BAB 9

511 24 4
                                    

SYAFIZA IMAN memegang kemas gagang telefon. Nombor bapanya didail. Tidak lama kemudian, panggilannya dijawab oleh pihak sebelah sana. Dia
berdeham sebelum membuka bicara.

"Ayah, Pija nak balik dengan Cikgu Nash boleh tak?" soal Syafiza Iman. Lembut.

"Balik rumah dia ke?" soal Encik Daud.

"Ya, balik rumah dia." Syafiza Iman mengiakan telahan bapanya.

"Ikut kamulah. Dia pun dah jadi suami kamu. Dia lagi berhak kat anak perempuan ayah. Nanti balik ayah tak payah ambillah, ya?"

"Ya. Ayah tak payah ambil."

"Okey..."

"Bye! Ayah." Syafiza Iman terus meletakkan gagang telefon. Beg galas disandang. Langkah diatur keluar dari kawasan sekolah.

Syafiza Iman menghempas punggung di pondok bas. Jam tangan dibelek-belek. Biasanya, pukul tiga setengah petang baru lelaki itu keluar. Nampak gayanya dia perlu menunggu selama tiga puluh minit. Tambahan pula, dia baru sahaja habis kelas tambahan Sains.

Tepat jam tiga setengah petang, kereta Honda Jazz itu keluar dari kawasan sekolah dan berhenti betul- betul di hadapannya. Syafiza Iman masih lagi duduk sambil memandang cermin tingkap.

"Kenapa tak balik lagi?" soal Arnash Farhan. Dikeluarkan sedikit kepalanya dari tingkap kereta.

"Ayah tak ambil lagi." Syafiza Iman berbohong.

"Kenapa tak naik bas sekolah?" soal Arnash Farhan lagi.

"Duit dah habis. Tadi beli moist cake kat koperasi. Mahal." Syafiza Iman tersengih-sengih.

Arnash Farhan menggeleng. Kunci kereta ditekan
ke bawah. Isyarat mata diberikan kepada gadis itu.

"Apa?" soal Syafiza Iman. Sengaja dia buat-buat
tidak faham.

"Masuklah. Saya hantar awak balik. Takkan nak
duduk kat situ sampai malam." Juih Arnash Farhan.

Syafiza Iman terus tersenyum hingga ke telinga. Beg sekolah disandang. Pintu kereta suaminya ditarik.

"Laparlah..." Syafiza Iman merengek.

"Awak memang sentiasa lapar ke kalau nampak muka saya? Tak malu ke minta belanja makan?" Sindir Arnash Farhan. Pedal minyak ditekan.

"Eh, saya belum minta apa-apa cikgu dah cakap dulu. Macam tahu-tahu je. Cikgu, belanja saya makan kat tempat itu hari, boleh?" soal Syafiza Iman. Mata dikerdip-kerdipkan.

Arnash Farhan mendengus. Tajam matanya mencerlung isterinya.

"Tak sangka kita dah kahwin." Syafiza Iman tersenyum.

"Dahlah, tak payah cakap pasal tu. Saya malas nak
dengar." Selar Arnash Farhan.

Syafiza Iman mencebik. Diberanikan dirinya untuk melentokkan kepalanya ke bahu lelaki itu.

"Apa awak buat ni, Syafiza!" Marah Arnash Farhan. Kepala isterinya ditolak agak kuat.

"Apa? Saya nak letak kepala kat bahu cikgu sahaja pun. Bukan nak buat bukan-bukan." Juih Syafiza Iman.

"Jaga adab awak sikit, boleh tak?" Tajam mata Arnash Farhan memandang isterinya.

"Kita dah kahwin. Cikgu nak risau apa lagi?" Syafiza Iman memuncung.

Arnash Farhan membisu. Had kelajuan ditambah. Boleh gila dia melayan gadis itu.

"Lepas makan nanti saya nak balik rumah cikgu. Saya dah minta izin dengan ayah. Ayah izinkan. Malam
nanti cikgu hantar saya balik, tau. Kalau cikgu nak
kidnap saya malam ni pun saya tak kisah. Manalah tahu cikgu takut tidur seorang." Seloroh Syafiza Iman, setibanya mereka di restoran Nasi Ayam.

MY LOVE CIKGU [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang