden.Eva pula menangis melepaskan segala emosi di dalam pelukan adik lelakinya itu.
Sementara itu di bandar,Kyle yang juga anak ke-tiga daripada empat beradik Ayden baru sahaja keluar daripada penjara selepas dua tahun ditahan atas kesalahan yang bukan dia lakukan.Ya!Dia terpaksa menjadi kambing hitam untuk menutup kesalahan orang lain.Silapnya kerana terlalu mempercayai orang yang tidak betul-betul dia kenali.
Sangkanya dia sudah bebas selepas menerima hukuman,tetapi tidak sama sekali.Sejak melangkah keluar daripada pintu penjara,dia sudah dikejar dengan konco-konco botak yang mahu dia membayar segala kerugian akibat penangkapannya dua tahun lepas.
Sudahlah dipenjarakan selama dua tahun,sekarang dia terpaksa membayar hampir seratus ribu kepada ketua kumpulan kongsi gelap itu.Rakannya yang menyebabkan semua ini berlaku hilang entah ke mana.
Ketika ini dia mula rasa menyesal kerana perhijrah ke bandar.Tiba-tiba hatinya berasa sayu memikirkan keluarganya,matanya mula berkaca-kaca.Tidak mungkin dia mahu meminta bantuan mereka di atas kesalahan dan kejahilannya sendiri.Dalam masa yang sama,dia sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalahnya,dalam akaun banknya cuma ada tiga ratus,cukuplah untuk dia bertahan selama sebulan jika dia betul-betul berjimat.
Dalam kesejukan malam,akhirnya Kyle terlena di atas lantai yang hanya beralaskan kotak terpakai di bawah sebuah jambatan usang.Dia tidak boleh balik ke rumahnya kerana di situ penuh dengan orang suruhan botak.
YOU ARE READING
A STORY ABOUT US-KAZOKU
General FictionMengisahkan tentang kehidupan Ayden,seorang bekas pemain Ice hockey kebangsaan yang berubah akibat satu kemalangan maut yang berlaku kepadanya.Mampukah Ayden mencari makna baru tentang impian dalam hidupnya? Akan adakah harapan untuknya menjadi diri...