ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Hmm, aku cadang nak buat citer pendek je guna teknik ala draf dialog drama TV atau filim Melayu. Tapi syok plak mengarang sampai terbabas jadi beribu patah perkataan. Layan je sementara aku rajin ni.. hee 🤪
•••♦◄♥►♦•••
Tersebutlah kisah akan sebuah sekolah di utara Malaya pada masa kini. Nama sekolahnya ialah Sekolah Menengah Lelaki Bukit Melurut Jatuh atau SMLBMJ, poskod 90210.
Ditakdirkan yang sekolah ini cuma menerima pelajar lelaki sahaja. Ia ditubuhkan di zaman penjajah British dahulu. Waktu itu, wakil Negeri-Negeri Selat, Sir Alfred Butthead, ingin melihat para lelaki di utara Malaya berpendidikan yang lengkap dan sempurna. Tidaklah mereka menjadi penarik beca, berkebun pisang atau buat bendang saja. Maka beliau mencadangkan penubuhan sekolah ini kepada Ratu England.
Idea beliau dipersetujui secara drastiknya. Belanjawan peruntukan bagi penubuhan sekolah ini segera diluluskan di parlimen England dengan sebulat suara.
Maka, pada tahun 1875 wujudlah sekolah ini yang diberi nama Let Down Hill School for Boys atau LDHSB. Namun, selepas merdeka, nama sekolah ini ditukar kepada nama yang berciri keMelayuan seperti yang ada sekarang ini.
Dipendekkan cerita, awal tahun lalu sekolah ini ada mengkhususkan sebuah kelas bagi setiap tingkatan untuk menempatkan pelajar yang bongok. Istilah bongok ini sengaja diberi kepada kelas tersebut bagi menunjukkan tahap akademik mereka. Namun, bongok mereka bukanlah bererti mereka bodoh bengap bangang bengong seratus peratus. Dalam sesetengah perkara mereka ini teramat pandai.
Maka, ikutilah kisah pendek di dalam salah satu kelas tersebut. Iaitu Kelas Dua Bongok.
Hendak dijadikan cerita, Guru Kelas tersebut, iaitu Puan Hindun binti Oseman, mendapat cuti sakit selama seminggu kerana senggugut kronik atau dalam istilah Inggeris, dysmenorrhoea . Maka, seorang guru pengganti diberi tugas untuk mengendalikan Kelas Dua Bongok itu.
Pengganti beliau, tak lain tak bukan, Cikgu Siti Markonah binti Merkuun, merangkap Guru Disiplin sekolah tersebut. Umurnya pertengahan empat puluhan. Beliau berwajah agak garang atau cenge, namun comel. Tubuhnya besar dan gempal. Suaranya agak garau dan ada ciri maskulin. Keningnya hitam dan teramat lebat menandakan beliau mungkin berdarah campuran Tajikistan atau Maghribi.
Cara berpakaiannya mengalahkan retis. Amat bergaya serta sering kali disertakan aksesori mahal bergemerlapan. Bibirnya seksi bak delima merekah, kemerahan dan sedikit basah tanpa perlu menggunakan lip gloss pun. Solekan wajahnya teramat rapi dan up to date. Diyakini, kebanyakan retis kita pun tak sejelita beliau. Eh, cukuplah berbicara pasal Cikgu Markonah. Kisah ini bukannya fokus kepada beliau saja.
Maka masuklah Cikgu Markonah ke dalam Kelas Dua Bongok dengan wajah yang sengaja dibuat garang sambil bercekak pinggangnya yang lebar itu. Semuanya bagi menimbulkan rasa gerun para pelajar di kelas tersebut.
"Hah, selamat pagi semua," ucap Cikgu Markonah sambil tangan kanannya memegang rotan sepanjang dua kaki.
"Selamat pagi, cikgu," jawab kesemua empat puluh dua orang pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, serentak.
ANDA SEDANG MEMBACA
• kelas bu𝒹ak bongok • {kbb}
Humor• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Sebuah citer merapu ala-ala draf dialog untuk drama TV atau filim Melayu yang tak laku. Boleh dikelaskan sebagai genre separa satira sebab aku masukkan beberapa babak & dialog luar biasa tak masuk akal. Awas, ada unsur-unsur l...
