IMBAS KEMBALI...
Malam ini kumpulan Ice Hockey 'White Pheonix' meraikan satu lagi kemenangan peringkat kebangsaan yang dimenangi mereka,sekaligus mencatatkan sejarah antara kumpulan Ice Hockey terbaik yang meraih kemenangan tanpa kalah selama 3 tahun berturut-turut.Dengan barisan pemain yang ada,mereka semua yakin akan mengekalkan rekod tersebut untuk perlawanan seterusnya.
Mereka semua meraikan dengan makan malam di sebuah restoran sushi yang agak terkenal di kawasan itu.Jalan menuju ke restoran tersebut sangat sempit,Jalan sehala yang agak curam itu cuma boleh dilalui sebuah kenderaan dalam satu-satu masa.
"Abang Leo!"Sapa Ayden teruja.Tak sangka berjumpa dengan Leo di situ.Dia memeluk Leo melepaskan rindu.Hampir tiga tahun dia tak balik ke kampung kerana sibuk dengan latihan.Sampai terangkat Leo dibuatnya.Bertambah-tambah kegembiraan Ayden waktu itu.
"Tahniah."Bahu Ayden ditepuk bangga.Dia dan keluarganya turut gembira dengan pencapaian yang Ayden gapai sekarang.Walaupun sudah berjaya,Ayden tetap tidak melupakan keluarga dan keluarga angkatnya di kampung.Setiap bulan pasti dia mengirimkan duit untuk keluarga Leo,walaupun sudah berkali-kali dibantah.
"Abang buat apa kat sini,dah makan?"
"Dah..Abang pembekal buah dekat kawasan sini."Terang Leo.
Ayden memperkenalkan Leo kepada beberapa teman pasukannya.
"Kenalkan ni abang aku,Leo..Dia ada kebun buah di Haolan,kalau korang nak buah segar,bagitahu je aku."Terharu Leo bila Ayden memperkenalkannya sebagai abang.
"Waa,,selalu dengan pasal produk di Haolan semua berkualiti,boleh try nanti."Puji seorang rakan Ayden.Makin kembang senyuman Leo.
Lama Leo meluangkan masanya bersama rakan-rakan sepasukan Ayden.Entah kenapa dia merasa sangat gembira malam itu,dia juga perasan benda yang sama pada Ayden.Galak betul Ayden bercerita tentang kisah masa lalu mereka.
Bagi Leo,kebahagiaan Ayden adalah kebahagiaan buatnya juga.Dia betul-betul bersyukur Ayden dikelilingi dengan orang-orang baik yang menyayanginya.Sewaktu Ayden mengambil keputusan untuk berpindah ke bandar dulu,dia hampir mahu mengikut sama kerana risau akan keadaan Ayden.Tapi disebabkan dia baru sebulan kahwin waktu tu,niatnya terpaksa dibatalkan dan menghantar Ayden pergi dengan berat hati.
Walaupun Ayden sudah berumur dua puluh lebih,tapi di matanya Ayden tetap anak kecil yang selalu dibelai dulu.Sayangnay pada Ayden tidak berbelah bagi,lagipula dia merupakan anak tunggal,kehadiran Ayden seperti mengisi ruang kosong dalam hidupnya.
Ibu dan bapa Ayden meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semasa Ayden baru berumur 3 tahun.Dia ingat lagi waktu itu nenek Ayden selalu datang kerja di ladang buah milik keluarganya dengan menggendong Ayden di belakangnya.
Atas belas kasihan.Ibunya yang akan menjaga Ayden bila masa neneknya bekerja.Ayden dijaga bagaikan anak sendiri oleh kedua orang tua Leo.Ibunya pernah menyampaikan niatnya untuk memelihara Ayden,tapi dibantah oleh nenek Ayden kerana dia tidak mahu adik-beradik itu hidup terpisah walaupun masih sama kampung.Biarlah mereka susah dan senang bersama,hidup sebumbung.
Hampir dua jam berlalu,mereka semua sedia untuk beredar kerana restaurant yang mereka duduki sudah hampir tamat waktu perkhidmatan.Keadaan di luar agak suram hanya bercahayakan lampu jalan.Kedai-kedai yang lain semuanya sudah tamat beroperasi untuk hari itu.
Ayden,Leo dan tiga lagi orang rakannya berjalan seiring menuju ke ruangan parkir di simpang jalan.Daripada belakang setia menunggu seorang lelaki menaiki kenderaan pacuan empat roda.Dia mengenakan jersey yang sama dipakai Ayden dan rakan-rakan sepasukan.
Tiba-tiba terdengar bunyi deruman enjin kereta yang sangat kuat menandakan yang kenderaan itu dipandu dengan laju.Lampu kenderaan memang sengaja tidak dipasang.Pedal minyak ditekan sekuat hati.
Mereka semua tidak sempat mengelak.Kelima-limanya terpelanting ke udara sebaik sahaja dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda itu.Dentuman yang kuat menyebabkan mereka semua hilang kesedaran.
Ayden membuka matanya perlahan.Dipegang kepalanya yang mula terasa berdenyut-denyut.Darah merah pekat mengalir daripada belahan luka di sebelah kiri kepalanya itu.Dia cuba mengingat apa yang berlaku sebentar tadi,tetapi ingatannya samar-samar.Semuanya berlaku dengan sangat pantas.Badannya diiringkan ke kanan cuba untuk bangun,kepalanya terasa berat,seluruh badannya terasa sangat sakit.Beberapa orang pekerja restauran keluar cuba membantu mereka semua.Kereta yang melanggar mereka sudah lesap ditelan gelap malam.
Dia memerhati keadaan sekeliling,dilihat yang lain juga turut terbaring di atas jalan.Pandangannya terhenti melihat kelibat Leo yang berada tidak jauh daripada tempatnya terbaring.
Dengan bantuan seorang pekerja restaurant,Ayden gagahkan juga untuk bangun mendekati Leo.Dua orang pekerja restaurant bergilir-gilir melakukan CPR kepada Leo sambil menunggu ambulance tiba.Ayden Duduk di sisi Leo.Perasaannya terasa kosong saat itu,mungkin kerana masih shock dengan apa yang berlaku.Tangan sosok kesayangannya itu digenggam erat,dalam hatinya tidak berhenti berdoa agar Leo dapat diselamatkan.
Di kejauhan,terdengar sayup-sayup siren ambulance yang semakin mendekat.
YOU ARE READING
A STORY ABOUT US-KAZOKU
General FictionMengisahkan tentang kehidupan Ayden,seorang bekas pemain Ice hockey kebangsaan yang berubah akibat satu kemalangan maut yang berlaku kepadanya.Mampukah Ayden mencari makna baru tentang impian dalam hidupnya? Akan adakah harapan untuknya menjadi diri...