𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟏

244 15 0
                                    

"Aidan!" jerit Alysa.

"Aidan yg sedang berjalan pun Menoleh ke arah suara nyaring akibat jeritan tersebut. "Huh! Penat aku kejar kau tadi," kata Alysa setelah dapat mengejar langkah panjang Aidan.

"Ha, yang kau terjerit-jerit nama aku ni kenapa? Aku belum pekak lagi tau." Aidan memberikan side eyes kepada Alysa.

"Rilek lahh, sebenarnya aku ada benda nak minta tolong kau," kata Alysa berterus terang.

"Apa tu?"

"Boleh tak kau bagi ni kat Wanie nanti, aku ada urgent matter. Please....." balas Alysa sambil menunjukkan file yang dipegangnya sedari tadi.

Kemudian dia menghulurkan file itu kepada Aidan.

"Ouhh, boleh Je. Bagi kat Wanie kan? Okay, noted!" Kata Aidan dengan ceria semasa mengambil file yang dihulurkan oleh Hanifa.

"Okay, thanks Aidan," balas Alysa

"No problem. Dah lah, aku cau dulu. Pape roger," kemudian dia menyambung langkah nya yang terhenti sebentar tadi.

Alysa memandang sepi langkah Aidan dengan pandangan yang penuh makna tersirat.

"Aku minta maaf Aidan, aku terpaksa," rintih Alysa.




✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦




"Hey, What's up bro!" sapa Luqman ketika dia melihat Aidan sedang berjalan menghampirinya.

"Hey bro," balas Aidan kemudian dia pun  mengambil tempat duduk di kerusi yang sudah di sedia kan dalam dewan kuliah bersebelahan dengan Luqman.

"𝖶𝖾𝗒𝗁𝗁𝗁, Aidan." Luqman Cuba menarik perhatian Aidan.

"Hmmm," Aidan sekadar bergumam. Tau lah dia bahawa ada gosip baru daripada Luqman, daripada dia dengar cerita-cerita mengarut Luqman baik dia fokus untuk kelas nanti.

"Kau tau tak...." belum sempat Luqman menghabiskan ayat nya Aidan pantas mencantas percakapannya.

"Tak tahu dan aku tak nak tahu," singkat, padat dan mudah sahaja ayat Aidan.

"Ishhh kau ni, dengar lah dulu─"

Belum sempat Luqman meneruskan kata-kata nya, Sir Khairul dengan secara tiba-tiba memasuki dewan kuliah.

"Good Morning class!" Laung Sir Khairul.

Luqman membuat muka toya, masa ni lah juga Sir Khairul nak masuk kelas. Heshh! Potong line betul!

Manakala Aidan sedang menahan ketawanya sedari tadi. Kesian member dia sorang ni. Haihhh,

Maka bermula lah kelas mereka Hari ini bersama Sir Khairul.

"Okay class! Saya nak awak semua buat assignment tentang tajuk kita pada hari ini dan hantar pada kelas kita minggu hadapan, faham!" Laung Sir Khairul dengan lantang.

"Faham Sir!" Laung pelajar-pelajar di dalam dewan tersebut.

"See you in the next class," kemudian Sir Khairul melangkah keluar daripada dewan tersebut.

"Aidan lepasni kau dah tak ada kelas kan? Lepak jom!" ajak Luqman

Aidan yang sedang mengemas peralatannya membalas "Sorry bro, aku tak boleh lah. Lepasni aku kena jumpa Wanie."

"Hmmm, ye lah. Tapi kau nak buat apa jumpa dia?" soal Luqman

"Alysa minta tolong aku bagi file ni kat dia," jawab Aidan sambil menunjukkan file tersebut. "Okay lah bro, aku nak gerak ni. Kita lepak lain kali lah ye," kemudian dia pun melangkah keluar daripada dewan tersebut.

𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐚𝐭𝐚𝐭𝐢𝐧𝐚 || 𝐒𝐔Where stories live. Discover now